Tuesday, June 30, 2015

Resepi : Kuih Puteri Mandi versi IDEAL Susu Sejat Penuh Krim

2:17:00 PM 17 Comments

Dalam entri Demonstrasi Memasak menggunakan Susu Sejat Penuh Krim IDEAL bersama MasterChef Dato’ Fazley Yaakob, Sally ada share pasal beberapa resepi kan...dan ada resepi yang Sally dah dapat buat..hihihi...semuanya untuk makanan manis semasa berbuka puasa laa...

So, harini Sally nak share resepi kuih Puteri Mandi..

Bahan-bahannya:

Bahan A (Pulut)
250g tepung pulut
150ml air (anggaran)
3 jenis pewarna (ikut korang la)

Bahan B (Kuah)
3 sudu besar gula melaka
daun pandan
365g IDEAL Susu Sejat Penuh Krim
300ml air (lebihkan kalau korang tak suka manis)


Cara-caranya:
  1. Campurkan air dalam adunan tepung pulut tadi...masukkan sedikit demi sedikit air supaya adunan tak terlalu lembik, asal boleh bentuk je dah cukup...kurang lebih macam nak buat kuih buah melaka.
  2. Buat bentuk bulat-bulat kecil dan tekan ditengah-tengah dengan ibu jari.
  3. Rebus adunan tu dalam air panas dan angkat bila dah masak, macam mana nak tau dia dah masak? Adunan tu akan timbul bila dah masak.
  4. Untuk kuah, masak gula melaka dengan air sampai gula tu cair.
  5. Masukkan IDEAL Susu Sejat Penuh Krim dalam adunan dula melaka tadi sekali dengan daun pandan, tambah air sikit kalau terlalu pekat.
  6. Campur adunan tepung pulut yang dah masak tadi dan sedia untuk dimakan!
Senang je kan..? Selamat mencuba!

Ni resepi MasterChef Dato’ Fazley Yaakob tau, bukan resepi Sally...Sally share je..hihihi :)

Monday, June 29, 2015

Rezeki Ramadhan!

12:56:00 PM 12 Comments

Sebenarnya lama dah dapat...masa awal-awal Ramadhan yang lepas...tapi sebab tak berkesempatan nak update, baru harini la dapat update...

Kisahnya bila Sally tak sempat nak membeli barang dapur masa sebelum puasa...jadinya untuk membeli kurma pun tak dapat....Masuk office je big boss bagi sorang dua kotak...

Time tu rasa seronok! Rasa happy nak puasa...selain daripada jimat duit...dapat la berkat dengan berbuka...Berbuka dengan kurma...

Semoga murah rezeki lagi dato'! :)

Sunday, June 28, 2015

Happy 25th birthday Kang Min Hyuk!

12:12:00 AM 7 Comments

생일 축하해요.
(Happy Birthday!)

특별한 오늘, 가장 행복했으면 합니다. 멋진 생일 보내세요!
(Wishing you every happiness on your special day. Have a wonderful birthday!)

모든 소원이 이루어지길 바랍니다.
(May all your wishes come true.)

As you start another fantastic year of your life, we wish that all your dreams come true. Have a great birthday and a smashing year ahead. May your day be super bright and super special! Wishing you the happiest of birthdays.

#Kanggun25thday
#HappyMinHyukDay

Friday, June 26, 2015

Hilang arah sekejap.

9:06:00 AM 19 Comments

Alhamdulillah...dah masuk 9 hari kita berpuasa...Harini setelah sekian lamnya Sally menulis pada waktu dan ketika ini...Post sebelum ni banyak yang dah scheduled...Sally agak busy kebelakangan ni dan yang paling busy sekali bila sekarang dah minggu final exam...

Follower baru mungkin ada yang tak tau, tapi kalau follower lama rasanya dah tau yang Sally sedang sambung part time degree, jadinya dalam busy kat office ni...Sally agak dalam keadaan yang tgk tak terurus ni..huhuhu...mana nak bahagikan dunia dengan kerja hakiki, blog dan final exam...jadinya maaf la mmg Sally takde la nak blogwalking atau update live ye...maaf sangat..huhu...biar la takde orang singgah pun tapi still nak cakap sorry...

So far macam mana puasa..? Okay..? Sally okay je...punya busy tu sampai Bazaar Ramadhan pun langsung tak sempat nak jengah...yang Sally tau balik kerja je terus bukak buku...huhuhu...realiti yang sadis...malam tu mmg dah tau jadual penuh kan...kalau lepas terawih baru nak study, mmg tak terbukak la buku tu....

Harapnya dugaan menjawab exam dalam bulan puasa ni takkan membataskan otak ni berfikir...kadang-kadang sakit hati dengan perut bila dia tak synchronized dengan otak...hahahaha...manjang bunyi je dia tau! *Tepuk perut!*

Selamat berpuasa ye semua...dan jangan lupa join Raya Giveaway by Sally Samsaiman tau! Sally rasa nak tambah hadiah nanti...biar ramai sikit dapat habuannya :)

Wednesday, June 24, 2015

Demonstrasi Memasak menggunakan Susu Sejat Penuh Krim IDEAL bersama MasterChef Dato’ Fazley Yaakob

1:47:00 PM 7 Comments
Sebelum Ramadhan yang lepas, Sally sempat la ke satu event di Tesco Extra Mutiara Damansara yang mana ada Demonstrasi Memasak menggunakan Susu Sejat Penuh Krim IDEAL bersama MasterChef Dato’ Fazley Yaakob...Yelaa...orang tu dah la pandai masak, dah alang-alang free...Sally sempatkan la jugak diri untuk merasa sendiri makanan yang dimasak oleh beliau..

Sempena dengan bulan Ramadan yang mulia dan musim Raya kali ini, MasterChef Selebriti Dato’ Fazley Yaakob memberi inspirasi kepada kita untuk menyempurnakan resipi ciptaan istimewa yang menyelerakan dengan Susu Sejat Penuh Krim IDEAL. Beliau menyediakan beberapa hidangan inovatif yang pasti menambat selera dan menarik perhatian. Resepinya akan Sally kongsikan nanti ye! Senang je semuaaa...


Di acara tersebut, Chef Dato’ Fazley yang memenangi MasterChef Selebriti Malaysia musim pertama, penyanyi, usahawan, penceramah motivasi dan bapa kepada 3 orang anak berkata, “Saya belajar memasak daripada dua wanita istimewa dalam hidup saya – nenek dan ibu saya. Mereka sentiasa memberi inspirasi dalam pelbagai cara dan satu daripadanya ialah keupayaan mereka untuk mencipta resipi dengan penuh kasih sayang. IDEAL sentiasa dekat di hati kerana ibu saya telah menggunakannya sejak saya kecil. Menerusi kerjasama dengan IDEAL Ramadan ini, saya telah mendapat banyak maklum balas menggalakkan daripada peminat saya bahawa resipi ini telah membantu mereka dalam merancang juadah Ramadan tahun ini. Saya gembira kerana dapat memberi inspirasi kepada mereka untuk mencuba resipi yang inovatif dengan IDEAL .”


