SkinSoul Ultra-Soft Facial Towelettes

4:54:00 PM Sally Samsaiman 8 Comments

Ultra-Soft Facial Towelettes | Siapa kat sini yang suka mekap..? Haaa! Sally ni memang jenis muka tak mekap...tapi on certain occasion, ada jugak la tepek blusher, eyeliner, eye shadow semua kan...tapi part yang paling Sally tak suka, masa nak bersihkan, nak tanggalkan mekap tu sendiri....Lagi-lagi kalau nak ambil wuduk...hmm

Kadang-kadang bila kita guna pencuci muka je, mekap tu tak hilang secara keseluruhan...Pulak...kalau dapat macam Sally ni yang jenis pemalas...makin teruk la jadinya...Mekap yang tidak dibersihkan boleh menyebabkan kerosakkan pada kulit muka...


Hari ni Sally nak kenalkan korang dengan Ultra-Soft Facial Towelettes daripada SkinSoul..Facial Towelettes ni diformulasikan dengan Swiss Glacier Water with 4.4.3... Stands for :

4 Essential Oils
4 Antioxidant
3 Hydrating and soothing ingredients

Facial Towelettes ni sesuai dengan semua jenis waterproof make-up, segala jenis kekotoran dan yang paling penting tidak akan menutupi liang pori kita, kulit akan kekal lembap selepas kita guna kan Facial Towelettes ni...kepada yang mengalami kulit sensitif, jangan risau sebab InsyaAllah takkan ada iritasi pada kulit sebab memang Facial Towelettes ni takde Paraben...takde Lanolin!


Lipstick - Eyeliners - Eye Brow - Lip Balm - Skin Soul Mascara


Sally cuba pada tangan dan jugak muka untuk bagi korang nampak perbezaansetelah kita gunakan Facial Towelettes daripada SkinSoul ni...Satu paket tu ada 60 keping wipes tau yang hanya berharga RM53 setiap satu...Mungkin pada mata tu korang tak nampak sangat sebab Sally mmg bukan jenis yang bermekap walaupun pergi kerja...hahahaha...tapi ada slightly perubahan kan...yang penting bau dia wangi walaupun tanpa pewangi tambahan, takde bahan kimia yang membahayakan...sebab kulit muka ni kan kulit yang paling susah nak jaga...

Kalau nak tgk video, boleh tengok kat Instagram Sally



Untuk bagi korang lagi happy, Sally nak share dengan korang code #SSSally yang boleh korang gunakan untuk dapat special price dan few gift!

Korang pergi je kemana-mana branch, Mid Valley pun okay...gunakan code #SSSally. Yang paling penting korang kena tunjuk yang korang dah sedia follow blog Sally dan dah like Facebook Skin Soul.

Dengan code tersebut, korang akan dapat:
  1. Membeli SkinSoul SkinShield Travelling Set dengan harga promosi, hanya RM388 (NP: RM500) 
  2. Korang jugak entitled untuk mendapatkan SkinSoul SkinShield Set yang berharga RM100 dengan setiap pembelian minimum RM100 atau lebih dalam satu resit yang sama.
  3. Yang paling best, korang boleh beli 2 SkinSoul Ultra-Soft Facial Towelettes (RM53/packet) dan boleh membawa pulang Lip Balm SkinSoul (limited edition) - not for sale
**T&C Applied

So, cepat-cepat singgah mana-mana kedai SkinSoul dan gunakan code #SSSally tau!

8 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!

SkinSoul C-Jello - Collagen Jelly Bar

12:34:00 PM Sally Samsaiman 3 Comments


SkinSoul C-Jello - Collagen Jelly Bar
| Bercakap pasal kolagen, mmg banyak sangat yang kita boleh dapat dalam pasaran Malaysia ni...ada yang berbentuk serbuk...ada yang kena campur dengan air...dalam bentuk pil...tapi pernah tak dengar pasal kolagen dalam bentuk jeli..?

Haaa...ni Sally baru tau yang jenama Skin Soul ada mengeluarkan C-Jello - Collagen Jelly Bar...apa yang best pasal C-Jello - Collagen Jelly Bar ni ye..?



C-Jello - Collagen Jelly Bar ini menyokong pemulihan kulit dengan menjadikan kulit kita tampak muda , sihat dan berseri dengan cara yang selamat. C- Jello merupakan jeli pertama yang pernah dihasilan yang mampu membantu memberikan penyerapan yang paling berkesan dan dibuat secara eksklusif di Korea.

C-Jello - Collagen Jelly Bar ni memang sangat sesuai dengan mereka yang selalu sibuk, tapi masih nak jaga penampilan diri...mudah sangat cara nak makannya...hanya koyakkan satu sachet dan makan satu pada waktu pagi sebelum sarapan dan satu lagi sebelum tidur pada waktu malam...


Dalam setiap kotak ni ada 15 sachet, jadinya kalau nak amalkan untuk sebulan...boleh beli empat kotak...tapi Sally nak cuba untuk 2 minggu dulu...kita tengok macam mana kesan yang mampu C-Jello - Collagen Jelly Bar berikan pada tubuh badan dan kulit muka Sally..

Antara sebab kenapa Sally cuba makan C-Jello - Collagen Jelly Bar :
  1. Melambatkan proses penuaan yang disebabkan oleh faktor-faktor luaran seperti sinar UV , radikal bebas yang berbahaya , tekanan dan pencemaran
  2. Menyusun semula kolagen kulit dan berupaya untuk mengekalkan keanjalan kulit
  3. Merangsang proses pembaharuan kulit untuk penampilan yang lebih muda
  4. Mengurangkan garis-garis halus dan kedutan
  5. Menghilangkan tompok gelap untuk tona kulit yang lebih cerah dan lebih cerah
  6. Meningkatkan kesihatan secara keseluruhan dan kelembutan kulit
Bila dah masuk umur 25 tahun ni...macam-macam benda nak kena jaga...nak kena jaga kesihatan, nak kena pandai kawal makan...dan yang penting muka kena jaga...bukan untuk kepuasan orang lain, tapi untuk kita juga kan...


SkinSoul C-Jello - Collagen Jelly Bar ni...rasa dia masam-masam...kadang macam rasa buah tembikai susu, kadang rasa macam makan asam jawa, kadang tu macam minum ribena...eh...tapi senang kata dia sedap laa...Sally baru cuba 2 hari...masih ada berbaki 12 hari lagi untuk tengok apa kesan dia...So, Sally akan kekalkan amalkan SkinSoul C-Jello - Collagen Jelly Bar sampai la habis dan tengok, apa jadi pada kulit Sally yang tgh bermasalah macam bawah ni...


3 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!

Wordless Wednesday! [Skim Cepat Kaya]

9:27:00 AM Sally Samsaiman 7 Comments


p/s : Sally jarang buat...kadang-kadang terlupa.

Semoga bermanfaat :)

7 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!