Jemaah Iqra' - 1997 sehingga 2015.

11:55:00 AM Sally Samsaiman 12 Comments

Mesti macam pelik dengan tajuk kan....sekarang ni group whatsapp dah menjadi satu trend, bila mana kita berkumpul, berbual dan berbincang dengan kawan-kawan lama, mahupun yang baru..

Jemaah Iqra' ni pada awalnya merupakan satu group alumni yang menghimpunkan kawan-kawan Sally sejak tadika dan sekolah rendah...daripada nama alumni SK (2) Taman Keramat sampai la jadi Jemaah Iqra'.. Perkataan jemaah bila Sally yang jadi admin group secara tiba-tiba left sebab phone Sally rosak dan hbs reset segala benda...Jemaah tu sbb kiranya imam (Sally) dah tinggalkan group...


Gagah Sally google nak cari lencana sekolah ni tau...hehehe...so, ni la lencana masa sekolah rendah dulu...1997 masa kali pertama Sally jejak kaki menjadi murid tahun satu...Ya Allah, cepat sungguh masa berlalu kan...Semalam, kami saje la buat reunion, tak la reunion sangat...saje makan-makan dan sambil-sambil tu nak celebrate harijadi kawan baik Sally, Nasyitah.


Disebabkan Sally dan admin group baru, Syamimi suka makan makanan Korea...jadinya jemaah lain pun sibuk jugak nak cuma makan makanan Korea...jadi Sally suggest la ke Gangnam Gimbap yang terletak di Ampang Point..Masa ni Nasyitah belum tau yang kami nak buat surprise untuk birthday dia, tu yang muka elok je masing-masing...


Weha - Alia Hamdan - Syamimi


Ni la belated birthday girlnya...seronok meniup lilin bagai...hehehehe...kebetulan kedai tutup pukul 10 malam...tak sempat nak makan dah kena halau balik...hahahaha...lepas tu bergerak la ke pusat karaoke...karok pulak dah laa...padahal nak makan kek je kot!




Dengan kek takde pinggan, tisu je jadi pelapik...dengan Nashrah yang menyanyi macam membaca sajak, Weha yang dok pilih lagu tapi tak nyanyi...hahahaha...macam-macam ragam la dorang ni...yang dah jadi bini orang pun perangai masih tak berubah lagi...Semoga ukhuwah yang terbina ni akan kekal...selamanya...ke Jannah hendaknya...InsyaAllah...


 
“Friendship is the hardest thing in the world to explain. It's not something you learn in school. But if you haven't learned the meaning of friendship, you really haven't learned anything.”
Muhammad Ali

12 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!