Kenapa hendak dikejar populariti..?

4:19:00 PM Sally Samsaiman 17 Comments

Rata-rata orang kita suka dengan populariti, bagi Sally cukuplah sekadar dikenali oleh mereka yang ingin berteman tidak perlu sehingga ingin ditempah populariti...Komuniti blogger tidaklah sebesar mana, tapi kalau dikenali itu satu keberuntungan.

Bercerita tentang dunia blogger, mungkin akan ada yang tidak setuju dengan beberapa fakta yang Sally akan keutarakan tapi ini yang sebenarnya ada terjadi dalam dunia blog ini sampai Sally rasa kadang-kadang tu tak ingin tunjukkan muka pada umum selain melalui blog.

  • Terlalu obses dengan populariti
Tak dinafikan, apabila nak lebih memajukan diri dalam dunia blog, kita kadang-kadang terlalu leka sehingga mengejar populariti membatasi makna sebenar penulisan. Ramai yang terlalu ingin dikenali sehingga sanggup membuat perkara yang tidak sepatutnya seperti sentiasa bergaul dengan mereka yang sudah otai atau terkenal.

  •  Hanya melayan mereka yang tertentu
Ini lagi satu masalah, perkara ni Sally nampak bila mana Sally menghadiri beberapa event sekitar Kuala Lumpur...ada yang sudah biasa mmg akan bertegur sapa, yang tidak dikenali dibiarkan terporok ditepi jendela...Ada antaranya yang berbual dengan mereka yang pada pandangannya boleh membawa keuntungan padanya sahaja.

  •  Memandang rendah pada rupa paras atau bentuk fizikal
Mungkin korang akan kata Sally terlalu sensitif, tapi Sally berbadan gempal ni bukan sehari dua...dah sejak umur 2 tahun Sally berbentuk fizikal begini. Jujur kata, zaman sekolah dulu, mmg Sally selalu menangis bila diherdik, dihina kerana bentuk fizikal Sally tapi lama-kelamaan, perkara tu sudah menjadi perkara biasa.

Tapi...itu apabila kita kenal dengan rakan-rakan kita sejak sekolah, jadinya blogger yang baru sekali atau dua kali bertemu, apa hak mereka untuk menghina? Definasi bergurau tidak perlu sehingga menghina...tak selamanya senyum itu mampu menutup kesedihan...

  • Kenapa blogger otai berdiri teguh walau tidak mengejar populariti?
Merendah diri. Itu point yang Sally rasa ada pada diri mereka, mereka bukan hanya ingin dikenali secara membabi buta, tapi mereka berusaha keras untuk berada pada takuk mereka sekarang...selain daripada rajin, mereka sebenarnya menulis dengan hati, menulis sebagai hobi, menulis sebab mereka mahu...

  • Bangga diri
Entah kenapa...Sally kadang-kadang tak faham dengan perangai blogger...sering membangga diri...Title "blogger" itu umpama satu nama yang terlalu gah sehingga nampak diri mereka terlalu besar, terlalu bagus.

Jadi, mereka yang menulis untuk majalah, akhbar semua...tarafnya dimana?


Ada banyak lagi point, mungkin ada yang Sally terlepas pandang...dan ada sebahagiannya malu untuk Sally perkatakan...sedih, salah satu emosi yang menyentap diri sekarang...mengapa komuniti kita terlalu lemah dalam penguasaan harga diri...Jangan kerana nama, habis semua dibuang.

Maaf jika ada yang terasa hati...cuma Sally tak nak komuniti kita jadi bahan hinaan masyarakat...cukup lah mereka yang menulis tanpa mengambil tahu perasaan orang lain, jangan la kita sesama kita pun nak bermasam muka..
Always be yourself, express yourself, have faith in yourself, do not go out and look for a successful personality and duplicate it. - Bruce Lee

    17 Orang Sayang Sally!:

    Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

    Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!

    Segmen : Describe me in 1 words.

    11:28:00 AM Sally Samsaiman 16 Comments

    Yeay! Segmen kembali di blog Sally...kali ni Sally anjurkan satu segmen yang mudah...tak perlu nak buat entri apa-apa...Just follow syarat-syarat kat bawah dan komen...Senang je kan..?

    Yang bukan blogger pun dialu-alukan untuk join sebab mudah je pun...



    Syarat-syaratnya :
    1. Follow blog Sally, Add To Circle Google+ Sally, dan Like Fanpage Sally
    2. Tinggalkan SATU PERKATAAN yang menggambarkan Sally diruangan komen.
    3. Segmen ini akan berlangsung dari 12th May - 15th May (11.59pm)
    Hadiah..?

    Nak jugak ke hadiah..?

    Hehehe...hadiah dia nanti Sally bagi cenderahati eh...tapi untuk jawapan paling rare je tau...atau yang Sally rasa layak untuk menang!

    5 hadiah menanti anda! :)

    p/s : Kalau ada masalah, bgtau kat komen ye!

    16 Orang Sayang Sally!:

    Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

    Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!