Tuesday, March 31, 2015

2015 Formula 1 - Petronas Malaysia Grand Prix After Race Concert (Girls Generation & SHINee)

4:22:00 PM 8 Comments

Baca tajuk pun rasanya sure korang dah tau Sally nak cerita pasal apa kan..hihihi...tapi sebabkan Sally nak cerita jugak jadinya Sally menaip dengan penuh gagah!

Sebelum ni Sally dah bagi entry teaser 2015 Formula 1 - Petronas Malaysia Grand Prix (27-29 March 2015), kiranya harini kita cerita secara menyeluruh laa...Seriously Sally sebenarnya tak minat SHINee atau Girls Generation, tapi bohong la kalau kata tak pernah dengar lagu dorang tu...Selalu je dengar...ada je merata lagu dorang dalam playlist Sally..hihihi...tapi mungkin tak sama macam Sally minat CNBLUE rasanya..hihihi...Lagipun Sally teman Dayah je sebab dia yang minat SHINee...

After Race Concert mula mesti la lepas semua race tamat...Sally pun tak pasti sape yang menang...rasanya Ferrari yang menang kan..? Petronas nombor 2-3 macam tu...entah...nampak tak langsung tak peduli pasal race..LOL...maafkan saya...saya bukan pengulas sukan...

Konsert start lebih kurang pukul 5pm...tapi fans semua dah beratur sejak pukul 3pm lagi sebab nak dapatkan tempat paling depan...biasa la...dah namanya pun free standing...macam tu la gayanya and I must say, all the fans are extremely GANAS! Sakit tau kita kena rempuh~

Konsert bermula dengan persembahan daripada errr...Sally tak ingat apa nama group dorang! So sorry! lepas tu dorang ada menyanyi dengan Altimet!


Ramainya orang...dah la Sally katik...orang depan pun seronok menari bagai...mmg tak nampak apa laaa...terpaksa la rakam lepas tu balik tengok kat rumah...nampak tak sedihnya tahap apa..hihihi...

Nak sampai kat Girls Generation & SHINee bukan main lama menanti...dah la panas gila! ingatkan dah nak keluar la Girls Generation ke SHINee ke...tetiba yang keluarnya DJ Hitch Hiker...wehhh...semua orang stress..hahahaha


Tapi...akhirnya! akhirnya keluar jugak SHINee!



Seingat Sally dorang ni nyanyi dalam 6 lagu termasuklah Lucifer, Everybody, Dream Girl dan beberapa buah lagu yang Sally tak ingat nama just tau jela..hihihi...

SHINee nyanyi berganti dengan Girls Generation...GG plak nyanyi lagi banyak rasanya...maybe dalam 7-8 lagu, Sally tak kira sangat...ada la lagu Gee, Mr. Mr., I got a boy, Hoot dan beberapa lagi lagu yang Sally tak tau...


Tapi Sally respect jugak kat penganjur sebab ada berhenti untuk memberi laluan kepada waktu Maghrib...dan semua fans pun walaupun kebanyakkanya Chinese pun still hormat dan takde buat bising...


Overall konsert ni okay la...havoc tapi bila fans mula merempuh orang tu Sally tak minat sangat perangai...tapi nak marah pun tak boleh...sebab paham sangat yang semua orang nak depan kan...dengan rakyat Malaysia yang kebanyakkannya katik..hihihi...termasuk Sally..hihihi

Okay..okay...habis dah laghaaaa~

Monday, March 30, 2015

Frozen Takoyaki di Kajang.

4:51:00 PM 6 Comments

Tetiba update entri petang cerita pasal makanan...hahahaha...siapa kat sini peminat Takoyaki..? Kalau korang minat takoyaki...korang mesti tau feeling makan dia tapi tak cukup kan...sebab kadang-kadang beli ada 3 biji kadang-kadang je ada 4 biji dalam tu...

Haaa! ni ada berita baik kalau korang suka makan takoyaki tapi malas nak tunggu tuan kedai golek-golek dia lepas tu rasa tak cukup nak beli 3-4 biji je...sebab ada satu kedai takoyaki yang jual frozen punya!



