Resepi : Philly Cheese Steak

3:53:00 PM Sally Samsaiman 16 Comments



Terliur ke tidak..?

Hehehe...Sebenarnya Philly Cheese Steak sangat popular di US, dan kalau korang yang suka makan sandwich di Subway pun sure pernah nampak menu ni...Selalunya orang akan guna roti yang macam roti hotdog tu...tapi versi Sally ni...guna apa yang ada kat rumah...haaa....Pulak bulan ni musim daging korban makan tak habis-habis...Lagi la kena pelbagaikan menu...

Bahan-bahan:
~ Daging (racik halus tapi jangan guna daging hancur)
~ Bawang (sebaiknya Holland, tapi Sally suka bawang besar sebab manis)
~ Cheese (Cheddar/Mozarella/Slice)
~ Cendawan Shitake / Cendawan Butang
~ Lada Benggala (optional)
~ Roti keping (versi Sally)
~ Lada hitam, bahan perasa
Sukatan tu pandai-pandai la ye...Kalau nak makan banyak, buat la banyak...Daging tu Sally prefer kita potong nipis...nipis dia macam buat daging salai tu...haaa...cheese tu Sally guna yang slice je sebab mudah nak bagi sama dengan roti...Kalau nak best campurkan mozarella dengan cheddar...syok!

Cara masak dia senang...korang just masak daging tu dengan minyak yang sedikit...lepas tu masukkan lada benggala, bawang, cendawan dan lada hitam...Sally lebih prefer tak guna garam atau bahan perasa sebab semua perasa kita boleh dapat daripada bahan-bahan tadi tapi kalau korang suka boleh je tabur garam sedikit...bagi rasa...tapi Sally rasa better tak payah sebab cheese pun dah masin...

Lepas tu, letak roti atas kuali leper, letak daging yang dah masak tadi, letak cheese dan bakar sampai roti tu masak kedua-dua belah dan cheese tu mengalir keluar...lepas dah siap tu, potong dua untuk menjadi typical Malaysia yang upload gambar makanan macam Sally...makan panas-panas tau!

Selamat mencuba! :)

16 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!