Cekodok Jepun VS Cekodok Korea

4:53:00 PM Sally Samsaiman 17 Comments

Harini dok cerita pasal makanan je...hihihi...

Sally dapat idea nak buat entri ni masa beberapa minggu lepas, sepupu Sally datang rumah...kebetulan masih ada takoyaki frozen yang Sally beli dan dia mintak Sally buatkan haemul pajeon...Jadinya menu minum petang kami haritu...semuanya berasaskan "cekodok"

Sally tak tau la korang pernah dengar atau tak...Takoyaki & Pajeon tu sebenarnya sama je macam cekodok kita...yang bezanya bentuk dan juga beberapa jenis campuran makanan dalam tu...

Kalau takoyaki bentuknya bulat-bulat macam bola ping pong, kalau pajeon pulak rata macam telur dadar...kedua-duanya berasaskan tepung...sama la macam cekodok/jemput-jemput kita...

Macam pelik tapi tu la fakta makanan...

Walaupun ketiga-tiga makanan ni daripada tepung...tapi bila berubah bentuk dan aduan campuran dia...terus jadi mahal...kan....cekodok Malaysia jugak yang murah~


17 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!

Resepi : Gimbap / Sushi Versi Derhaka

4:08:00 PM Sally Samsaiman 14 Comments


Sebenarnya Sally teringin nak makan sushi sejak 2-3 minggu lepas...Walaupun dalam tangan ni ada voucher Sushi King, tapi kaki nak melangkah tu cukup malas...tu belum masuk lagi bila dia buat Bonanza kan...tapi masih jugak malas...

Jadinya Sally ke Giant, balik buat sushi sendiri...hahahaha...

Sebenarnya ada beza antara gimbap dan jugak sushi...Sushi (Japan) dan Gimbap (Korea)...bezanya mestilah daripada segi inti dalaman dia...Kalau buat sushi ni mudah lagi daripada buat gimbap...sebab boleh letak apa ye...tapi kalau gimbap dia leceh sebab ada banyak benda nak buat...


Sangat tak kemas kan...huhuu...ni semua sebab Sally tak reti nak gulung bagi dia rapat..hihihi...So, harini Sally kongsi cara nak buat gimbap...tapi style Malaysia la eh..."Gim" bermaksud rumpai laut dan "Bap" tu nasi...Jadinya "Gimbap" bermakna Nasi Rumpai Laut, atau gulungan nasi..

Gimbap / Sushi Versi Derhaka

Bahan-bahan:
1. Nasi (cuba masak agak lembik macam terlebih air tu)
2. Rumpai laut kering
3. Timun Jepun (Potong panjang lebih kurang macam pensel)
4. Lobak merah (Potong panjang lebih kurang macam pensel)
5. Daging cincang (goreng dengan sedikit kicap, bawang putih)
6. Bayam (celur dengan air panas, campur dengan bawang putih & minyak bijan)
7. Telur dadar (potong halus)
8. Minyak bijan, bijan

*Bamboo mat ni kena ada utk buat Gimbap

Cara-caranya:
1. Masak nasi
2. Sediakan bahan (2,3,4,5,6)
3. Lepas tu, letak nasi atas rumpai laut tadi...susun semua bahan-bahan yang dah siap
4. Gulung bagi dia ketat dan padat
5. Potong dengan menggunakan pisau yang tajam...


Senang je kan? Kalau nak buat sushi lagi mudah...yang korang perlukan nasi, rumpai laut, timun, lobak merah, tuna @ crabstick dan telur dadar...

Cara dia pun sama je...yang penting gulungan tu...bamboo mat tu korang boleh cari dekat kedai jual barangan Jepun dan yang pasti DAISO sure ada...

Tips!

**Kalau nak bagi potongan gimbap @ sushi tu tak buruk, korang boleh cuba basahkan pisau yang nak digunakan...

**Kalau tak jadi, cuba panaskan pisau...lalukan kat api sekejap

**Last choice, letak sedikit mintyak bijan @ minyak masak dekat pisau

Selamat memasak, sorry la sebab macam kurang sikit penerangan yang ada kan...kalau ada soalan, just tanya je..hihihi...atau korang boleh baca entry homemade sushi yang simple yang Kak Aisya kita tuliss..huhuhu

14 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!