Dalam setiap pack ni ada 10 biji takoyaki...dan complete dengan segala bahan-bahan dia macam sos, fish flakes semua tu laa...cuma mayonis korang kena tambah sendiri...yang lain semua dah siap ada dalam tu!

Cara nak masak pun mudah sangat...korang just panaskan minyak dan goreng secara "deep fried"...Pastikan minyak panas tau sebab tak nak nanti takoyaki jadi lembik..hihihi...


Sure korang nak tau kat mana nak beli ni kan...ini kira berita baik untuk yang mana tinggal di Kajang atau kawasan yang berhampiran la kot...

Takoyaki House
Econsave Cash & Carry (Bangi)
Jalan Reko Sentral
43000 Selangor.

Senang je nak cari dia...kalau korang masuk ikut pintu depan tu...cari je lambang Coolblog kat sebelah kiri korang sebab dia ada kat sebelah tu je...senang kan! Harga dia..?

Murah je...satu bekas yang ada 10 biji tu RM9 je...jatuh harga sebiji RM 0.90 je...murah kan...makan pun puas hati...ada 4 menu pilihan (chicken cheese, prawn, octopus & crabstick)...Selamat bertakoyaki! :)

Saturday, March 28, 2015

Daripada 2 ke 5 ke 11...!

10:24:00 AM 13 Comments
Apa benda la yang merepek ni kan...hihihi...

Takde ape pun...sebenarnya 11 tu total kucing Sally yang terbaru yang ada kat rumah lepas kucing Sally yang bunting tu beranak sekali ni...kalau korang pernah baca entri dedulu ada la kenal kucing-kucing Sally kot...



hehe...ni la anak-anak bulusss mini Sally yang baru...ada 6 ekor yang baru lahir dan kisahnya sekarang ni dah ada 11 ekor la kucing kat rumah...riuh dengan bunyi loceng dia je...ketang ketung lagi dok panjat sana sini...hahahaha...

Kadang-kadang kesian tengok ibu yang asyik nak kena halang dorang tarik benda sana sini...dah macam jaga budak pun ye...kadang tu lagi dilarang lagi dia suka nak buat...sabar jelaaaa...~

Thursday, March 26, 2015

Tarikh Fast Furious 7 ditayangkan di Malaysia!

4:44:00 PM 14 Comments
Masa Sally tulis entri ni...mmg genap seminggu sebelum Fast Furious 7 akan ditayangkan...Kalau mereka yang dah follow blog Sally daripada tahun lepas, rasanya Sally dah start countdown since awal Januari 2014 lagi...

Berita kematian Paul Walker time tu mmg agak terkejut jugak laa...tapi nasib baik jugak masih lagi berjaya disiapkan...

so, yeay!

Sally jugak rasa rata-rata korang sure dah tau bila Fast Furious 7 akan ditayangkan, ada yang dah siap beli tiket lagi kan...hihihi...tapi disebabkan kebelakangan ni terlalu banyak orang search tentang ni, jadinya Sally kongsikan jugak la dekat korang...

Tarikh Fast Furious 7 ditayangkan di Malaysia ialah pada...

2nd APRIL 2015!

Sepatutnya kalau ikut plan asal, tarikh Fast Furious 7 ditayangkan ialah pada 10th April 2015...tapi dah diawalkan sebab produksi tau korang excited nak tengok..hahahaha...Lagipun ada je panggung wayang yang dah jual bermula 1st April pun lagi....

Kepada yang dah siap beli tiket tu, selamat menonton! Sally tunggu dapat tiket wayang free je..hihihi


Majlis memperkenalkan duta terbaru produk Pharmaton!

9:02:00 AM 6 Comments

Date : 24th March 2015
Venue : Talent Lounge, PJ Trade Centre, Damansara Perdana



Siapa yang tak kenal dengan Pharmaton! Brand makanan tambahan (supplement) yang sudah lama bertapak di Malaysia...bermula di Switzerland dan kemudian melebarkan sayapnya ke Malaysia dan negara serantau...