IDEAL bersama dengan MasterChef Dato’ Fazley telah menjayakan demonstrasi memasak untuk berkongsi pelbagai resipi istimewa yang dicipta bersama IDEAL sempena dengan musim perayaan; lantas membuktikan keunggulan jenama kegemaran ramai ini sebagai teman sejati untuk memberikan rasa dan tekstur lemak berkrim bagi menyajikan masakan dan manisan enak yang tiada bandingan, baik digunakan semasa membuat kek untuk majlis istimewa, pembuka selera, minuman, manisan mahupun untuk hidangan utama.

Nana, MC untuk Demonstrasi Memasak menggunakan Susu Sejat Penuh Krim IDEAL bersama MasterChef Dato’ Fazley Yaakob
Jujur kata, bukan Dato' Fazley je suka, Sally pun suka susu ni...dia punya lemak, dia punya sedap tu sampai kadang tu dok hirup je susu tu...Masa first Ramadhan, Sally dah cuba buat resepi yang dikongsi beliau, mmg sedap...walaupun ada la sikit ralat sebab tak rasa lemak santan, tapi kalau suruh pilih yang kurang lemak tapi sedap atau yg kurang lemak yang sedap..Sally pilih yang kurang lemak la kan...

Untuk resepi yang mudah dan sedap tu nanti, nanti Sally share dalam entry lain ye!

Untuk maklumat lanjut mengenai Susu Sejat Penuh Krim IDEAL, sila layari www.fndairies.com.

Monday, June 22, 2015

Happy 27th Birthday Jung Yong Hwa!

11:33:00 AM 8 Comments
Diam tak diam dah setahun berlalu...dan lumrah manusia umur bertambah setiap tahun...hihihi...apa yang cuba disampaikan skrg ni..?

Okay laa...kita straight to the point je...

-22 June 2015-

Happy 27th birthday Jung Yong Hwa!


My dear 정용화‬,

Happy birthday!
May your day be super bright and super special! I hope that your birthday is beautiful, wonderful, and full of love...just like you!
Celebrate it! You deserve the best.
생일 축하합니다! 항상 건강하시고 행복하세요!
(Happy birthday! Always stay healthy and stay happy!) 
이 특별한 날에 너의 소원이 모두 이루어지길!
(And may all your wish come true on your birthday!)

Keep the strong spirit and please be our world rock star forever! 

#HappyYonghwaDay
#622OneYongDay 

Sunday, June 21, 2015

Bila Sally masuk dalam KidZania

10:30:00 AM 11 Comments

Jujur kata, ini kali pertama Sally masuk ke KidZania...dengar kata mahal fees nak masuk, jadinya Sally pun takde la rasa nak masuk...pulak khas untuk kanak-kanak meneroka kerjaya mereka...Awok pulak dah mmg kerja, sambung pun bidang Business Administration (Human Resources), rasanya tak payah la nak teroka bagai...hahahaha...

Kisahnya bila Sally menghadiri majlis pelancaran Carrie BacBuster yang diadakan di KidZania, dah alang-alang dapat masuk tu...mmg Sally tak lepaskan peluang untuk "teroka" apa yang ada disana laa...walaupun tak dapat nak masuk, atau pun nak mencuba lebih...jalan-jalan tengok pun boleh laaa...


Eh, kak Anil Wanina buat ape tu?


Dalam ni sempat juga la nampak beberapa kerjaya yang boleh dipilih oleh kanak-kanak, antaranya polis, bomba, doktor, jururawat, hakim, peguam...tak lupa juga beberapa servis lain seperti kedai makanan, kedai jualan kereta dan pelbagai lagi yang Sally tak ingat dah...

Dalam KidZania ni banyakkan organisasi besar yang mmg kita dah ketahui...seperti AirAsia, Honda, CIMB Bank dan sebagainya...

Jujur kata, mmg kanak-kanak akan mudah teroka tapi bagi Sally pemilihan didalam KidZania ni tidak telus...kanak-kanak mungkin akan bina "kerjaya" yang nampak indah walhal dalam dunia ni tak semua dapat kita capai semudah petikan jari...

Tapi apa yang Sally boleh rumuskan, KidZania ni membantu kanak-kanak berfikir secara matang, lebih berdikari dan InsyaAllah bakal memilih kerjaya yang sesuai dengan mereka nanti...Perkembangan kanak-kanak boleh di pupuk dari masa ke semasa...

Saturday, June 20, 2015

CARRIE Bac Buster ~ 1st Antibacterial Bodywash & Handwash For Kids!

9:00:00 AM 0 Comments
The presence of harmful bacteria around us is a cause for concern especially for children as it could compromise their healthy growth and development. Educating children on good hygiene is the best way to prevent the spread of infections and diseases. Teaching and reminding our children the principles of proper hygiene can help keep them healthy.

In the practice of personal hygiene, regular hand-washing is most important for children. School going children spend a lot of time out of home and away from parental supervision. They have many activities and interact with so many people and environments. These acts expose them to harmful bacteria that may cause common illnesses like colds, flu, and gastroenteritis as well as skin and eye infections.

Parents are invariably concerned whether their children are washing up properly and whether the cleansing products are truly effective in totally removing harmful bacteria. This is where the solution provided by CARRIE, the leading premium children’s personal care brand can really make a difference. CARRIE BAC BUSTER the 1st Antibacterial Super Bodywash and Antibacterial Super Handwash range specially formulated for children is now launched into the market in Malaysia. 


With younger pre-schoolers, parents or caregivers still bathe them and thus the adult or parent can ensure a proper clean up. With older kids, they bathe independently and hurry through bathing as they rush out for more fun activities, motivating them to clean thoroughly is very important. The CARRIE BAC BUSTER range of products eliminates 99.9% harmful bacteria. Alcohol free, soap free and paraben free, CARRIE BAC BUSTER is clinically proven to be safe and gentle on children’s skin. It also contains plant based moisturizers that help maintain skin moisture balance while ensuring children stay protected from harmful bacteria.

 

“CARRIE BAC BUSTER is the 1st antibacterial range of personal care products specially formulated for children age 7 years onwards. As a brand that cares for the well-being of children, CARRIE is launching this new range to ensure children stay protected from harmful bacteria and stay healthy,” said Mr Sriram Krishnamurthy the Chief Operating Officer of Wipro Unza (M) Sdn Bhd in his speech.

