It's A Grind Coffee House, Cyberjaya

11:56:00 AM Sally Samsaiman 11 Comments

It's A Grind Coffee House, Cyberjaya | Kebetulan pada Hari Malaysia yang lepas...Sally ada satu event di Cyberjaya...Jujur kata ini kali pertama Sally jejak kaki ke Cyberjaya, jadinya Sally terus la food hunting...sebenarnya ada lagi satu restoran yang Sally pergi sebelum ke coffee house ni...tapi tu macam banyak sangat menu...jadi Sally share yang ni dulu...

It's A Grind Coffee House

Tengok pada nama pun kita dah tau yang itu kedai kopi...Sally ni mmg penggemar kopi...Jadinya, jelajah kedai kopi tu dah mmg menjadi kebiasaan bagi Sally...Walaupun baru je lepas makan...hahahaha


Lokasi dia terletak di Jalan Teknokrat 6, mudah je nak cari...kalau korang daripada MMU Cyberjaya tu...korang just perlu drive straight je...dia berhampiran dengan Shaftsbury Square...Kurang lebih dalam 1.7km je...

It's A Grind Coffee House ni merupakan satu-satunya branch yang ada kat Malaysia...kat negara lain macam Qatar, Brunei, CA, Connecticut, Arizona & Texas...Apa yang Sally suka dengan coffee house ni...semestinya kopi dia laa...walaupun Sally tak ambil art coffee, tapi masih lagi kopi dia sangat sedap!


Sally ambil Ice Blended Mocha Java Rush (RM12.50) dan jugak Mini Choc Lava (RM9.90)...Dua-dua ni mmg sedap...staff pun sangat friendly...walaupun staff perempuan dia macam malas nak layan...Nasib baik ada 2-3 bro yang sporting...ikut hati mau sembur je kakak tu..huhuhu...Nasib baik mood tgh best nak lepaking...

Kebetulan masa Sally pergi tu ada promosi "Wild Wednesday Drink"...so, dapat la diskaun 30%...Lagi la tak jadi nak marah kan...hahahaha...Sally suka la dengan interior dan konsep coffee house ni...clean, neat dan perfectly for lepaking...

Kalau korang ada lalu Cyberjaya ke, boleh la cuba ye!

It's A Grind - Malaysia
+603-8311 9488
Jalan Teknokrat 6 63000 Cyberjaya
Kuala Lumpur, Malaysia

11 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!