Magnum Kuala Lumpur : Menu fusion yang baru!

3:09:00 PM Sally Samsaiman 7 Comments


Awal minggu lepas, Sally dapat satu invitation untuk majlis berbuka puasa di Magnum Kuala Lumpur yang terletak di dalam pusat membeli belah Mid Valley...Majlis ni diadakan untuk memperkenalkan menu terbaru yang ada...Jujur kata, ni kali pertama Sally jejak Magnum KL ni...baik untuk makan atau beratur untuk aiskrim dia, satu pun tak pernah...

Syukur alhamdulillah...sebab dapat berbuka disini...mmg makan tak ingat dunia...semua menu terbaru dia sedap pulak....Jangan risau, ini memang regular menu bukan hanya untuk bulan puasa tau..jom cikidaut!

Chicken Toasties (RM20.00) (Recommended)

Yang ni appetizer, sedap gilaa...hahahaha...Sally suka sebab roti tu dibakar dan ada cebisan ayam untuk topping dia...alahai...cicah pulak dengan sos tomato yang fresh...melting! Just berminyak sedikit laa....tapi sebab sedap, kita tutup mata! hihihi

Oxtail Soup with Sushi Rice (RM35.00) (Recommended)

Korang! yang ni wajib cuba tau...Sup Ekor complete sekali dengan Sushi Rice, nasi dia lembut sangat...tapi bukan la macam makan pulut...sedap la...sup dia serius marvelous! Sally dok hirup sup tapi berenti sbb takut tak muat nak masuk menu lain dalam perut...hahahaha...nak kasi ummmphh sikit, letak cili kicap dalam sup, berapiii ooo....

 Chicken Rendang Pasta (RM36.00) (Recommended)

Nampak macam typical rendang ayam kan..? No! No! Silapp...ada spaghetti! Hehehehe...kalau korang yang suka kelainan, boleh la cuba spaghetti rendang ni...Kuah dia pekat, ayam dia banyak...tidak terlalu berlemak...pedas yang boleh di handle oleh kanak-kanak...dan terbaik!

Boleh buat idea untuk juadah Hari Raya kan..hihihi


 Aglio Olio with Shrimps (RM 40.00) 

Sally sebenarnya tak suka makan spagethi yang digoreng, tapi kalau macaroni ke yang lain-lain tu still okay la...Just that kalau spagethhi dia macam tak berapa ngam...kenapa? Sebenarnya Sally tak suka minyak yang terkumpul...macam kita tau kalau goreng mee dengan goreng spaghetti tak sama...sebab spaghetti tak serap minyak...

Tapi Aglio Olio ni sedap la jugak...part udang dia yang terlampau banyak tu...hahahaha...yang best ada cili padi dengan bawang putih goreng! Nyummy!!

Carbonara Pasta (RM46.00) (Recommended)

 Malam tu, yang ini yang paling dinantikan...Carbonara spaghetti...

Spaghetti dia memang gila creamy...cheese dia meleleh wehhh...sedap kot...ada cendawan butang, kepingan daging salai dan sos keju...yang ni memang sedap...

Death by Chocolate (RM32.00) (Recommended)

Tadaaaa! Yang ni dessert...pencuci mulut yang paling ditunggu-tunggu...kepada yang minat atau obses dengan coklat tu! Yang ni antara menu yang wajib cuba...tengok la nama dia...nak mati oii makan sebab coklat melimpah-limpah...hahahaha

Baked to order warm chocolate malten lava cake, magnum chocolate brownies ice cream and chocolate crunch pearls.

Percaya laahh...kalau korang peminat tegar coklat, menu ni mmg wajib...tapi jangan makan sorang-sorang pulak...share laa...baru best!

Kalau korang terkejut tengok harga tu...Jangan laa...walaupun satu-satu tu mahal...tapi portion dia banyak gila...Rasanya boleh dikongsi 2-3 orang...sebab kami pun mmg kongsi kot masa makan tu...sedap...lagi-lagi bila dikongsi bersama....

Kalau korang berminat, boleh la cuba ye...

Magnum Cafe Kuala Lumpur

T-023, 3rd Floor, Mid Valley Megamall

Business hours:
Sunday to Thursday (10am to 10pm),
Friday & Saturday (10am to 12am)

7 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!

Iftar 2015 | Madam Kwans Restaurant

8:59:00 AM Sally Samsaiman 6 Comments

Haaaa! ini pun dah lama sangat peram...hahaha...Sally berbuka dengan Kak Masha...Sally pernah cerita pasal dia dalam entry #1 | BOICE Ladies!... Ni pun berbuka selepas event The Class + CNBLUE Meet & Greet Event in Mid Valley!

Hahahaha...nampak tak gagahnya kami...dah la daripada pukul 11am ada kat Mid Valley, sampai ke malam dok situ lagi... Berjalan punya berjalan...akhirnya pilih la Madam Kwans Restaurant untuk berbuka puasa...so far, Sally suka gila dengan range makanan yang ada kat situ...Jujur la ni kali pertama jejak masuk walaupun dah lama tau pasal kedai ni..hihi


Sebenarnya kedai ni harga dia agak mahal la jugak...standard harga kopitiam kan...tapi range menu dia besar dan portion dia pun besar jugak...yang penting sedap...hihihi....

Siapa suka makan kat Madam Kwans?

6 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!