“At WIPRO UNZA we are constantly innovating and developing products to suit the relevant needs of parents today. Through our research we discovered that parents want their children not to just stay clean but also protected from harmful bacteria. They also want products that are suited to their children’s delicate skin. The new range of CARRIE BAC BUSTER Antibacterial products will give parents the assurance that their children will stay protected at all times from harmful bacteria,” Mr. Sriram added.



The CARRIE BAC BUSTER Antibacterial Super Bodywash and Antibacterial Super Handwash range is interestingly packed in bottles which resemble a superhero’s spaceship and space-gun. CARRIE BAC BUSTER range is available in fruity variants of Blasting Blueberry and Smashing Strawberry. The CARRIE BAC BUSTER Antibacterial Super Bodywash retails at RM4.45 WM / RM4.65 EM for 90gm, RM10.20 WM / RM10.70 EM for the 280gm and RM22.55 WM / RM23.70 EM for the 700gm. The CARRIE BAC BUSTER Antibacterial Super Handwash retails at RM8.15 WM / RM8.55 EM for a 250gm bottle. Prices stated include 6% GST and the range is available at all hypermarkets, supermarkets, leading pharmacy chains and other retail outlets near you.



The new CARRIE BAC BUSTER Antibacterial range specially for children is the first and only ‘one of its kind’ which every parent should have at home!

Friday, June 19, 2015

OSTANIA Mangosteen Amrita - Minuman manggis yang hebat!

4:40:00 PM 1 Comments

Sebelum ni kita selalu dengar yang manggis tu baik untuk kesihatan, tapi jarang kita nak lihat produk yang berunsurkan manggis secara penuh kan? Manggis yang terkenal dengan gelaran "ratu buah" ini merupakan buah yang kaya dengan antioksida.


OSTANIA Mangosteen Amrita, mungkin satu jenama yang jarang kita dengar tapi minuman ni sebenarnya sangat berkhasiat dan yang penting sekali, sedap! OSTANIA Mangosteen Amrita diformulasi daripada keseluruhan buah manggis termasuk puri dan kulitnya, ini membuatkan minuman ni kaya dengan Xanthones. Minuman ini juga ditambah baik dengan campuran ekstrak epal, roselle, acai beri, anggur dan buah delima.

**Menurut kajian, Xanthones mempunyai kesan yang sangat baik untuk organ dalaman manusia kerana kadar antioksidan-nya yang tinggi.


Minuman ni sebenarnya agak masam, tapi kalau simpan dalam peti sejuk...mmg syok layan masa berbuka puasa...Ouh! lupa Sally nak bagitau...Sally minum Ostania ni masa bersahur, sebab selain daripada kaya dengan antioksidan, ianya membantu penghadaman dan mengembalikan tenaga...

Believe me, you won't get too dull, too tired or too hungry...Yela...bila kita puasa ni, badan cepat lesu sebab kekurangan pengambilan air pada waktu pagi kan...lagi-lagi kalau kita yang bekerja dalam terik matahari atau dalam penghawa dingin sepanjang hari...


Ni antara lain, kebaikkan serta khasiat yang ada dalam OSTANIA Mangosteen Amrita ni...yang penting sekali, tiada tambahan gula ye, minuman ni hanya bergantung kepada pemanis semulajadi yang ada dalam buah-buahan yang digunakan...

OSTANIA Mangosteen Amrita ni dijamin HALAL dan dah dapat Sijil Halal JAKIM pun...so, jangan risau...Daripada ladang terus ke kilang untuk pemprosesan, dikilangkan dan terus jadi produk...mudah, selamat dan bersih!

Cara nak minum dia pun sangat mudah...minum secara terus (30ml) atau pun boleh juga kalau nak campur dengan air, dengan ratio 1:1..

Sally sarankan kepada mereka yang ada penyakit kencing manis, darah tinggi dan kolestrol tinggi...cuba minuman ni...sebab Sally berikan kepada ibu sebotol untuk dia cuba, sebelum ni dia susah nak solat berdiri sebab lutut dia agak sakit...dan beberapa hari selepas minum Ostania ni pada waktu pagi dan malam, dia boleh dah solat berdiri...walaupun tidak secara penuh, tapi kira ada perkembangan yang baik juga..


So, kalau berminat...boleh la cuba minuman OSTANIA Mangosteen Amrita yang sangat berkhasiat dan baik untuk sistem penghadaman kita...korang boleh mendapatkan OSTANIA Mangosteen Amrita dengan harga RM 49.90 (500ml) sebotol sahaja. Kalau nak beli boleh ke pautan SINI..

Jumlah hidangan untuk sebotol ialah 16 cawan kecil dan jangka hayat sebotol mencecah 24 bulan.

Thursday, June 18, 2015

Kesilapan yang kerap dilakukan dalam bulan Ramadhan.

2:10:00 PM 7 Comments

Dipanjangkan daripada kiriman WhatsApp yang diterima...perkongsian mudah daripada Dr. Zaharuddin Abd Rahman...Ada beberapa kesilapan yang kerap kita dilakukan dalam bulan Ramadhan, ada yang secara sengaja dan ada yang secara tidak sengaja..

Beberapa point disini mengetengahkan tentang solat, baik daripada solat yang fardhu sehingga solat terawih..dan di tekankan solat secara berjemaah yang jarang dilakukan untuk solat fardhu tetapi sering penuh ketika solat sunat (Terawih).

Dr. Zaharuddin Abd Rahman juga menekankan tentang penampilan lelaki dan wanita, aurat wanita dan jugak persiapan raya yang sering dilakukan terlalu awal dan sering melalaikan..

Jadi, sama-sama la kita tengok yang mana yang boleh diperbaiki...yang boleh ditutup, diubah...

Salam Ramadhan..

Monday, June 15, 2015

Disebalik awan.

4:47:00 PM 5 Comments

Disebalik awan,
Ada cahaya, ada kehidupan.

Disebalik awan,
Ada harapan, ada impian.

Disebalik awan,
Ada rindu, ada kenangan.

Disebalik awan,
Ada sang sayap, ada getaran.

Disebalik awan,
Ada syukur, ada kekesalan.

Disebalik awan,
Ada aku, ada DIA.

Disebalik awan,
Ada segalanya...

Sunday, June 14, 2015

Tanggungjawab pada keluarga atau diri didahulukan?

9:30:00 AM 12 Comments
Sally ni tak reti nak berbahasa puitis bagai...tapi kadang-kadang tu...mmg nak jugak la menulis benda yang bersarang kat hati ni...biasa laa....Bila dah sesak dada, nak share dengan someone...huhuhu...

