REVIEW | Usop Wilcha Dalam Werewolf Dari Bangladesh.

2:55:00 PM Sally Samsaiman 11 Comments



Sinopsis :

Usop Wilcha Dalam Werewolf Dari Bangladesh (Werewolf - Serigala Jadian) bermula kisahnya 20 tahun lalu apabila Mirdu, lakonan Saiful Apek iaitu seorang warga Bangladesh diserang seekor serigala mengakibatkan berlaku perubahan fizikal ke atas dirinya menjadi haiwan berkenaan.

Tidak hanya pada fizikal, tingkah laku Mirdu juga menjadi ganas dan kejam hingga ramai penduduk kampung menjadi korban kerakusannya. Penduduk kampung yang sudah tidak boleh bersabar akhirnya mengambil keputusan membakar rumah Mirdu.

Mirdu yang marah dengan kejadian itu bertindak menggigit dua anak kembar Kumba (Muhamad Ikhwan) dan Kumbi (Muhamad Azwan), sekali gus menyebarkan jangkitan wabak itu sebelum dia ditembak mati.

Di Malaysia, Usop Wilcha (Shy 8) yang baru berpindah ke kawasan baru bersama Wahab B (Sharwani NS) bertemu dengan Jenab Ramunggei (Emma Maembong) dan tinggal berjiran serta menjalankan perniagaan bersama-sama di sebuah medan selera.

Pada masa sama, wabak werewolf itu sudah mula merebak di Malaysia. Kumbi yang kini sudah dewasa juga berada di Malaysia untuk mendapatkan bantuan Jenab bagi mengembangkan pembiakan baka werewolf, sekali gus melenyapkan spesies manusia di muka bumi.

Bagaimanapun, semua agenda jahat ini sudah lama diketahui Pilun (Zizan Razak) iaitu seorang pekerja asing tanpa izin warga Bangladesh yang bekerja di gerai Usop. Pilun berkali-kali mencuba untuk memaklumkan kepada Usop mengenai perkara itu tetapi usahanya sering terhalang.
Pelakon dan watak.

1. Zizan Razak - Pilun
2. Saiful Apek - Mirdu
3. Usop Wilcha - Usop
4. Rab Khalid - Yeh Sekupang
5. Adi Shamsul - Adi
6. Ahmad Sharwani - Wani
7. Emma Maembong - Jenab

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Pertama sekali...cerita ni mmg tak masuk akal...dah nama pun cerita rekaan kan..jadinya jangan la korang nantikan benda fakta pulak...hehehe...Sally sebenarnya agak kurang faham dengan struktur filem dia...mungkin kerana banyak sangat bercakap dalam bahasa Bangladesh daripada bahasa melayu...tak sempat hadam la senang kata...



Jalan cerita mudah...mmg penuh dengan lawak komedi...Gandingan Zizan Razak, Emma Maembong, Usop Wilcha dan Saiful Apek sebagai teraju utama filem ni bagi Sally sebenarnya tak berapa kena...Sally rasa Saiful Apek mungkin boleh bawa watak Pilun (lakonan Zizan) dengan lebih baik atau beri watak tu kepada Sharul Shiro...tu pada pandangan Sally la...takde niat nak perkecilkan kebolehan Zizan...

Antara pengajaran nya, kita jangan pandang hina pada rakyat asing yang datang mencari rezeki kat sini...Jujur kata, pekerjaan Sally membolehkan Sally akses kepada gaji dan maklumat pekerja asing yang ada berdaftar bawah syarikat...Jadinya Sally tau jerih payah mereka nak dapatkan duit dan sebagainya...Apapun, mereka masih hamba Allah kan?




Filem ni kalau masa tengah boring atau sedih boleh la tengok...sebab kelakar dan tidak terlalu berat untuk kita hadam. Walaupun tidaklah lebih baik atau paling tidak setanding dengan Hantu Kak Limah Balik Rumah dan Zombie Kampung Pisang, tapi filem ke-13 arahan Mamat Khalid ni masih lagi Sally rasa satu kejayaan buat dia..dan syabas buat abang Mamat Khalid!

Filem ini akan mula ditayangkan di seluruh pawagam di Malaysia bermula 5hb Mac 2015...!

11 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!

Kekurangan yang membawa bahagia.

12:35:00 PM Sally Samsaiman 15 Comments

Dapat inspirasi nak tulis entri ni lepas baca entri Una, kenapa si gigi bersepah senyum begitu?

Pada awalnya malas nak tulis tapi saje jela tengahari ni...Sally bukan nak komen entri yang Una tulis...tapi lebih kepada nak share pengalaman Sally bawak "adik-adik yang diternak di perut..."

Jujur kata, siapa yang tak nak dilahirkan cantik..? Kalau ada yang gembira dilahirkan kurang cantik, kurang putih dan sebagainya...nescaya takkan ada pusat kecantikkan, pusat pelangsingan badan, salon kecantikkan, dan yang paling ekstrem, pembedahan plastik macam rakyat Korea...

Sally ni badan mula naik sejak umur 2 tahun dan sejak tu makin membesar dengan penuh kegembiraan..hahahaha...sumpah, Sally takde la pernah kurus dalam tempoh 24 tahun hidup ni...turun berat tu ada la..tapi takde la ekstrem daripada Sally terus jadi Yoona Girls Generation tu..hihihi...


LOL...tetiba masuk pasal Yoona kan..hahaha...Sally kan selalu teringin nak pakai baju cecantik, baju lelawa macam dalam iklan...lagi hampa bila tetiba dia tulis free size atau sampai size XL je..Sedih tau...mmg susah nak cari baju...bila nak g event mana-mana pun sampai nak menangis cari baju semua takde saiz...

Tapi...bagi Sally...we are who we are...kita semua cantik...dalam cara kita sendiri...mungkin kita tengok orang kurus, molek je muka...tapi mana kita tahu dalamannya sakit ape...Kita nampak orang ceria, tapi dalam hatinya mungkin menangis teriak seribu bahasa...

Rasanya antara kita ramai yang tidak bersyukur dengan apa yang telah Tuhan kita kurniakan pada kita...manusia dengan mengeluh mmg tak dapat nak dipisahkan...tak lupa juga Sally ni...selalunya bermonolog kenapa dan kenapa...

Sally..?

Masih lagi dalam cubaan memperbaiki diri...mungkin bukan dengan cara fizikal, lebih kepada rohaniah...sebab masih terlalu lagha...Rasanya kena ikut cakap ibu bila dia nak carikan jodoh Pak Ustaz neh..kekekeke...eh, kalau jodoh..nak cakap apa..?

Takde laa...Sally cuma nak cakap...semua orang tu cantik...cantik dalam definasi dia sendiri...ada yang cantiknya terbit bila senyum...ada yang cantiknya terbit bila dia ketawa, ada yang cantiknya datang bila dia memasak, melukis, menyanyi, berlakon dan sebagainya...So, cantik tu terlalu luas maknanya...

Sally..?

Dia cantik bila dia gemuk..hihihi ^_^

15 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!