Resepi : Murtabak Maggi

4:13:00 PM Sally Samsaiman 7 Comments


Sejak dua minggu yang lepas, Sally dah mula berpuasa...Bila puasa tu banyak la makanan yang bersarang dalam otak ni...tu belum lagi terliur tengok blogger asyik post makanan je...lagi-lagi budak Inani Hazwani tu..hahaha...

Sally rasa rata-rata korang actually dah pernah buat resepi ni...tapi atas permintaan kak Suria Amanda, Sally tepek jugak kat blog ni resepinya...


Sally takde ambik gambar step nak masak sebab mmg tak rasa nak tulis resepi...sebab tu ada yang dah siap je...tu pun sebab nak update kat instagram..huhuhu...tapi sebab atas permintaan, Sally tulis kan la resepinya ya...

Bahan-bahan:
1. Maggi Kari
2. Telur
3. Daging cincang / Ayam cincang
4. Lobak Merah (cincang)
5. Bawang besar (cincang)
6. Lada putih / lada sulah (optional)

Cara-caranya:
1. Rebus kepingan mee segera tu dalam air panas, dah lembut, tos dan letak tepi
2. Dalam kuali, letakkan sedikit mintak...goreng daging cincang, lobak merah & bawang yang dah dicincang tadi.
3. Dalam satu bekas yang lain, pukul telur, lada sulah dengan perencah maggi tadi (3 biji telur = sebungkus maggi)
4. Campurkan daging tadi dan maggi yang dah ditos tu kedalam adunan telur tadi..
5. Panaskan kuali dan goreng...Sally guna periuk ajaib tu...sebab tu elok panjang...
6. Goreng sehingga garing dan boleh siap dimakan..

Senang je kan...? Kalau takde idea nak masak atau malas nak masak, boleh la cuba buat benda ni kat rumah...kenyang pun kenyang...

p/s : Nak makan apa ye berbuka harini..?

7 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!

Fieramy Boutique | Trendy - Stylish - Covered (Instant Shawl #TudungPinggan)

1:29:00 PM Sally Samsaiman 8 Comments

Sekarang ni tgh famous orang jual instant shawl kan...ada yang daripada Vietnam dan tak kurang jugak yang beli daripada butik terkenal ataupun keluaran daripada artis tempatan seperti Neelofa...Ada yang satu muka la, dua muka la...macam-macam jenis....

Sally pulak dapat satu instant shawl daripada Fieramy Boutique...Walaupun awalnya nampak macam instant shawl yang biasa je...tapi shawl daripada Fieramy Boutique ada keunikkan mereka yang tersendiri...



Shawl ni hanya memerlukan seminit je untuk digayakan...hanya perlu sarung, lilit dan pin kan...siap! Senang sangat kan pakai instant shawl...lepas ni kalau ada tetamu datang ke, abang poslaju hantar parcel beli brg online ke atau nak keluar sidai baju ke...boleh je pakai...mmg mudah dan jimat masa...lepas ni takde alasan dah malas nak pakai shawl...


Haaa! Ni antara keunikkan yang ada pada shawl Fieramy Boutique...Setiap instant shawl yang kita tempah dengan mereka, kita boleh request tulis nama kita...lepas ni kalau ada sedara mara kakak adik yang pinjam tapi tak reti nak pulangkan...boleh je cari nama...mana shawl yang ada nama kita tu, sah-sah la kita punya kan...hihihi...

Lepas tu ada satu charm comel yang dia bagi secara percuma...siap jahit sekali...charm tu korang boleh je pilih...cantik-cantik semua tapi Sally pilih yang sesuai dengan warna shawl Sally laa...


Instant shawl Fieramy Boutique ni datang dengan packaging yang sangat unik...tak sangka pengasa dia boleh ada idea nak buat packaging macam ni...

#tudungpinggan

Packaging #TudungPinggan ni bagi Sally mmg rare...lain daripada yang lain...tapi rasa kesal sikit sebab tak sempat nak ambik gambar...Sally boleh plak terus koyak plastik sebab excited nak tengok shawl punya pasal...hihihi...

Berita baik untuk semua pembaca blog Sally...korang akan dapat diskaun RM10 kalau korang bgtau korang pembaca blog Sally...haaa...nampak tak Sally sayang korang...siap share lagi benda yang best camni..hihihi...

Selain tu...Fieramy Boutique jugak mengamalkan konsep "kos penghantaran percuma" yang mana valid sekitar MALAYSIA sahaja ...


Kalau korang berminat, boleh hubungi:
WhatsApp: 014-5123051
Instagram : @fieramy

8 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!