Hari Ahad, tapi tajuk berat sikit...Kalau korang, tanggungjawab pada keluarga atau diri didahulukan? Ini lebih kepada mereka yang masih bujang dan takde tanggungan lagi laaa....

Sekarang ni Sally bekerja, dan sambung degree secara part-time..Jujur kata, penat sangat...masa yang terluang je tarik buku...sebab kami kan jarang jumpa lecturer...Kalau nak tunggu dia ajar mmg gamaknya tak paham ape laa...mana dia nak kejar masa buat kuiz, test lagi masa seminar...


Bila orang tanya, kenapa belum kawen..?

Selain daripada belum sampai jodohnya, Sally dahulukan ibu...sebab hanya Sally yang bekerja dan ibu dah lama bersara...Biasa laa...kalau ditanya pasal duit EPF, simpanan...tu mmg dah lamaaaaaaa sangat habis..huhuhu...Nak cerita pasal abang pulak...dia lebih selesa goyang kaki je kat rumah..itu kita tolak tepi la...susah bergelar lelaki ni...

So, sebagai "ketua keluarga", atleast pada mata Sally...Kewajipan mencari duit tu mmg terletak pada bahu Sally 100%...Kalau nak cakap penat, lelah, sakit hati, rasa nak give up tu mmg dah menjadi lumrah...hampir tersungkur kalau difikirkan...tapi tetap la dikuatkan diri untuk mencari rezeki buat kehidupan keluarga...Kalau tak Sally yang bekerja, siapa lagi kan?

Bila fikir pasal kawen, rasa macam...haihhhh....macam takut sebab mampu ke nak sara keluarga nanti...Siapa yang nak bantu keluarga kalau Sally takde...huihhh...fikirkan kemungkinan pun dah buat seram...hihihi...Bukan la niat nak menolak jodoh, tapi biarlah buat sementara ni...

Kalau ditanya, tanggungjawab pada keluarga atau diri didahulukan?

Jawapan Sally...keluarga...biarlah diri ni takde dapat kebebasan, janji keluarga hidup gembira...Biarlah tak mampu nak mandikan mereka dengan kemewahan, cukuplah mereka tersenyum bila melihat nikmatnya bersama...

Yang merendah diri,
Sally Samsaiman

Saturday, June 13, 2015

Fan-girl! Ni cara nak hindari penyakit "post-concert withdrawal syndrome".

10:27:00 AM 12 Comments
Baik muda ke tua mmg takkan lari daripada jadi "fan-girl"...Istilah fan-girl ni mungkin lebih popular dikalangan mereka yang bergelar kpoppers, tapi sebenarnya setiap satu daripada kita mungkin bergelar fan-girl...mungkin bukan pada artis kpop...mana tau kot minat A Rahman Hassan ke, Aaron Aziz ke, Adam Levine ke...tu semuanya sama laa...

Fan-girl ni mudah kata peminat perempuan laa...senang paham lagi kan?

Sally ni kena penyakit ni kalau balik daripada konsert CNBLUE je...yang lain buat masa ni takde lagi...hahahaha...Kalau fan-girl KPOP, selalunya kena lepas balik fan-meeting, konsert, atau sesi meet and greet...Jujur kata Sally tak suka konsert, tapi kalau konsert CNBLUE je mesti nak g walaupun tak nak...errr...boleh paham tak?

Sebenarnya tak semua bertuah nak kena sindrom ni...tapi yang parah kalau terkena laa...ada yang kena sehari, seminggu, sebulan, setahun! Okay, setahun ni nampak macam melampau laa...tapi setiap orang yang kena tak sama...

Simptom..?

Orang yang terkena sindrom ni kita boleh nampak bila dorang dah mula rindu kepada artis tu sejurus lepas konsert tu tamat...atau kita dah mula tengok video clip daripada konsert tu beberapa minit lepas tamat konsert atau lebih worst bila ada geng dan korang akan mula bercerita pasal detik-detik sepanjang konsert tu walaupun actually korang hanya secebis memori je kepada artis tu..hihihi...Yang tak boleh tahan bila korang keluar statement, "I breath the same air with him/them!"

Over tau kongsi oksigen bagai..hahahaha


Dan selepas seminggu...akan ada tweet mahupun update tentang konsert tu... "A week had passed and it seems just like yesterday!" ... Yang ni bermakna dah seminggu tapi masih ada penyakit ni lagi...Kesian kan..?

Cara nak cure penyakit ni..?

Setiap orang berbeza cara nak "sembuh"...

Kalau Sally, selalunya Sally akan dengar lagu-lagu mereka...straight daripada masuk office sampai la waktu balik...tengok beberapa klip daripada konsert yang Sally hadiri tu...tapi tak semua yang dipraktikkan ni akan membuatkan kita "sembuh"...ada yang makin worst bila dengar lagu-lagu @ tengok klips masa konsert...

Cara lain, get a life! Hangout dengan kawan-kawan, study untuk exam...atau senang kata, sedar diri la oii...dah nak Ramadhan lagi nak fangirling bagai! (Sebenarnya refer kat Sally)...Hahahaha...sebenarnya banyak cara nak elak daripada kena sindrom ni...Just, move on jela...tu je pun kaedahnya... Jangan difikirkan sangat...jangan taksub, jangan obses...anggap tu semua cuma hiburan semata...

Friday, June 12, 2015

Kang Minhyuk from CNBLUE 1st Fan Meeting in Thailand 2015

3:16:00 PM 4 Comments
Hyukkie time for solo appearance!

After Jung Yong Hwa, now it's turn for Kang Min Hyuk, our lovely maknae to be appear in his own solo fan meeting that will be held in Thailand for the very first time!

Sounds excited haa?


Ticket Information :

Kang Minhyuk from CNBLUE 1st Fan Meeting in Thailand 2015

Date : Saturday 25th July, 2015
Time : 06.00 pm onwards
Location : BCC Hall – Central Plaza Ladprao 5th Floor

Ticket Price: 5,000 / 4,000 / 3,500 / 2,500 & 1,500 Baht.

Pre-Sale Tickets : Friday 26th – Saturday 27th June, 2015

Sales Channel : 
2) Counter Ticket Purchase @ A Chi Entertainment Group Co., Ltd Head Office

Address : 1/8 Ramkhamhaeng 30 soi, Huamark, Bangkapi, Bangkok 10240

Official Sale Tickets : Sunday 28th June, 2015

Sale Channel : Thai Ticket Major www.thaiticketmajor.com Tel. 02-262-3456

There will be certain rules and regulation for pre-sale ticket reservation procedures, please read carefully at this LINK before proceed with your payment...

Have fun Boice!!

