RESEPI : Haemul Pajeon (Korean Seafood Pancake)

11:02:00 AM Sally Samsaiman 12 Comments


Haaa! Resepi masakan makanan Korea lagi...ye..ye..jangan buat muka macam tu...hikhik...Kalau korang masih ingat entry masa Sally berkunjung ke Jagalchi Market (자갈치시장) di Busan, Korea...korang mesti pernah tengok haemul pajeon ni...

Haemul bermakna seafood, manakala pajeon bermakna pancake...Kalau sampai Malaysia je jadi la cekodok makanan laut...haaa~

Sally sekarang ni suka masak sendiri je makanan Korea sebab bila makan kat luar dapat sikit je lepas tu semuanya kedekut kan...Lepas tu semua mahal, lepas tu Sally kan tak kaya, lepas tu nnt korang marah sebab asyik makan kat kedai Korea...hahaha...okay, dah melalut!


Haemul pajeon ni boleh kita guna pelbagai jenis makanan laut...ikut la nak campur apa...ikut selera masing-masing...

Bahan-bahan (Basah)
  1. Daun bawang (Kalau tak jumpa boleh ganti daun kucai)
  2. Cili merah / cili hijau (optional)
  3. Isi udang
  4. Isi ketam
  5. Isi kepah / lala / tiram (optional)
Bahan-bahan (Adunan)
  1. Tepung gandum
  2. Lada sulah @ Lada hitam
  3. Garam
  4. 1 biji telur
  5. Air
Bahan-bahan (Sos pencicah)
  1. Kicap cair
  2. Cili padi
  3. Sedikit gula
  4. Sedikit cuka
Cara-caranya :
    1. Pertama sekali, cara dia sama je macam nak buat cekodok kita tapi ni Sally bagi jugak cara laa
    2. Siapkan bahan-bahan (basah), bersihkan isi udang, potong sotong lebih kurang macam bentuk udang jugak, potong daun bawang lebih kurang 3-4cm, dan potong cili merah nipis-nipis.
    3. Adunkan semua bahan-bahan (adunan) sehingga sebati...jangan terlalu cair, pastikan sedang elok macam nak buat cekodok...
    4. Campurkan bahan-bahan (adunan + basah) tadi.
    5. Dalam pan yang leper, panaskan sedikit minyak dan goreng adunan tadi.. (guna kaedah goreng telur dadar)
    6. Pastikan adunan yang kita masak tu tak terlalu tebal melainkan kalau korang suka makan yang tak garing la...
    7. Sambil tu boleh siapkan sos pencicah (kalau malas, pakai je cili padi dengan kicap cair)
    8. Dah boleh makan! hihihi

      p/s : Yang Sally masak tak sempat amik gambar...ini yang masa g Korea dulu..hikhik

      12 Orang Sayang Sally!:

      Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

      Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!

      Running Man di Sarawak, April 2015

      9:18:00 AM Sally Samsaiman 13 Comments

      Rata-rata rakyat Malaysia, yang minat KPOP ataupun tidak mesti kenal dengan Running Man...bohong jugak kalau tak pernah dengar kan...hehehehe....paling tidak sure ada nampak iklan kat TV tu haaa!

      Okay la...selalunya kita dengar yang kalau artis KPOP biasanya akan datang ke semenanjung atau secara spesifiknya ke Kuala Lumpur atau paling tidak ke Penang, tapi kali ni pihak produksi Running Man akan ke Sarawak!

      [NEWS] The international popular Running Man series will be making its presence in Sarawak, with it’s recce team checking out the Bakun Dam as a possible location.

      Tarikh exact dorang akan berada di Sarawak masih belum tau lagi bila tapi Sally akan update secepat mungkin kalau ada info lagi... Buat masa ni dikatakan mereka akan ke Bintulu atau ke Empangan Bakun...so, kita nantikan la kemunculan Malaysia dalam siri Running Man!

      errr....tapi kalau tetiba tak jadi jangan la sedih pulak eh..hihihi


      ----------------------------------------------------------------------------------------------------
      UPDATE (10/4/2015)

      Running Man cast takkan hadir ke AIFFA 2015...Just pengarah untuk program tu je yang akan kesana dan selepas tu mereka akan ke Bakun Dam untuk melihat kawasan.

      ----------------------------------------------------------------------------------------------------

      13 Orang Sayang Sally!:

      Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

      Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!