Fan-girl! Ni cara nak hindari penyakit "post-concert withdrawal syndrome".

10:27:00 AM Sally Samsaiman 12 Comments

Baik muda ke tua mmg takkan lari daripada jadi "fan-girl"...Istilah fan-girl ni mungkin lebih popular dikalangan mereka yang bergelar kpoppers, tapi sebenarnya setiap satu daripada kita mungkin bergelar fan-girl...mungkin bukan pada artis kpop...mana tau kot minat A Rahman Hassan ke, Aaron Aziz ke, Adam Levine ke...tu semuanya sama laa...

Fan-girl ni mudah kata peminat perempuan laa...senang paham lagi kan?

Sally ni kena penyakit ni kalau balik daripada konsert CNBLUE je...yang lain buat masa ni takde lagi...hahahaha...Kalau fan-girl KPOP, selalunya kena lepas balik fan-meeting, konsert, atau sesi meet and greet...Jujur kata Sally tak suka konsert, tapi kalau konsert CNBLUE je mesti nak g walaupun tak nak...errr...boleh paham tak?

Sebenarnya tak semua bertuah nak kena sindrom ni...tapi yang parah kalau terkena laa...ada yang kena sehari, seminggu, sebulan, setahun! Okay, setahun ni nampak macam melampau laa...tapi setiap orang yang kena tak sama...

Simptom..?

Orang yang terkena sindrom ni kita boleh nampak bila dorang dah mula rindu kepada artis tu sejurus lepas konsert tu tamat...atau kita dah mula tengok video clip daripada konsert tu beberapa minit lepas tamat konsert atau lebih worst bila ada geng dan korang akan mula bercerita pasal detik-detik sepanjang konsert tu walaupun actually korang hanya secebis memori je kepada artis tu..hihihi...Yang tak boleh tahan bila korang keluar statement, "I breath the same air with him/them!"

Over tau kongsi oksigen bagai..hahahaha


Dan selepas seminggu...akan ada tweet mahupun update tentang konsert tu... "A week had passed and it seems just like yesterday!" ... Yang ni bermakna dah seminggu tapi masih ada penyakit ni lagi...Kesian kan..?

Cara nak cure penyakit ni..?

Setiap orang berbeza cara nak "sembuh"...

Kalau Sally, selalunya Sally akan dengar lagu-lagu mereka...straight daripada masuk office sampai la waktu balik...tengok beberapa klip daripada konsert yang Sally hadiri tu...tapi tak semua yang dipraktikkan ni akan membuatkan kita "sembuh"...ada yang makin worst bila dengar lagu-lagu @ tengok klips masa konsert...

Cara lain, get a life! Hangout dengan kawan-kawan, study untuk exam...atau senang kata, sedar diri la oii...dah nak Ramadhan lagi nak fangirling bagai! (Sebenarnya refer kat Sally)...Hahahaha...sebenarnya banyak cara nak elak daripada kena sindrom ni...Just, move on jela...tu je pun kaedahnya... Jangan difikirkan sangat...jangan taksub, jangan obses...anggap tu semua cuma hiburan semata...

12 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!