Kisah Sally dan Koala nyaaa~

11:18:00 AM 10 Comments

Sepanjang minggu lepas, bos takde kat office....bercuti ke Australia dengan family laa dan kebetulan cuti sekolah kan...Kalau dah bos tu, balik bercuti mesti akan teringat anak-anak buah dia yang kat office ni yang muka sedih kalau takde souvenirs...errr....Sally jela sebenarnya...orang lain tak pun...hahahaha...

Sampai je office, di baginya la sorang satu pouch kecik macam kat atas tu...kebetulan pulak Sally pakai tudung warna kelabu...dah macam kembar dengan kola tu...hahahaha...patut ambik kangaroo ni...takde la sama sangat...

Sebenarnya, nak rumuskan entry ni...

"Sally dapat souvenirs daripada Australia.."

Tu je pon..hahahaha...

Thursday, June 11, 2015

NIVEA : Kempen BE FAIR. BE FIRM. BE FABULOUS.

3:51:00 PM 5 Comments
28 Mei 2015, Kuala Lumpur – Deodoran NIVEA kini merupakan jenama paling pantas berkembang dengan catatan 8X lebih pantas berbanding pertumbuhan pasaran. Setiap tahun, Beiersdorf melaburkan jutaan ringgit terhadap penyelidikan dan pembangunan termasuk inovasi produk agar setiap keperluan pengguna dapat dipenuhi secara berterusan. Ia menjadi faktor utama terhadap keunggulan deodoran NIVEA sebagai jenama No. 1 di dalam pasaran.

Sejak dahulu, NIVEA mengenal pasti bahawa penampilan bawah lengan (ketiak) adalah antara punca yang menggugat keyakinan golongan wanita. Berdasarkan kajian terbaharu, 80% wanita menyingkirkan bulu di bawah lengan menggunakan pelbagai teknik. Kajian tersebut mendapati bahawa 60% daripadanya menggunakan kaedah mencukur manakala 40% pula menarik/mencabutnya. Penggunaan berterusan teknik-teknik penyingkiran bulu sebegitu didapati menjadi punca utama terhadap masalah kekusaman dan kehilangan keanjalan serta kelicinan di bawah lengan.

Sebagai pakar dalam penjagaan bawah lengan, NIVEA memperkenalkan NIVEA Extra White & Firm Q10 yang merupakan solusi terhadap penyelesaian masalah bawah lengan yang menjadi kebimbangan ramai wanita. Diformulasi dengan agen Q10 yang mengandungi 97% keaslian untuk tujuan penegangan, NIVEA Extra White & Firm Q10 merupakan deodoran pertama di dalam pasaran yang mampu mengatasi masalah kehilangan ketegangan kulit bawah lengan dan dalam masa yang sama menjadikan kulit lebih cerah dan licin.



Bersempena dengan itu juga, NIVEA telah melancarkan Kempen BE FAIR. BE FIRM. BE FABULOUS. Kempen tersebut melibatkan acara amal Women Empowerment yang bertujuan memperkasakan wanita agar mereka berani melontarkan pandangan dan kepercayaan masing-masing serta untuk BE FAIR. BE FIRM. BE FABULOUS; luar dan dalam.

“Di NIVEA, kami percaya bahawa kecantikan tidak hanya diukur berdasarkan fizikal luaran, malah ia turut mengambil kira aspek dalaman. Justeru adalah penting untuk setiap wanita mengekspresikan ketegasan, keadilan dan kehebatan diri setara dengan penampilan luaran. Hari ini, NIVEA telah menganjurkan acara amal Women Empowerment yang bertujuan memperkasakan wanita dalam menyuarakan pandangan dan kepercayaan mereka serta menjadi BE FAIR. BE FIRM. BE FABULOUS dari segi luaran dan dalaman,” jelas Ng Hock Guan.



Pada acara itu, Atilia Haron (Penyanyi), Siti Saleha (Pelakon) dan Carey Ng (Miss Universe Malaysia 2013) hadir bagi melancarkan kempen tersebut bersama-sama Ng Hock Guan. Setiap personaliti ini mewakili setiap satu tunjang BE FAIR. BE FIRM. BE FABULOUS. dan setiap daripada mereka turut berkongsi pandangan masing-masing.

BE FAIR – Siti Saleha

“Sesukar manapun cabaran dalam hidup, kita perlu memberi peluang dan ruang untuk memanjakan diri dan relaks. Dengan cara ini, ia dapat membantu melapang dan menenangkan fizikal serta emosi seseorang. Kebanyakan wanita terlupa untuk memberi ganjaran kepada diri sendiri. Justeru golongan wanita perlu tahu bahawa mereka juga berhak memanjakan diri dari masa ke masa.

“Saya juga percaya bahawa setiap wanita tidak hanya menginginkan wajah yang cerah, malah kulit tubuh yang cerah juga. Menerusi produk yang tepat, keinginan ini dapat dipenuhi! Nivea Extra White & Firm Q10 telah membantu saya mengatasi masalah bawah lengan dengan menjadikan ia lebih cerah dan licin.”


BE FIRM – Atilia Haron

“Saya amat teruja kerana berpeluang menjadi sebahagian daripada kempen memperkasakan wanita ini yang memfokuskan terhadap kepentingan keyakinan diri dan berpendirian tegas dalam kehidupan. Saya percaya bahawa golongan wanita perlu bersikap tegas dalam pegangan prinsip, kepercayaan dan cita-cita mereka.

“Tegas dalam berpendirian sentiasa menjadi antara penyumbang utama terhadap kejayaan dalam kehidupan saya. Ketika menceburi bidang nyanyian, saya memutuskan untuk tampil berbeza daripada penyanyi lain. Tidak dinafikan pilihan tersebut dicabar pelbagai dugaan tetapi berkat ketegasan pilihan saya itulah yang mendorong kepada kejayaan saya dalam industri muzik.

“Membuat pilihan yang tepat terhadap rejim penjagaan bawah lengan juga penting. Kebanyakan wanita mengalami masalah tekstur kulit yang kasar akibat bercukur dan penyingkiran bulu bawah lengan secara berterusan. Bersama Nivea Extra White & Firm Q10, penampilan bawah lengan saya lebih cerah, sekata dan licin sekali gus menyempurnakan pesona diri ketika menjayakan persembahan di atas pentas.”


BE FABULOUS – Carey Ng


“Saya berasa hebat hari ini dan berbangga kerana berpeluang menjadi sebahagian daripada kempen hebat yang membantu wanita menyerlahkan personaliti unik mereka.

“Bagi saya, wanita hebat ialah wanita yang berkeyakinan diri. Anda mampu membentuk keyakinan dengan cara menjadi diri sendiri, percaya kepada identiti, nilai-nilai dan impian unik yang anda pegangi.

