Kad Ghayo 2015 | Sheda Ucu, Inani Hazwani, Suria Amanda

2:22:00 PM Sally Samsaiman 10 Comments

Tahun ni tak semeriah tahun lepas...Tahun lepas hampir setiap minggu Sally dapat kad raya...tahun ni tak pulak begitu...mungkin sebab Sally lewat sangat kasi kad dekat orang kan..hihihi...

So, tahun ni ada 3 orang je yang hantar..hihihi...tapi kad ada 4...kenapa?


Kad yang atas ni daripada blogger Sheda Ucu, Inani Hazwani...Dua-dua menggunakan tema hijau...cantik...kad Nani rasanya kak Azhafizah yang edit kan..? yang Sheda Ucu punya, comel je...dan yang paling best ada siap Ayat Seribu Dinar kat belakang tu...


Dua kad lagi ni daripada kat Suria Amanda...hahahaha...dah kenapa sampai dua kan...? itu tandanya dia sayang gila kat Sally! kahkahkah!! Macih la akak...Kalau tak kesian Sally takde orang nak hantar kad raya...sedihh wooo...hihihi...Cakap dengan Dania, mintak maaf tahun ni takde duit raya untuk dia...kak Sally semputttt~

Hehehe...Sape yang dah dapat kad raya daripada Sally..? tak nampak pun...huhuhu

10 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!

SAFI RAMADHAN AL-MUBARAK : Iftar bersama Nora Danish & Hanis Zalikha

10:53:00 AM Sally Samsaiman 6 Comments

Yeay! Alhamdulillah...semalam Sally dah selesai dengan final exam untuk semester 6...entah kenapa pagi semalam mengantuk betul...sampai nak tertidur masa jawab exam...nasib baik jugak kepala ni tak buat hal kan...okay, panjang mukadimah...

Kisah ni lama sangat dah peram, mana tak lama...dah nak dekat 2 minggu kot...Kisahnya masa 2 Julai yang lepas...Sally dapat invitation untuk majlis berbuka puasa dengan SAFI beserta dua duta mereka, Duta Safi Rania Gold - Nora Danish & Duta Safi Balqis - Hanis Zalikha...yang telah diadakan di Royale Ballroom, Hotel Royale Chulan, Mutiara Damansara.

Credit : Ayue Idris
Tapi sebenarnya Sally pergi bukan sebab duta mereka...tapi sebab artis jemputan yang ada...hihihi...sape lagi kalau bukan Hafiz Hamidun & Imam Muda Asyraf! Sally mmg lama gila dah minat dengan Hafiz Hamidun...zaman-zaman UNIC dulu lagi...ahkak minat KPOP...tapi nasyid tetap nombor satu kot!


Sebenarnya nak mintak bergambar dengan Hafiz Hamidun, tapi segan...hahahaha...jadinya kita ambik gambar dari jauh je...hihihi...kita maluuuuu~

Jujur kata Sally takde ambik gambar makanan atau gambar dengan duta...hahaha...sebab serius penat gila...mana taknya, balik je keja terus shoot kesini...tapi yang paling Sally suka ialah atucara majlis tu...sebab tu sanggup meredah dari Ampang ke Damansara..

Apa yang bestnya, sebelum menunggu masuk waktu berbuka...Imam Muda Asyraf ada bagi sedikit tazkirah bertajuk "Halal Toyyiban" dan masuk je waktu berbuka, sempat juga la solat jemaah Maghrib yang diimamkan oleh Imam Muda Asyraf dan menjadi makmum bersama dengan pelajar taffiz Nur Fattah....Lepas tu makan....masa makan tu, tenangkan hati pulak dengan alunan dzikrullah daripada Hafiz Hamidun...

Memang terbaik kan..? huhuhu...Dekat je hati ni...rasa syahdu...rasa rindu dengan Ramadhan...


Boleh gambar Imam Muda Asyraf pun ambik dari jauh je...? kahkahkah...


Antara peneman yang ada malam tu... Azwar Syuhada, Aiyah Azizon, Ayue Idris dengan Naomie...hihihi...ada lagi yang lain tapi tak sempat bergambar pulak..huhuhu...biasa laa...Sally ni jenis pemalas nak ambik gambar...

Lepas selesai tu, majlis diteruskan dengan solat Isya' dan terawih yang turut diimamkan oleh Imam Muda Asyraf...alhamdulillah...majlis yang berkah!

Harap-harap lepas ni SAFI invite untuk majlis hari raya pulak...hihihi...

6 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!