Selasa lepas bertempat di Talent Lounge, pihak Pharmaton telah memperkenalkan dua selebriti terbaru yang akan menjadi duta kepada produk mereka...Terkenal sebagai selebriti yang mempunyai jadual yang padat dan sering perlu kekal bertenaga, Fara Fauzana dan Chef Sherson Lian telah dipilih untuk menjadi muka-muka baru bagi mewakili produk tersebut...

Yeay!

Dimulakan dengan sedikit ucapan daripada Ms Carmenza Alarcon, Head of Consumer Healthcare Boehringer-Ingelheim Malaysia & Singapore dan majlis kemudiannya memperkenalkan kedua-dua selebriti.



Sesi kemudiannya diteruskan dengan sesi beramah mesra dengan kedua-dua selebriti yang dihoskan oleh MC yang sama masa Sally g Majlis Pelancaran Moist Diane di Malaysia tapi sayangnya Sally tak ingat nama dia...







Lepas sesi chit chatting ni...Chef Sherson Lian terus lead untuk demo masakan...dia buat aiskrim weh! direct kat situ...masa tu jugak...hihihi...aiskrim Ginseng, pahit tapi sedap!













Dapat makan aiskrim, dapat makan lagi...lepas tu apa lagi...sesi ambik gambar la kan!



Kita malu!



Chef Sherson Lian



Kak Fara Fauzana

So far event ni agak santai, takde la terlalu formal...kedua-dua selebriti pun tak kekok nak berbual dengan media yang datang dan yang paling penting dorang tak kekwat...and I really thinks that the supplement is going well with them! So busy yet so energetic!



Sally dapat gift Pharmaton caplets untuk sebulan...nanti Sally cuba makan sebulan lepas tu Sally bagitau camne rasa makan benda ni ye...sebab yang ni yang terbaru, diperkayakan dengan pati Ginseng!

Wednesday, March 25, 2015

2015 Formula 1 - Petronas Malaysia Grand Prix (27-29 March 2015)

3:46:00 PM 9 Comments
Rasanya rata-rata korang mesti dah tau yang bermula hujung minggu ni 2015 Formula 1 Petronas Malaysia Grand Prix dan nak mula kan...Mungkin ada yang minat dan mungkin ada juga yang tak minat dengan F1 ni...Jujur kata Sally mmg tak minat dan langsung tak tau pasal benda ni..hahahaha...

Tapi...tahun ni Sally akan ke Sepang untuk menghadiri 2015 Formula 1 - Petronas Malaysia Grand Prix!!

Mohon terkejut sebab Sally sendiri terkejut ni haaaa...hahahaha


You see...? I already had the tickets to go there...hahahaha...

Tapi kan...tapi kan...Walaupun benda ni 3 hari tapi Sally sebenarnya nak g pada hari Ahad je...nak tau kenapa??


YES!
Jangan terkejut...mmg Sally nak kena attend After Race Concert tu je semata-mata...adoiii laaa...Ada SHINee dan jugak Girls Generation (SNSD)..Ye..Ye...mmg konsert KPOP...hahahaha...nampak tak betapa gagahnya Sally?

Sebenarnya bukan Sally minat SHINee dan jugak Girls Generation (SNSD), tapi sebab nak kena temankan Dayah yang gila sangat kat SHINee tu! Serius, Sally takde hati pun nak g tapi sebab kawan dah buat muka kesian tu, rasa serba salah pulak...mmg paham sangat perasaan nak tengok artis kesukaan kita...

(Ye...contohnya Sally dengan CNBLUEnya...)

Haip! Sally dengar korang cakap ape dalam hati tu!

So, sesiapa yang attend 2015 Formula 1 - Petronas Malaysia Grand Prix hari Ahad nnt...boleh la roger Sally...hihihi...

Monday, March 23, 2015

Red Velvet Frappe from McCafe (McDonalds)

5:01:00 PM 11 Comments

Sejak kebelakangan ni, Sally dah jarang sangat ke Starbucks...salah satu sebab poket tak cukup stabil la...hihihi...tapi masa Sabtu lepas, lepas tengok Cinderella terpanggil Sally untuk buat kali pertamanya cuba McCafe by McDonalds...

credit : Facebook McDonalds Malaysia

Sebenarnya daripada masa Sally makan kat Puffy Buffy Cafe di Nu Sentral lagi Sally dah aim menu ni...nampak daripada jauh mmg menarik perhatian...