“Setiap wanita memiliki keunikan tersendiri dan tiada syarat tertentu bagi mengelaskan seseorang itu sebagai wanita hebat. Saya percaya setiap wanita ialah bintang dan mereka juga hebat tanpa mengira usia atau bentuk fizikal. Nivea Extra White & Firm Q10 memberikan setiap wanita kebebasan mengekspresikan keyakinan mereka menerusi pelbagai stail fesyen bersama penampilan bawah lengan yang cerah dan sekata.”




Ng Hock Guan bersama tiga personaliti itu juga merasmikan dinding “Voice of Women”.

Para pengguna dan jemputan media diberi kesempatan untuk bergambar di hadapan dinding gambar tersebut sambil memegang papan kenyataan bertuliskan mesej-mesej peribadi berkaitan Women Empowerment.



Foto yang diambil kemudiannya akan dimuat naik ke laman media sosial dengan hashtag #FairFirmFabulous. Kesemua foto yang dikongsikan di media sosial juga berpotensi menjadi medium memperkasakan wanita-wanita lain. Selepas itu, para pengguna dan rakan media kemudiannya perlu menanggalkan sekeping puzzle yang terdapat di dinding “Voices of Women”. Di bawah kepingan puzzle itu pula terdapat nilai RM20,000 menanti untuk didedahkan yang bakal disumbangkan kepada badan-badan kebajikan pemerkasaan wanita.

Para pengguna boleh menyertai aplikasi kempen Women Empowerment dengan cara mengimbas kod QR di belakang kepingan puzzle atau daftar masuk di http://apps.facebook.com/fairfirmfabulous. NIVEA akan menyalurkan RM5 kepada dana kebajikan Women Empowerment daripada setiap penyertaan. Tiga peserta dengan mesej pemerkasaan terbaik akan berpeluang memenangi hadiah-hadiah menarik bernilai lebih RM3,000.



NIVEA Extra White & Firm Q10 boleh didapati dalam bentuk botol roll-on 25ml pada harga RM4.90 (Semenanjung Malaysia, Sabah & Sarawak) dan botol roll-on 50ml pada harga RM9.80 (Semenanjung Malaysia, Sabah & Sarawak). NIVEA Extra White & Firm Q10 juga boleh didapati di semua pasar raya dan farmasi utama di seluruh negara. Untuk maklumat lanjut tentang NIVEA Extra White & Firm Q10, layari www.NIVEA.com.my dan laman Facebook rasmi di www.facebook.com/myNIVEA.

Sakae Sushi with BFF!

10:48:00 AM 8 Comments
Susahnya nak berjumpa!

Itu salah satu masalah dengan bff sally...bukannya duduk jauh tapi selalu ada kekangan bila nak berjumpa berempat...dorang ni semua kawan baik Sally since tahun 2008 lagi...dan insyaAllah sampai akhir hayat kami...

Bermula kisah lepas Sally dapat voucher daripada Hei Sushi....tapi untuk Sakae Sushi la...jadinya Sally ajak dorang g makan kat sini...sambil-sambil tu Iera nak cari baju untuk outstation...Yang Sally, Dayah dgn Syifa semua kes terjebak je...habis duit makan bulan ni oii..hahahaha...Sape yang langsung tak membeli kalau ke Times Square mmg pelik laa...

Actually ni kali pertama Sally ke Sakae Sushi, sebelum ni selalu ke Sushi King je...paling tidak makan sushi kat AEON Jusco tu je..hahahaha...sekali sekala kot makan sedap...dah la free pulak tu kan?

Sampai je ke Times Square, Syifa' dah lapar sangat sebab baru habis exam tghari tu...terus la diseretnya kami ke kedai...lapar sangat dah gamaknya...kesiann...

Dayah - Syifa' - Sally - Iera

Demikian la rupanya...duduk dan terus selfie...hahahaha...tanpa tengok menu, tangan laju je tarik pinggan mochi yang elok berjalan kat sebelah...Disebabkan voucher nya milik kak Sally, jadinya adik-adik yang lain menanti la apa yang di order kakaknyaa..mihmihmih...

Sakae Teishuku (RM38.99)
Enoki Naku (RM14.99)

Kalau korang ada baca entry food review Sally kat Hei Sushi, ada jugak menu macam yang atas ni...tapi dia menggunakan nangka...kalau yang ni dia guna mangga...sedap tapi Sally prefer lagi nangka tu...! Yang ni tak ingat la harga dia...


Dek kerana kasih sayang yang menebal...hahahaha...semua nya sedap...yang paling Sally suka Enoki Naku tu...perfect! Lpeas tu add on Chuka Idako (Octopus)...Sebenarnya banyak lagi menu yang korang boleh explore di Sakae Sushi ni...so far makanan dia masih menepati citarasa Sally la...Sally ni nak kata cerewet dalam memilih makanan tu tidak laa...tapi kalau tak sedap, mmg tak disentuh..hahahaha...Errr...sushi yang berjalan tu tak payah kira laa...banyak sangat! hahahaha...yang tukang makan pun terkejut...

Honey Jujube Genmai Tea (RM 7.99)
Sally cuba Jujube tea ni...sedap jugak sebab ada manis madu dalam tu...tapi Jujube pahit...hahahahaha...first time rasa Jujube sebenarnya...sebelum ni tak...

Lepas makan, nak kena hantar adik-adik kesayangan balik...


Dan pulang lah mereka berempat ke rumah masing-masing...huhuhu...

The greatest gift of life is friendship, and I have received it. - Hubert H. Humphrey

Wednesday, June 10, 2015

The Class : Meet and greet session with CNBLUE in Malaysia!

9:17:00 PM 6 Comments
Hey guys!
 
Good news to all Boices in Malaysia, our CNBLUE members will be here next month!
 
As referring to our post The Class has partnered with CNBLUE for SS 2015 campaign, YES! the news that we've been waiting for, CNBLUE is confirmed to be here in Malaysia on 4th July 2015 at Mid Valley Megamall for a meet and greet session!
 
  
Date : 4th July 2015
Venue : Mid Valley Megamall
Time : 1pm 
 
The Class has promised to giving out passes, so please stay tuned !!!
 
p/s : My favorite news for this month!
 
Facebook : The Class Malaysia

Monday, June 8, 2015

Thank you Aisya Ibrahim!

11:19:00 AM 11 Comments
Kiriman sampai pada minggu lepas lagi...tapi disebabkan Sally ni tgh menderita post-concert withdrawal syndrome, jadinya asyik dok ingat konsert jela...hahahaha...maapkan ahkak Sally ye Aisya! mihmihmih...



