Bila Sally masuk dalam KidZania

10:30:00 AM Sally Samsaiman 11 Comments


Jujur kata, ini kali pertama Sally masuk ke KidZania...dengar kata mahal fees nak masuk, jadinya Sally pun takde la rasa nak masuk...pulak khas untuk kanak-kanak meneroka kerjaya mereka...Awok pulak dah mmg kerja, sambung pun bidang Business Administration (Human Resources), rasanya tak payah la nak teroka bagai...hahahaha...

Kisahnya bila Sally menghadiri majlis pelancaran Carrie BacBuster yang diadakan di KidZania, dah alang-alang dapat masuk tu...mmg Sally tak lepaskan peluang untuk "teroka" apa yang ada disana laa...walaupun tak dapat nak masuk, atau pun nak mencuba lebih...jalan-jalan tengok pun boleh laaa...


Eh, kak Anil Wanina buat ape tu?


Dalam ni sempat juga la nampak beberapa kerjaya yang boleh dipilih oleh kanak-kanak, antaranya polis, bomba, doktor, jururawat, hakim, peguam...tak lupa juga beberapa servis lain seperti kedai makanan, kedai jualan kereta dan pelbagai lagi yang Sally tak ingat dah...

Dalam KidZania ni banyakkan organisasi besar yang mmg kita dah ketahui...seperti AirAsia, Honda, CIMB Bank dan sebagainya...

Jujur kata, mmg kanak-kanak akan mudah teroka tapi bagi Sally pemilihan didalam KidZania ni tidak telus...kanak-kanak mungkin akan bina "kerjaya" yang nampak indah walhal dalam dunia ni tak semua dapat kita capai semudah petikan jari...

Tapi apa yang Sally boleh rumuskan, KidZania ni membantu kanak-kanak berfikir secara matang, lebih berdikari dan InsyaAllah bakal memilih kerjaya yang sesuai dengan mereka nanti...Perkembangan kanak-kanak boleh di pupuk dari masa ke semasa...

11 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!