Resepi : Portuguese Egg Tarts Mudah

12:53:00 AM Sally Samsaiman 14 Comments


Resepi Portuguese Egg Tarts Mudah | Semalam Sally teman kakak dekat rumah mama sebab mama kena kerja, kakak Sally pulak tgh berbadan dua ni malas nak masak, tapi tetiba pulak semalam datang rajinnya...jadinya Sally pun dengan kakak terus terfikir nak buat Portuguese Egg Tarts.


Okay, so...kita terus g kat bahan-bahan la ye...

Bahan A:
1. 500g pastri puff (Sally beli puff pastri yang ready made je...ada jual kat kedai bakeri)
2. 450g tepung gandum
3. 100g margerin @ butter
4. Sedikit garam
5. 150ml air
6. 1 sudu teh jus lemon
7. 1 sudu teh shortening

Bahan B (Filling):
*100gm gula kastor
*125ml air

๐Ÿ’ข Bahan yang bertanda * kena didihkan dan bagi dia sejuk

Bahan C:
1. 4 biji telur
2. 100ml susu segar
3. 200g keju yang disagat (cheddar)
4. Esen vanilla (letak sikit untuk hilangkan bau telur)

Cara-caranya:
→ Canai doh pastri sampai nipis.
→ Potong kecil dan masukkan dalam "moulds tarts"
→ Bahan B yang dah dididihkan dan disejukkan tu campur dengan Bahan C
→ Tuang adunan dalam "moulds tarts" tadi sehingga 3/4 penuh
→ Bakar dalam oven dengan 200°C untuk 25minit
→ Sedia untuk dimakan!

Kalau ada anything yang korang tak faham, boleh tanya kat komen! Happy baking! :)

14 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!