Jujur kata, Sally tak tau pun sebenarnya Sally menang giveaway daripada Aisya, haihhh...nampak sangat lama tak berkunjung ke blog Aisya...maapkan saya lagi sekali....huhuhu...

Dalam parcel yang Sally terima ada sebiji FM yang diterbangkan khas dengan bantuan poskad Harry Potter...hahahaha...okay tak, tipu je....poskad tu ada dalam parcel sekali...hihihi...


Dan, dengan penuh keajaiban dia tiba-tiba dah ada kat peti ais...(read as : ibu yang excited letakkan) ..elok terletak dengan FM sponsor by diri sendiri daripada Singapore...hihihi...

Sebenarnya ni entry terharu...huhuhu...sebab Aisya sanggup hantar jugak walaupun kak Sally dia tak reti nak bg details sendiri...sobsss...terharu cheq!

To Aisya :

Thank you so much for the gift! Kak Sally mmg terkejut plus terharu sebab Aisya bagi benda ni kat kak Sally...hopefully...Aisya sentiasa sihat dan dimurahkan rezeki hntr poskad lagi...eh...macam pantun dua kerat plak..hihihi

-Sally Samsaiman

Saturday, June 6, 2015

Name card blogger yang baru...weehooo!

9:00:00 AM 11 Comments

Sebenarnya name card Sally dah nak habis...jadinya...Sally ingat nak suruh kawan Sally reprint je balik...tapi tangan ni gatal dok nak menggodek kat Groupon....

Mula-mula sebenarnya niat nak buat photobook, sebab selalunya bila Sally ke konsert CNBLUE, mmg Sally akan buat photobook tapi tetiba tangan terbeli voucher name card...

Seperti yang korang tgk...mmg sangat "typical" design...hahahaha...sbb Sally tak reti nak buat fancy sangat....so, jadi macam tu la name card Sally...

Kalau ada yang tak dapat lagi, kalau jumpa nanti boleh la mintak ye...hihihi

Friday, June 5, 2015

Equinox Restaurant - breathtaking and best view in Singapore!

2:22:00 PM 9 Comments
Sebenarnya, niat hati Sally nak cerita pasal restaurant ni dalam entry my luckiest day ever, tapi macam tak best sangat kalau tak cerita asing-asing...lagipun masa makan kat sini dah jadi hari Ahad, esoknya...so...kita cerita pasal restaurant ni...

Mula-mula ingat nak tulis pasal hotel Swissôtel The Stamford dulu...tapi senang kata Sally tak sabar nak share pasal restaurant ni laaa!

Masa dapat tau yang agent booked hotel sekali dengan breakfast, Sally fikir yang akan breakfast dekat hotel punya kafe jela...tau tak expectation Sally macam kau confirm makan roti bakar dengan jem lepas tu dapat kopi secawan...hahahaha...punya hina expectation I...

Awal nya dah tanya kat receptionist...call daripada bilik..dia kata suruh ke tingkat sixteen-nine (16-9)...and I was like?? ape..? (maaf sbb slang dia mmg Filipina sangat)...tak puas hati sebab setahu Sally bilik dalam hotel tu ada sampai tingkat 38 je...menipu ke?

Dengan kelaparan tu, ke receptionist la kami...Tanya balik dan dia suruh ke Equinox Restaurant di tingkat 69...hahahaha...time tu dah tergelak-gelak dengan kawan Sally sebab mmg wujud tingkat selepas tingkat 38...cuma kena turun ke lobby baru boleh naik ke lif lain utk ke Equinox Restaurant...



 Okay, speechless...sampai je ke tingkat 69...keluar daripada lif nampak kawasan dengan kaca yang tinggi...kita boleh tengok keseluruhan Singapura!


Sempat bergambar masa nak tunggu turn...biasa la...dah namanya weekend...mmg tak boleh nak buat ape...terpaksa la tunggu...tak lama pun...ada la dalam 10minit macam tu....sebab restaurant ni boleh muat 110 orang je dalam satu-satu masa..huhuhu

Konsepnya sama macam tempat lain...mmg dia hidangkan buffet la...dan Sally dapat makan buffet breakfast...dapat pulak meja yang sangat spesifik tempatnya, boleh nampak Marina Bay dan jugak daripada meja Sally mmg clear nampak Marina Bay Sands Skypark...Sebenarnya kalau buat reservation, kalau kita request meja kat tepi tingkat kena add on duit..hihihi...nampak tak Allah permudahkan segalanya untuk Sally?


Ya Allah...masa ni mmg sumpah rasa nak menangis...tak mampu Sally nak hadirkan rasa syukur Sally bila diberi peluang macam ni...ternyata mmg tiada nikmat yang mampu kita dustakan bila Allah dah beri kepada kita...sujud syukur, hanya itu yang mampu!

 Sebenarnya banyak lagi gambar kat sini, tapi ada pada kamere kawan Sally...malas pulak nak mintak kat dia...hihihi...yang boleh Sally cakap...I am so blessed to be here!


Typical Sally...makan wafer dengan scones je...hahahaha...actually banyak makanan yang ada...tapi errr...basically ada yang campur dengan non-halal...jadinya nak play safe...Sally makan yang mudah...ouhh...jangan salah sangka...sebab lepas tu banyak round lagi...ni starter je baru...hahahaha

http://www.swissotel.com/hotels/singapore-stamford/dining/equinox-restaurant/
Ni pandangan kalau waktu malam...cantik kan...? Semua tempat boleh nampak...hihihi...meja Sally betul-betul depan kaunter kecik tu...Sally betul-betul happy dapat peluang ke Singapore ni...bukannya ni kali pertama Sally ke Singapore, tapi kali ni terlalu banyak benda yang baik terjadi...


Kalau korang ada budget lebih masa ke Singapore, boleh la cuba makan kat sini...tapi beware dengan makanan yang diambil ye...kalau nak dinner pun boleh tapi Sally lebih sanggup bayar kat retoran bergerak 360 kat Menara KL tu...hahahaha...mahal la nak oii makan!

Equinox Restaurant
Level 69 & 70, Swissôtel The Stamford
2 Stamford Road

Hours Of Operation

Semi-Buffet Lunch:
Monday to Friday: 12.00 - 14.30

Buffet Lunch:
Saturday and Public Holidays: 12.00 - 14.30

Brunch:
Sunday: 11.00 - 14.30

À la Carte Afternoon Tea:
Monday to Saturday: 15.30 - 17.00
Sunday: 16.00 - 17.00

Dinner:
Monday to Sunday: 18.30 - 22.30
Reservations

For online reservations: book now
Phone: +65 6837 3322
Email: reservations@equinoxcomplex.com

Thursday, June 4, 2015

Update : 2015 Jung Yong Hwa LIVE (One Fine Day) in Singapore.