Red Velvet Frapp...

Terngiang-ngiang tau dalam kepala...jadinya Sally cuba la...dan ternyata mmg sedap, tak tipu...hihihi...Rasanya tak sama macam strawberry...tapi rasa kek Red Velvet la...tak tau macam mana nak terangkan...sedap dia sampai sekarang jadi addicted...

Hari Sabtu....sekali
Hari Ahad...kali keduaaaa...

Hahahahaha...mmg pelik tapi tu la hakikatnya...non resistible tau benda ni...cuba la rasa kalau berkesempatan...

REVIEW | Cinderella (2015)

4:31:00 PM 10 Comments
Rasanya belum terlambat lagi Sally nak review cerita ni...Alkisahnya Sally nak teman kawan Sally tengok Insurgent, tapi kebetulan masa tu lambat sangat tayangan...Sally tak nak balik lambat sebab semalam ada kelas, so, yang paling awal dan mmg kebetulan dah hampir nak start, Cinderella...

Awalnya Sally takde rasa nak tengok pun...tapi sebabkan kawan dah merayu nak tengok, layankan jela...Bukan sebab apa Sally tak nak tengok...sebab cerita dia sama je daripada zaman kita kecik dan remake cerita Cinderella 1995...atau sebab Sally tak leh nak terima cerita fairy tale buat masa ni..? Hahahahaha...


Storyline A live-action feature inspired by the classic fairy tale, “Cinderella” brings to life the timeless images from Disney’s 1950 animated masterpiece as fully-realized characters in a visually-dazzling spectacle for a whole new generation.

Director Kenneth Branagh

Casts Lily James, Cate Blanchett, Richard Madden, Helena Bonham Carter, Holliday Grainger

Genre Romance , Fantasy
Nak review?
Cerita Cinderella laa...takde beza sikit pun cuma dia twist plot sedikit, Cinderella jumpa dengan putera tu sekali lepas tu baru ada majlis tari-menari...Kira tu kali kedua la dorang berjumpa...

Dalam cerita ni ada 3 benda yang Sally suka...

Cinderella punya Wedding Dress...yang ni paling cantik!


Cinderella Ball Gown

and...the most exciting, kasut kaca ni...mmg real gila kasut kaca dia...rasa macam nak beli satu pun ada...hahahaha...

Okay laa...suitable untuk tontonan seisi keluarga...gittew~

Sunday, March 22, 2015

Resepi Kimchijeon (Kimchi Pancake)

12:00:00 PM 4 Comments

Harini Sally nak kongsi resepi Kimchijeon, kalau kelmarin dah belajar buat Haemul Pajeon (Korean Seafood Pancake), harini kita belajar buat kimchijeon...kimchijeon ni tak banyak beza daripada Haemul Pajeon, cuma bezanya kali ni kita tambah kimchi dalam adunan kita dan tiada rencah seafood yang digunakan...haaa...Rasa dia agak flat la tapi rasa macam pedas kimchi tu buat dia sedap.

Kepada mereka yang tak minat kimchi, sila la buat haemul pajeon je ye..hihihi


Bahan-bahan (Basah)
Kimchi (perahkan sikit jus dia supaya tak basah sangat, potong kecik-kecik)
Daun bawang (Kalau tak jumpa boleh ganti daun kucai)
Cili merah / cili hijau (optional)

Bahan-bahan (Adunan)
Tepung gandum
Lada sulah
Garam
1 biji telur
Air

Bahan-bahan (Sos pencicah)
Kicap cair
Cili padi
Sedikit gula
Sedikit cuka

Cara-caranya :
1. Pertama sekali, perah kimchi tu sampai agak-agak kering
2. Potong kimchi supaya agak halus, cincang pun boleh.
3. Siapkan bahan-bahan (basah); potong daun bawang lebih kurang 3-4cm, dan potong cili merah nipis-nipis.
4. Adunkan semua bahan-bahan (adunan) sehingga sebati...jangan terlalu cair, pastikan sedang elok macam nak buat cekodok...
5. Campurkan bahan-bahan (adunan + basah) tadi.
6. Dalam pan yang leper, panaskan sedikit minyak dan goreng adunan tadi.. (guna kaedah goreng telur dadar)
7. Pastikan adunan yang kita masak tu tak terlalu tebal melainkan kalau korang suka makan yang tak garing la...
8. Sambil tu boleh siapkan sos pencicah (kalau malas, pakai je cili padi dengan kicap cair)

