Lipton perkenalkan Teh Tarik 3-in-1 !!

3:16:00 PM Sally Samsaiman 13 Comments

Teh Tarik dengan rakyat Malaysia dah macam mmg sebati daripada dulu lagi...kalau kawan-kawan ajak melepak pun, sure kedai mamak yang akan jadi pilihan sebab kedai mamak ada Teh Tarik yang sedap!

Teh Tarik tu dah macam signature drink untuk rakyat Malaysia, walaupun harganya meningkat mengikut peredaran masa, tapi Teh Tarik masih lagi menjadi kegemaran rakyat Malaysia...

Sehubungan dengan tu, Lipton yang sangat terkenal dengan variasi teh mereka kembali dengan Teh Tarik 3-in-1 yang sangat mudah dan pantas disediakan dan yang paling penting setanding dengan Teh Tarik Mamak!


Teh Tarik 3-in-1 yang dikeluarkan oleh pihak Lipton datang dengan 4 variasi yang berbeza seperti Teh Tarik, Classic, Hazelnut dan Teh Halia...Masa hadir untuk majlis pelancaran Teh Tarik 3-in-1 ni, Sally sempat mencuba semua perasa dan yang paling menjadi kegemaran Sally islah Teh Halia dan juga Teh Tarik beraroma Hazelnut...Balik rumah suruh abang Sally cuba pun, dia pun suka.

Untuk mereka yang suka dengan Teh Tarik, tapi malas nak bancuh dan tarik sendiri atau pun malas nak membayar kepada mamak plus kena tambahan GST lagi, Sally recommend korang untuk cuba Teh Tarik 3-in-1 keluaran Lipton ni...Rasanya yang pekat dah penuh berkrim, buatkan kita rasa macam mamak tolong buatkan depan mata oii..!


Kepada korang-korang peminat Teh Tarik, jangan lupa cuba variasi Teh Tarik 3-in-1 daripada Lipton ni yer! Sure puas hati...dan yang paling penting sebab sangat mudah dan menjimatkan masa, so sekarang ni nak minum Teh Tarik sedap, tak payah susah-susah nak g mamak, kita buat je sendiri!

13 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!