Taufik Batisah “Fique Showcase” di Kuala Lumpur, April 2015.

2:54:00 PM Sally Samsaiman 9 Comments

Rasanya ramai yang dah mula kenal dengan Taufik Batisah selepas dia menjadi salah seorang juri dalam program Maharaja Lawak Mega 2014 dan lagu dia yang makin hits dekat radio-radio Malaysia, "#awakkatmane"...

dannn...rasanya korang pun dah tau yang Sally suka/minat gila kat dia selain daripada CNBLUE dgn Adam Levine...Jadinya entri ni Sally tulis untuk share kepada korang yang teringin nak tengok Taufik Batisah menyanyi secara live di Kuala Lumpur...boleh cuba masuk peraduan ni...mana tau boleh menang pas masuk percuma ke Taufik Batisah “Fique Showcase” kan...tak susah mana pun sebab just kena buat satu slogan je...untung-untung dapat dua pas masuk tu, boleh la bawa Sally... #berharap


Venue : Grand Ballroom Pullman Bangsar
Time : 7.00pm
Date : 17th April 2015 (Friday)

Kalau korang nak cuba menang pas masuk untuk Taufik Batisah “Fique Showcase”, korang boleh cuba isi borang penyertaan kat <SINI>

Sape yang dapat tu...mohon bawak Sally g sana ye..hihihi

Hadiah:
Hadiah Utama x 3 Pemenang :
Sepasang pas Taufik Batisah “Fique Showcase” + Sesi beramah mesra dengan Taufik Batisah + Produk Ekslusif
 
Hadiah Sagu Hati x 10 Pemenang :
Sepasang pas Taufik Batisah “Fique Showcase”

9 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!

2015 World Tour, BigBang akan menjelajah 15 buah negara!

10:22:00 AM Sally Samsaiman 14 Comments

Penantian yang agak lama untuk kumpulan BigBang buat "comeback"...Sepatutnya "comeback" ni dijadualkan pada tahun 2014, tapi terpaksa ditunda atas desakan kerja dan jadual mereka yang padat...tapi berita baik sebab agensi dorang, YG Entertainment dah confirm yang BigBang akan buat comeback pada tahun 2015!

Bukan setakat comeback, tapi ada world tour sekali!

Kali terakhir dorang buat world tour pada tahun 2012, sebab lepas tu semua busy dengan solo album masing-masing...World tour kali ni akan meliputi 15 buah negara termasuk Korea Selatan, China, Jepun, beberapa buah negara Asia, dan Amerika.


Harini, YG Entertainment ada update media sosial dorang untuk makluman yang BigBang akan mulakan comeback dan konsert “2015 WORLD TOUR IN SEOUL WITH NAVER” yang akan berlangsung selama 2 hari di Seoul Olympic Stadium pada 25th-26th April.

MALAYSIA please!

14 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!