Dah boleh makan! hihihi...Selamat mencuba! :)

Saturday, March 21, 2015

REVIEW | Demonic

9:28:00 AM 6 Comments

Sepanjang minggu lepas, Sally hanya tengok wayang cerita-cerita yang berunsur komedi dan jalan cerita yang agak berat, tapi minggu ni sekali lagi Sally dapat pas Tayangan Perdana, kali ni untuk cerita seram yang diarahkan oleh pengarah James Wan, Demonic.



Storyline
Written and Produced by the master of horror James Wan. James Wan presents DEMONIC which takes place after the massacre of five college students in an abandoned house. Police officers and a psychologist begin to unravel the murders of five people who were killed while trying to summon ghosts. They uncover clues to what began as an innocent ghost-hunting excursion but eventually turned into a terrifying escapade involving the sinister house of hell itself which has supernatural evil forces.

Director
Will Canon, James Wan

Casts
Maria Bello, Frank Grillo, Cody Horn, Dustin Milligan

Genre
Horror

Jujur kata, Sally mmg bukan peminat filem seram...tapi bila dapat pas untuk filem Demonic ni, Sally terus terasa nak g tengok...mungkin sebab kejayaan pengarah James Wan dam filem "The Conjuring" sebelum ni buatkan Sally yakin filem seram beliau mmg lain daripada yang lain...! Jalan cerita dia biasa je tapi elemen seram yang dia cuba buat mmg sangat buat kita tak lena tidur malam..hahahaha...papepun, filem yang takkan menyesal kalau tengok pun.

Sally & Loz Block | Kevin (Minion - Despicable Me)

9:09:00 AM 4 Comments
Hehehehe....playing time! Ni merupakan block Sally yang terakhir buat masa ni sbb belum ambik stok yang baru lagi..hihihi...


Say hello to Kevin! hihihi...Kevin ni merupakan salah satu watak Minion dalam Despicable Me...Kalau sebelum ni Sally dah buat Dave (Minion - Despicable Me), kali ni Sally buat Kevin pulak...


Tinggal la mereka berempat dekat office Sally...hahahahaha...Sally ingat macam nak jual je benda ni...ada yang nak tak?

^_^

Friday, March 20, 2015

RESEPI : Haemul Pajeon (Korean Seafood Pancake)

11:02:00 AM 12 Comments

Haaa! Resepi masakan makanan Korea lagi...ye..ye..jangan buat muka macam tu...hikhik...Kalau korang masih ingat entry masa Sally berkunjung ke Jagalchi Market (자갈치시장) di Busan, Korea...korang mesti pernah tengok haemul pajeon ni...

Haemul bermakna seafood, manakala pajeon bermakna pancake...Kalau sampai Malaysia je jadi la cekodok makanan laut...haaa~

Sally sekarang ni suka masak sendiri je makanan Korea sebab bila makan kat luar dapat sikit je lepas tu semuanya kedekut kan...Lepas tu semua mahal, lepas tu Sally kan tak kaya, lepas tu nnt korang marah sebab asyik makan kat kedai Korea...hahaha...okay, dah melalut!


Haemul pajeon ni boleh kita guna pelbagai jenis makanan laut...ikut la nak campur apa...ikut selera masing-masing...

