Bukan semua pasal duit.

11:03:00 AM Sally Samsaiman 8 Comments

"Aku bagi kau duit, tapi kau buat sendiri la eh..? Boleh??"

Kadang-kadang...pernah tak kena macam ni...kita mintak bantuan tapi orang tawarkan duit supaya kita buat sendiri...Sally baru je kena...kadang tu kita mintak tolong bukan niat nak menyusahkan, tapi sebab dah jumpa jalan buntu untuk selesaikan sendiri...tapi orang kadang-kadang salah faham dan ingat kita nak mintak duit...

Pertolongan fizikal takkan pernah sama dengan duit, itu yang cuba Sally terangkan...Umpamanya mak kita mintak kita kekedai untuk beli surat khabar and end up kita bagi mak kita duit dan cakap, "nah mak duit..g la kedai beli sendiri.."

Boleh agak tak macam mana perasaan mak kita kalau kena macam tu...macam tu jugak la bila Sally kena...rasa macam pengemis bila mintak tolong tapi orang buat kita macam ni...

Entah laa, tapi Sally nak ingatkan kat korang jugak...tak semua boleh kita selesaikan dengan duit...tak semua benda boleh kita dapat hanya kerana kita ada duit...tapi takpe laa...atleast ada jugak niat nak tolong walaupun benda tu agak terhina bagi Sally...

8 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!