RESEPI : Kimchijeon (Kimchi Pancake)

12:00:00 PM Sally Samsaiman 4 Comments


Hai Hai...Kembalinya kita ke dapur makanan Korea daripada Kak Sally comel...muahahaha...

Harini Sally nak kongsi resepi Kimchijeon, kalau kelmarin dah belajar buat Haemul Pajeon (Korean Seafood Pancake), harini kita belajar buat kimchijeon...kimchijeon ni tak banyak beza daripada Haemul Pajeon, cuma bezanya kali ni kita tambah kimchi dalam adunan kita...haaa...

Kepada mereka yang tak minat kimchi, sila la buat haemul pajeon je ye..hihihi


Bahan-bahan (Basah)
Kimchi (perahkan sikit jus dia supaya tak basah sangat, potong kecik-kecik)
Daun bawang (Kalau tak jumpa boleh ganti daun kucai)
Cili merah / cili hijau (optional)
Isi udang
Isi ketam

Bahan-bahan (Adunan)
Tepung gandum
Lada sulah @ Lada hitam
Garam
1 biji telur
Air

Bahan-bahan (Sos pencicah)
Kicap cair
Cili padi
Sedikit gula
Sedikit cuka

Cara-caranya :
1. Pertama sekali, perah kimchi tu sampai agak-agak kering
2. Potong kimchi supaya agak halus, cincang pun boleh.
3. Siapkan bahan-bahan (basah), bersihkan isi udang, potong sotong lebih kurang macam bentuk udang jugak, potong daun bawang lebih kurang 3-4cm, dan potong cili merah nipis-nipis.
4. Adunkan semua bahan-bahan (adunan) sehingga sebati...jangan terlalu cair, pastikan sedang elok macam nak buat cekodok...
5. Campurkan bahan-bahan (adunan + basah) tadi.
6. Dalam pan yang leper, panaskan sedikit minyak dan goreng adunan tadi.. (guna kaedah goreng telur dadar)
7. Pastikan adunan yang kita masak tu tak terlalu tebal melainkan kalau korang suka makan yang tak garing la...
8. Sambil tu boleh siapkan sos pencicah (kalau malas, pakai je cili padi dengan kicap cair)
Dah boleh makan! hihihi

Selamat mencuba! :)

4 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!