Bahan-bahan (Basah)
  1. Daun bawang (Kalau tak jumpa boleh ganti daun kucai)
  2. Cili merah / cili hijau (optional)
  3. Isi udang
  4. Isi ketam / sotong
  5. Isi kepah / lala / tiram (optional)
Bahan-bahan (Adunan)
  1. Tepung gandum
  2. Lada sulah
  3. Garam
  4. 1 biji telur
  5. Air
Bahan-bahan (Sos pencicah)
  1. Kicap cair
  2. Cili padi
  3. Sedikit gula
  4. Sedikit cuka
Cara-caranya :
    1. Pertama sekali, cara dia sama je macam nak buat cekodok kita tapi ni Sally bagi jugak cara laa
    2. Siapkan bahan-bahan (basah), bersihkan isi udang, potong sotong lebih kurang macam bentuk udang jugak, potong daun bawang lebih kurang 3-4cm, dan potong cili merah nipis-nipis.
    3. Adunkan semua bahan-bahan (adunan) sehingga sebati...jangan terlalu cair, pastikan sedang elok macam nak buat cekodok...
    4. Campurkan bahan-bahan (adunan + basah) tadi.
    5. Dalam pan yang leper, panaskan sedikit minyak dan goreng adunan tadi.. (guna kaedah goreng telur dadar)
    6. Pastikan adunan yang kita masak tu tak terlalu tebal melainkan kalau korang suka makan yang tak garing la...
    7. Sambil tu boleh siapkan sos pencicah (kalau malas, pakai je cili padi dengan kicap cair)

      p/s : Yang Sally masak tak sempat amik gambar...ini yang masa g Korea dulu..hikhik

      Running Man di Sarawak, April 2015

      9:18:00 AM 13 Comments
      Rata-rata rakyat Malaysia, yang minat KPOP ataupun tidak mesti kenal dengan Running Man...bohong jugak kalau tak pernah dengar kan...hehehehe....paling tidak sure ada nampak iklan kat TV tu haaa!

      Okay la...selalunya kita dengar yang kalau artis KPOP biasanya akan datang ke semenanjung atau secara spesifiknya ke Kuala Lumpur atau paling tidak ke Penang, tapi kali ni pihak produksi Running Man akan ke Sarawak!

      [NEWS] The international popular Running Man series will be making its presence in Sarawak, with it’s recce team checking out the Bakun Dam as a possible location.

      Tarikh exact dorang akan berada di Sarawak masih belum tau lagi bila tapi Sally akan update secepat mungkin kalau ada info lagi... Buat masa ni dikatakan mereka akan ke Bintulu atau ke Empangan Bakun...so, kita nantikan la kemunculan Malaysia dalam siri Running Man!

      errr....tapi kalau tetiba tak jadi jangan la sedih pulak eh..hihihi


      ----------------------------------------------------------------------------------------------------
      UPDATE (10/4/2015)

      Running Man cast takkan hadir ke AIFFA 2015...Just pengarah untuk program tu je yang akan kesana dan selepas tu mereka akan ke Bakun Dam untuk melihat kawasan.

      ----------------------------------------------------------------------------------------------------

      Thursday, March 19, 2015

      Tak sihat.

      4:57:00 PM 9 Comments
      Harini rasa macam nak pitam je...asyik selsema, migrain...mula daripada bangun tidur pagi tadi...tapi sebabkan semalam dah cuti, jadinya harini tak nak la ambik MC pulak...kesian pulak kat office kang ada yang huru hara..huhu...


      Masa lunch tadi sempat la lelap sekejap sebab dah tak tahan sakit sakit kepala, nak pandang cahaya pun tak mampu...dah setengah hari Sally tutup lampu dekat bahagian Sally...nasib baik jugak tempat Sally tgh, walaupun tutup lampu masih lagi nampak terang la office...


      Bersin non stop, selsema, gatal tekak, sakit kepala migrain...kira mmg pakej sungguh la kan..haihhhh...Balik ni nak rest, nak tidur kalau perlu...hopefully malim karang mata tak meliar laa...

      Banyak benda nak tulis tapi mmg tak larat harini...

      Cheesy! hahahaha
      p/s : Esok nak update beberapa jenis resepi masakan korea dan cerita seram terbaru yang diarahkan oleh pengarah James Wan, Demonic.


      Tuesday, March 17, 2015

      Jangan jadi baik, nanti kena pijak kepala.

      8:30:00 AM 15 Comments

      Tajuk entri...
      Jangan jadi baik, nanti kena pijak kepala.
      Rasanya rata-rata kita pernah dengar kawan-kawan, sedara mara cakap...even senang kata Sally jugak pernah cakap benda ni kat ibu...sebab kebaikkan ibu atau mama Sally selalu orang balas dengan kejahatan...kadang-kadang rasa dendam kat orang...dendam kat manusia yang selalu pijak kepala orang untuk kepentingan diri...Kalau la santau tu tak menjadikan kita kufur, mmg dah lama Sally ngantor santau kat mereka-mereka yang kurang ajar neh..!

