The Class + CNBLUE Meet & Greet Event in Mid Valley!

2:24:00 PM Sally Samsaiman 16 Comments


Diam tak diam dah seminggu berlalu...dah seminggu CNBLUE datang ke Malaysia...Kali ni Sally tak terkena penyakit RINDU...hahaha...actually ada la sikit...tapi masih dalam keadaan terkawal...mungkin sebab masih dalam mood exam dan juga sebab masih dalam bulan Ramadhan kan...

Jujur kata kali ni Sally tak dapat apa-apa pass atau pun peluang untuk bergambar dengan CNBLUE...tapi kira okay la sebab nampak jugak mereka...biar la nampak dari jauh pun...tapi...kira redha jela...


Event sepatutnya start pukul 1pm...tapi Sally ni kira peminat tegar...pukul 11 lagi dah sampai...bukannya excited ke ape...tapi lebih kepada nak cop tempat...kami yang mana takde pass...tak boleh stay dalam lingkungan barricade tu...jadinya tersadai la kat tepi-tepi floor tu...sedih tau! hahahaha...


Punya excited tu, siap OOTD kot...baju tu pun baru je siap masa Sally pakai tu...hahahaha...comel je kan kalau CNBLUE jadi kartun..kahkahkah!



andddd..the moment we are waiting for!!!

yeay! CNBLUE dah sampai...walaupun lewat 40 minit sampainyaa...terus hilang rasa bengang bila nampak dorang...okay, I had to admit that I misses them, so much! Missed to see them as a group! RINDU laaa woii! hahahaha...

(behave Sally, behave)

Masa Yonghwa start greeting, dia cakap, "Assalamualaikum...whats up Malaysia"...and we olss dengan secara tak sedar terus jawab salam dia dan lama sikit baru perasan yang dia bagi Salaam...Ya Allah...serius rasa kali ni fan-service dia sangat terbaik! I love you man!

video

Lepas tu terus dengan sesi bergambar bersama 10 orang pemenang yang bertuah, dan juga sesi autograf dengan 100 VIP pass holder yang bertuah...jealous gilaaa dengan dorang! Gilaa punya jelesss tau!!




Tapi gambar banyak nampak dorang pandang depan jela...almaklum la kami ambik gambar daripada tingkat satu kot...nak dapat opportunity untuk dorang pandang tu susah sikit, nasib baik jugak ada kamera kak Jue...kalau tak...sedih...!

ni la kad yang dorang autograph tu...


Mencikkk laaa...kita tak dapat autograph! hahahaha...sedih tau! dah la tak sempat nak belikan hadiah untuk dorang...huhuhu...takpe laa...bulan September ni CNBLUE akan buat comeback! Yeay! hopefully awal tahun depan ada konsert...yeeehaaaa~








Lepas sesi autograph tu, CNBLUE terus g ke kedai The Class untuk official launch premis pertama di Malaysia...masa tgh nak potong reben tu, gunting Min Hyuk tak berfungsi...kesian dia...tapi selesai Yong Hwa potong bahagian dia, dia terus bagi gunting dia kat Min Hyuk...so sweet of you la Yong! :)


Okay, dah-dah la bagi korang cuci mata tu...hahahaha...Fan-girl Sally ni nak sambung buat kerja pulak...kahkahkah...

Photo Credit : The Class Malaysia, Muiezzah, Kak Juliana, Sally Samsaiman

16 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!

Humairah Collection : Instant Shawl & Bawal

1:07:00 PM Sally Samsaiman 6 Comments

Untuk korang yang sedang mencari pelbagai jenis fesyen tudung, instant shawl atau bawal, harini Sally nak share dekat korang satu online shop yang ada semua jenis instant shawl & tudung bawal...


Kebanyakkan koleksi daripada Humairah Collection ni banyak yang jenis instant dan mudah pakai...yela...kadang tu nak pakai shawl, nak kena seterika la apa la kan...so, choice yang ada boleh pakai instant...walaupun instant tapi sama cantik je macam kita lilit sendiri...

Instant Shawl Manik - RM30

Antara produk yang hangat diperkenalkan sekarang ialah Instant Shawl Manik iaitu shawl yang mudah pakai dengan corak menarik dan manik yang penuh untuk atau buat wanita di luar sana yang lebih gemarkan shawl yang lebih plain tapi nak tampil berbeza, boleh cuba Fariya Bunga atau Instant Express...

Fariya Bunga - RM25

Instant Express - RM18

Instant Hoodie - RM23
atau boleh jugak cuba Instant Hoodie, akan nampak sedikit kelainan daripada yang biasa....sebenarnya banyak lagi jenis tudung, bawal, instant shawl yang mereka ada...tapi kang kalau Sally letak semua, terus bling-bling plak mata...hahahaha...

Kalau korang berminat nak dapatkan koleksi daripada Humairah Collection ni, cepat-cepat godek FB dorang atau kot ada yang dah berminat depan mata boleh terus WhatsApp!

Facebook : Humairah Collection
Whatsapp : 01126600254

6 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!

Resepi : Kebab Daging Pemalas

9:43:00 AM Sally Samsaiman 10 Comments


Semenjak start bulan Ramadhan, Sally masih lagi belum jejak ke mana-mana bazaar...ada satu hari tu entah kenapa mengidam nak makan kebab...jadinya terus la ke Giant, cari barang-barang dia...resepi yang Sally kongsi ni untuk mereka yang malas tapi nak makan macam Sally..hihihi...


Resepi Sally, Sally guna daging burger je sebab nak cepat...tak kisah la...janji masuk dalam perut, kenyang! Untuk roti pita tu, korang boleh je nak beli yang dah siap, tapi yang Sally gunakan ni roti pita yang frozen...sebab takde yang biasa punya....

Bahan-bahan inti kebab:
~ 3-4 keping daging burger jenama Ramly - dipotong dadu
~ 5 ulas bawang putih - dicincang
~ ¾ biji timun jepun - hiris panjang
~ ¾ batang carrot - hiris panjang
~ 1 bawang besar - dicincang
~ 2 biji tomato - dipotong dadu
~ Mayonis
~ Sos cili, sos tiram, lada sulah, kicap
~ Sedikit minyak sayuran untuk menumis
*Choice lain yang ada...boleh gunakan sayuran yang beku tu...nampak variety sikit...

~ 3 keping roti pita
(Roti ni korang bakar tanpa minyak sekejap diatas kuali. Kemudian dibelah 2 dan buat poket macam poket Doraemon)

Cara dia senang je...Korang tumis bawang putih sampai garing, masukkan daging burger dan goreng sampai garing...masa nak menumis jangan gunakan minyak banyak sebab kita tau daging burger tu nanti akan keluarkan minyak dia sendiri...

Lepas tu masukkan sayuran dan bawang tadi, masukkan sekali sos cili, sos tiram, lada sulah, kicap, yang ni Sally tak bagi sukatan...korang cuba la agak-agak kena dengan selera sendiri...Lepas dah agak-agak masak tu...tutup api...campurkan sedikit mayonis dalam adunan inti tadi dan dah boleh sumbat dalam poket roti pita kita...


3 keping roti pita boleh menghasilkan 6 kebab...Sally makan 2 kebab masa berbuka kelmarin, terus tak makan nasi...tak tengok benda lain dah...hahahaha...kenyang!

Selamat mencuba!

10 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!