Alhamdulillah...My Sony A5100!

8:00:00 PM Sally Samsaiman 17 Comments



Bersambung kisah daripada entry kamera oh kamera! yang Sally tulis pada bulan Julai...masa tu mmg dah yakin nak dapat beli kamera dah tapi macam biasa laa...kita merancang, kalau Allah kata belum boleh beli...tak dapat jugak laa...

Daripada Sony WX350 sampai la Sally usha Sony A5000....Sampai la A5000 tu dah habis stock...Masih lagi belum membeli...Alhamdulillah...ada sedikit rezeki daripada blog...Konon-konon g Sony Center...Bajet takkan terkesan dengan promosi Hari Malaysia yang sedang berlangsung sehingga 20th September...

Nyata seorang Sally sangat tidak berpegang pada hatinya...dan nyata nafsu membeli kamera itu terlalu kuat untuk di buang...

...dan...akhirnyaa....



Ye...seorang Sally tu telah dengan rakusnya ambik Sony A5100 yang sedang dalam tempoh promosi tu...hahahaha...Walhal dia tahu...Dia harus makan angin dan debu jerebu sampai la hujung bulan sebab terlebih budget daripada yang sepatutnya..(Kumpul utk beli yang lain, duit cukup utk beli yang lain, time bayar pilih yang mmg totally lain)


Sony A5100 takde warna yang cantik-cantik...ada warna hitam, kelabu dan bronze je...so, sebab nak nampak kelainan, Sally ambik yang warna bronze tu...spec Sony A5100 dengan Sony A5000 ada slightly different...in terms of megapixel dia pun dah beza...Berat pun sangat beza...huhuhu...In terms of processing tu semua ada yg better ada yang lagi kurang daripada Sony A5000..biasa laa...takde mana yang perfect kan...



Belanja sekeping la gambor kan...perghhh...muka ada sinyummm dapat kamera....tengok la bila dia perasan yang duit dalam akaun dia dah susut dan dia kena sedut jerebu je lepas ni...hahahahaha...Bila nak hujung bulan ni?

p/s : Doakan seorang Sally mampu menghadapi minggu yang panjang ni dengan tenang..hihi

17 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!

Nasi Goreng USA, kenapa lain?

2:43:00 PM Sally Samsaiman 12 Comments

Sally terpanggil nak tulis pasal nasi goreng ni bila Sally makan kat Penang beberapa minggu lepas...Sally ni kalau pergi kedai makan...jarang nak order mee atau benda lain kecuali kalau kuey teow KungFu...selain daripada tu Sally suka makan nasi je...

Cerita perihal nasi goreng USA ni dah lama Sally dengar, tapi Sally pun sampai sekrang tak tau kenapa Nasi Goreng USA dikedai-kedai ada yang berbeza...Sebenarnya nama Nasi Goreng USA tu dapat daripada Udang-Sotong-Ayam...tapi kenapa ada yang buat Nasi Goreng USA, guna daging merah eh?

Credit : www.murnidiscovery.com

Pelik kan?

Nasi Goreng USA sebenarnya kombinasi lain, tapi sampai certain kedai jadi lain...Nasi Goreng yang korang selalu makan macam mana?

12 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!