      Tapi...bila meningkat dewasa ni...Sally semakin faham dengan rata-rata perangai manusia...kadang-kadang boleh baca apa yang tersirat kat hati kadang tu tidak...Pada kita mungkin niat membantu, pada orang mungkin niatnya nak menganiaya kita...

      Senang kata, tepuk dada tanya la hati...perlukah menjadi bodoh sentiasa dipergunakan, atau menabur kebaikkan tanpa mengira apa yang akan jadi...Mungkin sebab mama dan ibu Sally ni dedua jenis hati lembut...buat la apa pun, dorang mesti kata takpe...tapi kita la yang sakit hatinya bila terkenangkan apa yang orang buat kat mak kita kan...

      Hati kita..kita yang tentukan...hati manusia, susah nak tau apa isinya...Semoga mereka-mereka yang menganiaya ibu dan mama Sally terima la balasan setimpal atas apa yang mereka buat kat mereka..

      Monday, March 16, 2015

      Lelaki dalam hidup Sally.

      3:49:00 PM 17 Comments

      Along - Abg Sharul - Abg Aily

      Buat masa ni, ini jela lelaki yang ada dalam hidup Sally...Kehadiran abg Sharul selepas sah menjadi suami kepada satu-satunya kakak Sally, menggantikan tempat arwah papa...Jadinya ada 3 orang lelaki dalam hidup Sally sekarang.

      Tahun ni merupakan tahun ketujuh sejak papa meninggal dunia..hmmm...kadang-kadang tu rasa kosong...yela..kalau dia ada tu...banyak benda tak boleh nak buat...huhu..boleh tak kadang-kadang tu harap ada orang marah, ada orang tegur kita..kosong..

      Bila nak ada lelaki keempat neh..

      Ish! =)

      Happy 52nd birthday mama!

      3:26:00 PM 11 Comments
      16th March 2015.

      Hari ulangtahun kelahiran mama Sally yang ke 52...

      Hehehe..mama dah tua...weee~

      Tahun ni tak celebrate pun sebab harini kan hari bekerja...hanya mampu wish je kat mama harini...nak jumpa pun tak sempat..hohoho...


      To Puan Surina!

      Throughout my life, you have always been the strength that holds me up in the storm of life. I love you mama. My greatest wish is to grow up and become just like you. Happy Birthday mama and thank you for all your strength and advice that have helped me become the person I am today.

      You have given me such great advice over the years, mama. I want to take this special day and use it as an opportunity to thank you for all that you do. Thanks for always believing in me, ma. Have a terrific day today.

      I love you from the bottom of my heart. You are very special.

      Mama! Happy birthday! 

      Sunday, March 15, 2015

      REVIEW | Run All Night

      11:10:00 AM 9 Comments



      Storyline
      Brooklyn mobster and prolific hit man Jimmy Conlon (Neeson), once known as The Gravedigger, has seen better days. Longtime best friend of mob boss Shawn Maguire (Harris), Jimmy, now 55, is haunted by the sins of his past—as well as a dogged police detective (D’Onofrio) who’s been one step behind Jimmy for 30 years. Lately, it seems Jimmy’s only solace can be found at the bottom of a whiskey glass. But when Jimmy’s estranged son, Mike (Kinnaman), becomes a target, Jimmy must make a choice between the crime family he chose and the real family he abandoned long ago. With Mike on the run, Jimmy’s only penance for his past mistakes may be to keep his son from the same fate Jimmy is certain he’ll face himself…at the wrong end of a gun. Now, with nowhere safe to turn, Jimmy just has one night to figure out exactly where his loyalties lie and to see if he can finally make things right.

