Tanggungjawab pada keluarga atau diri didahulukan?

9:30:00 AM Sally Samsaiman 12 Comments

Sally ni tak reti nak berbahasa puitis bagai...tapi kadang-kadang tu...mmg nak jugak la menulis benda yang bersarang kat hati ni...biasa laa....Bila dah sesak dada, nak share dengan someone...huhuhu...

Hari Ahad, tapi tajuk berat sikit...Kalau korang, tanggungjawab pada keluarga atau diri didahulukan? Ini lebih kepada mereka yang masih bujang dan takde tanggungan lagi laaa....

Sekarang ni Sally bekerja, dan sambung degree secara part-time..Jujur kata, penat sangat...masa yang terluang je tarik buku...sebab kami kan jarang jumpa lecturer...Kalau nak tunggu dia ajar mmg gamaknya tak paham ape laa...mana dia nak kejar masa buat kuiz, test lagi masa seminar...


Bila orang tanya, kenapa belum kawen..?

Selain daripada belum sampai jodohnya, Sally dahulukan ibu...sebab hanya Sally yang bekerja dan ibu dah lama bersara...Biasa laa...kalau ditanya pasal duit EPF, simpanan...tu mmg dah lamaaaaaaa sangat habis..huhuhu...Nak cerita pasal abang pulak...dia lebih selesa goyang kaki je kat rumah..itu kita tolak tepi la...susah bergelar lelaki ni...

So, sebagai "ketua keluarga", atleast pada mata Sally...Kewajipan mencari duit tu mmg terletak pada bahu Sally 100%...Kalau nak cakap penat, lelah, sakit hati, rasa nak give up tu mmg dah menjadi lumrah...hampir tersungkur kalau difikirkan...tapi tetap la dikuatkan diri untuk mencari rezeki buat kehidupan keluarga...Kalau tak Sally yang bekerja, siapa lagi kan?

Bila fikir pasal kawen, rasa macam...haihhhh....macam takut sebab mampu ke nak sara keluarga nanti...Siapa yang nak bantu keluarga kalau Sally takde...huihhh...fikirkan kemungkinan pun dah buat seram...hihihi...Bukan la niat nak menolak jodoh, tapi biarlah buat sementara ni...

Kalau ditanya, tanggungjawab pada keluarga atau diri didahulukan?

Jawapan Sally...keluarga...biarlah diri ni takde dapat kebebasan, janji keluarga hidup gembira...Biarlah tak mampu nak mandikan mereka dengan kemewahan, cukuplah mereka tersenyum bila melihat nikmatnya bersama...

Yang merendah diri,
Sally Samsaiman

12 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!