7:07:00 AM 22 Comments
Date : 30th May 2015
Venue : The Star Theater, The Star Performing Arts Centre, Singapore
Time : 7pm  

Sally tau ramai yang menunggu entri ni kan...hihihi...Sally pun sebenarnya tak sabar nak cerita tapi kekangan masa buatkan entry ni tergantung...yang sempat pun buat entri teaser je...hihihi....

So, sebelum apa-apa...Sally nak bagitau dalam entri ni mmg akan penuh dengan statement seorang fan-girl yang masih belum move on dan masih menderita post-concert withdrawal syndrome. Hahaha..nampak tak betapa teruknya Sally lepas dapat jumpa Jung Yong Hwa?

Sebelum tu jemput la dulu baca tentang apa yang jadi pada 30th May...hihihi...



"One Fine Day"

Tajuk album solo pertama Jung Yong Hwa...yang dah mula terjual pada Januari 2015...dan sebelum ni dia dah pergi jelajah untuk konsert solo dia di beberapa buah negara dan Singapore merupakan negara ketiga terakhir untuk jelajah konsert solo...

Selepas ni masa untuk Taiwan dan Guangzhou, China sebelum aktiviti yang terakhir...encore "One More Fine Day" di Seoul...tapi rasanya cukup lah dengan One Fine Day (OFD) di Singapore ni yang Sally pergi...

Sally sampai kat venue tu dalam pukul 4pm...sebab ada sesi interview sebagai pemenang grand prize anjuran One TV Asia (One HD)...dan Sally masuk ke arena pkul 6.45pm...tapi betul la...sepanjang Sally ke konsert...mmg Sally "bercuti", jadinya mmg tak risau sangat...

Masuk dalam tu...walaupun sepatutnya start pukul 7.00pm...tapi start agak lewat sikit...kalau tak silap Sally dalam pukul 7.20pm...estimate ada 4,000 crowd yang dah mula menanti sejak tengahri lagi... VIP seat Sally adalah pada row 13 daripada stage...dekat tapi masih jauh..huhu


Masa ni gagah pakai phone...padahal ada je kamera dalam beg...hihihi...lepas stress baru keluarkan kamera...boleh macam tu..?

Yong Hwa mulakan konsert dengan lagu daripada album One Fine Day yang bertajuk Without You......Set list dia Sally tak ingat...tapi yang penting Yong Hwa ada nyanyi lagu Ryu Can Do It, dan medley lagu-lagu CNBLUE dalam susunan muzik yang berbeza...lagu seperti Lady, I'm Sorry dan Can't Stop...

Part yang paling melting sekali....

Google's

Percaya laa...selain daripada tengok dia main gitar, Sally paling lemah bila tengok dia main piano...rasa nak tampor tangan dia tu sebab...haihhh...speechless! Masa dia main piano dia kalau tak silap Sally untuk lagu Last Leaf (OFD Album), Like A Child, Feeling...

Pengsan la nak oii tengok mamat dia...hahahaha...Jujur kata, Yong Hwa bukan jenis macam idol yang lain...dia mmg tak reti menari...serius tak...Yong Hwa menari ialah salah satu keajaiban dalam dunia CNBLUE tau...hihihi...




 Sampai sekarang...lagu favorite Sally, You Fallen For Me (OST Heartstring) mmg selalu Sally nantikan dalam setiap konsert...dan yes! He's sing the song! Rasa nak pengsan bangun balik je tau..hahahaha... Cuma bezanya, susunan muzik yang sepatutnya balada tu ditukar menjadi rock...sekali la lagu Love Light dan Banmal Song...

Seperti yang korang tau...dalam album ni Yong Hwa ada berkolabrasi dengan beberapa orang penyanyi dan penerbit, Peter Malick daripada America...seperti JJ Lin (Singapore), Verbal Jint (Korea), YDG (Korea)...Walaupun semua partner dia takde...tapi Yong Hwa tetap menyanyi dengan baik...kesian tengok dia kena cover semua part rakan duet dia...lagu-lagu seperti Energy, Checkmate (Mandarin) dan Mileage mmg best!


Dalam konsert ni jugak, Yong Hwa sempat kenalkan semua yang ada yang membantu sepanjang konsert dia...seperti band dan jugak penyanyi latar dia...hihihi...percaya la...Yong Hwa sangat nakal! hihihi...

(errr...tadi dah bagitau entri ni mmg akan penuh dengan statement seorang fan-girl yang masih belum move on dan masih menderita post-concert withdrawal syndrome kan?)

Oh! benda yang paling Sally bangga bila Yong Hwa punya English dah bertambah baik... Dia boleh la communicate sepanjang masa dengan bahasa inggeris...tau tak feeling macam mak-mak yang masa anak dia pandai cakap ABC? Hah! macam tu la yang Sally hadapi..hihihi...tapi dia ni mmg laa...siap boleh cakap yang dia dah pandai cakap English sebab nak on tour ke Singapore...hihihi...

I am so proud of him...like seriously!

Yang tak boleh blah bila dia tambah "lah" dalam sleng English dia... "can laa"...hahahaha...comel!

Yong Choding...

Tu nama panggilan dia sebab perangai dia yang keanak-anakkan tu...haihhh laaa...tengok Yong Hwa ni tak ubah macam tengok budak 5 tahun tau...nakal yang amat...dia siap kacau semua band, penyanyi latar dia...suruh menari la apa laa...padahal tau orang-orang tu spesis macam dia tak reti menari..hihihi...

Selain daripada lagu daripada album sendiri, Yong Hwa ada jugak menyanyi lagu daripada Bruno Mars (Treasure) dan Maroon 5 (Payphone)...semua ni mmg lagu favorite dia....



Persembahan selama hampir 2 jam tu disambung dengan lagu-lagu daripada album One Fine Day yang lain seperti Cruel Memories, Star You, Goodnight Lover dan 27 Years (Peter Malick)...Masa lagu 27 Years ni dorang tunjuk klip video daripada Yong Hwa baru lahir sehingga la sekarang...mmg terasa macam mak-mak yang tengok anak dia membesar...

(nak menangis..haha)

The worst part! 

Bila dia sebut nak nyanyi lagu "One Fine Day", semua dah mengeluh panjang...sebab tu petanda yang konsert ni akan berakhir...haihhh...mmg rasa berat nak habiskan...but life must go on...macam tu haaa sekali feeling dia....kau ado?


"Today is One Fine Day because of you and I will come back again soon, please wait for me.." - Jung Yong Hwa

...and you know you missed him as soon as the concert finished...

Haihhhh... (mengeluh panjang)

**Dalam entri ni tak banyak gambar Sally letak...kalau tak nanti jd photobook plak instead of blog...hahahaha**