      Director
      Jaume Collet-Serra

      Casts
      Liam Neeson, Genesis Rodriguez, Joel Kinnaman, Boyd Holbrook, Ed Harris, Vincent D'Onofrio, Common, Bruce McGill, Beau Knapp

      Genre
      Untuk cerita ni...entah kenapa...Sally rasa kolabrasi ketiga antara Liam Neeson dengan pengarah, Jaume Collet-Serrakali ni macam tak best...Rata-rata review dan jugak pada pandangan Sally sendiri...cerita ni antara kolabrasi yang paling worst la...entah la...mungkin Sally terlalu "high expectation" utk cerita ni...
      Liam Neeson plays Jimmy Conlon, a disgraced alcoholic who used to be a fearsome enforcer working for his New York mob boss, Shawn Maguire (Ed Harris). His life hits rock bottom that even his son, Mike (Joel Kinnaman) doesn't want him anywhere near him, his wife (Genesis Rodriguez) or his two young daughters (Giulia Cicciari and Carrington Meyer).

      Meanwhile, Shawn's son Danny (Boyd Holbrook) wants to prove his worth to his old man by introducing him some Albanian drug dealers for big business. Unfortunately, Shawn doesn't want to get involved in the drug business anymore since he's already going legit.

      Things get messy when Mike, who works as a chauffeur, witnesses Danny kills the Albanian drug dealers one night. Mike manages to escape, but Danny eventually tracks him down to his house and tries to kill him. Jimmy was there at that time, and forced to kill Danny to save Mike. Nevertheless, the chase begins as Shawn deploys all his men to kill both Jimmy and Mike at all cost.

      *This review is written courtesy from Warner Bros Malaysia press screening*
      So far...quite okay la...

      Saturday, March 14, 2015

      REVIEW | Wild (2015)

      10:39:00 AM 6 Comments
      Storyline
      In Wild, director Jean-Marc Vallee (Dallas Buyers Club), Academy Award winner Reese Witherspoon (Walk the Line) and Academy Award nominated screenwriter Nick Hornby (An Education) bring bestselling author Cheryl Strayed’s extraordinary adventure to the screen. After years of reckless behavior, a heroin addiction and the destruction of her marriage, Strayed makes a rash decision. Haunted by memories of her mother Bobbi (Academy Award nominee Laura Dern) and with absolutely no experience, she sets out to hike more than a thousand miles on the Pacific Crest Trail all on her own. WILD powerfully reveals her terrors and pleasures --as she forges ahead on a journey that maddens, strengthens, and ultimately heals her.

      Director
      Jean-Marc Vallée

      Casts
      Reese Witherspoon & Laura Dern 
      Cerita ni sebenarnya adaptasi dari pengalaman sebenar dan jugak adaptasi daripada buku "Wild: From Lost to Found on the Pacific Crest Trail" yang mengisahkan tentang Cheryl Strayed yang terlibat dengan banyak masalah yang membuatkan dia rasa takde guna dia hidup lagi...sampai la dia buat keputusan untuk berjalan beberapa ribu batu di Pacific Crest Trail sendirian..

      Jujur kata...cerita ni bukan untuk korang ketawa atau untuk melepaskan rasa stress...genre dia berat dan mmg memerlukan kita fokus untuk dapat makna utama cerita ni...Nasib baik Sally dapat kawan yang jenis paham jalan cerita ni dan kami boleh relate apa yang jadi dengan kehidupan...

      Women and soul searching.

      Never ending is it?

      Recommended for all who are lost in love and life..

      Friday, March 13, 2015

      Ada blog, kantoi dengan bini bos!

      5:01:00 PM 14 Comments
       
      Hasil penulisan daripada Bro Framestone...siapa yang tak kenal kan...blog terbaru daripada bro, BRO - Blog Retis Official ni memaparkan tentang blogger-blogger yang ada kat Malaysia ni...dengan Sally sekali kena...

      Okay la...mukadimah dah...so, kita straight to the point...benda ni jadi Rabu lepas, masa tu Sally tgh buat something dalam bilik bos dan tetiba dia tanya,

      "Kau ada blog ke Sally...bini aku cakap selalu baca blog kau.."

      Errr...time tu mmg Sally tak tau nak respon macam mana...mampu ketawa palsu dan cakap Sally buat blog untuk suka-suka je..hehehe...dah kantoi dengan bos nak cakap apa lagi..?