2015 Formula 1 - Petronas Malaysia Grand Prix (27-29 March 2015)

3:46:00 PM Sally Samsaiman 9 Comments

Rasanya rata-rata korang mesti dah tau yang bermula hujung minggu ni 2015 Formula 1 Petronas Malaysia Grand Prix dan nak mula kan...Mungkin ada yang minat dan mungkin ada juga yang tak minat dengan F1 ni...Jujur kata Sally mmg tak minat dan langsung tak tau pasal benda ni..hahahaha...

Tapi...tahun ni Sally akan ke Sepang untuk menghadiri 2015 Formula 1 - Petronas Malaysia Grand Prix!!

Mohon terkejut sebab Sally sendiri terkejut ni haaaa...hahahaha


You see...? I already had the tickets to go there...hahahaha...

Tapi kan...tapi kan...Walaupun benda ni 3 hari tapi Sally sebenarnya nak g pada hari Ahad je...nak tau kenapa??


YES!
Jangan terkejut...mmg Sally nak kena attend After Race Concert tu je semata-mata...adoiii laaa...Ada SHINee dan jugak Girls Generation (SNSD)..Ye..Ye...mmg konsert KPOP...hahahaha...nampak tak betapa gagahnya Sally?

Sebenarnya bukan Sally minat SHINee dan jugak Girls Generation (SNSD), tapi sebab nak kena temankan Dayah yang gila sangat kat SHINee tu! Serius, Sally takde hati pun nak g tapi sebab kawan dah buat muka kesian tu, rasa serba salah pulak...mmg paham sangat perasaan nak tengok artis kesukaan kita...

(Ye...contohnya Sally dengan CNBLUEnya...)

Haip! Sally dengar korang cakap ape dalam hati tu!

So, sesiapa yang attend 2015 Formula 1 - Petronas Malaysia Grand Prix hari Ahad nnt...boleh la roger Sally...hihihi...

9 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!

Malaysia Social Media Week 2015 - Mari mengundi!

9:57:00 AM Sally Samsaiman 12 Comments


Sally tak pasti korang aware atau tidak...tapi Malaysia Social Media Week 2015 sudah bermula sejak beberapa minggu yang lepas dan buat kali pertamanya blog Sally disenaraikan dalam kategori "Best Lifestyle Blog"....

Jujur kata, nak menang tu mmg Sally tak yakin...lagi-lagi bila setiap yang tercalon tu ada kekuatannya yang tersendiri...blog yang penuh informasi...kita ni penuh pasal CNBLUE dengan makanan Korea dia jela..hihihi...


Malaysia Social Media Week 2015 adalah satu platform untuk penggiat media sosial di Malaysia berkumpul dan berkongsi idea dalam mencari lebih banyak peluang yang boleh di gunakan melalui medium media sosial. Tahun 2015, merupakan tahun ke-4 penganjuran Malaysia Social Media Week yang telah dijalankan oleh Social Media Camber dan MY Events International.
Tahun lepas kategori "Best Lifestyle Blog" ni dimenangi oleh blog Acik (www.akupenghibur.com)...Tahun ni tak pasti...mungkin Acik lagi, mungkin Sally atau mungkin blogger lain yang dapat banyak VOTE daripada rakan-rakan...


Sally pun tak tau la Sally layak atau tidak...tapi kalau korang rasa Sally layak, Sally alu-alukan la korang semua untuk VOTE Sally...caranya tak susah, cuma perlu ke laman web www.socialmediaweek.com.my, sign in menggunakan FACEBOOK masing-masing dan korang dah boleh mula mengundi...

Tempoh mengundi hanya bermula 23 Mac 2015 hingga 5 April 2015 sahaja.
Kalau korang nak undi blog lain pun boleh...dialu-alukan...okay?
Untuk maklulmat lanjut boleh layari laman web www.socialmediaweek.com.my untuk segala aktiviti yang menarik sepanjang Malaysia Social Media Week 2015.

12 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!