RESEPI | Ayam Goreng Korea (Yangnyeom Chicken)

4:25:00 PM Sally Samsaiman 20 Comments


Macam biasa laa...Sally dengan makanan Korea mmg tak dapat nak dipisahkan...hikhik...Selalu kalau kita tengok drama Korea, snek semasa dorang lepak ke selalunya mesti Ayam Goreng...Jadi kita yang tgk drama ni pun nak tau apa yang sedap sangat..(err...actually Sally yang nak tau)

So, kalau yang malas boleh segera ke KyoChon, dan kalau yang rajin atau yang tgh tunggu gaji macam Sally ni...sila masuk ke dapur dengan segera...Bahan yang paling penting ialah gochujang, sama macam masa Sally buat Bibimbap dulu...Jadinya kalau takde, sila cari dulu okay...nanti tak jadi pulak...


Nampak macam tak sedap kan...? Hehehehe...sebenarnya kena kacau rata tapi sbb Sally malas nak makan sos dia banyak, lumur jela sikit-sikit...

Bahan-bahan (sos untuk lumur ayam):


5 ulas bawang putih
1 (1½") halia
3 sudu makan kicap cair
3 sudu makan gochujang
1½ sudu makan cuka
1 sudu makan minyak bijan
1 sudu makan madu

Bahan-bahan untuk ayam:


⅔ cawan tepung gandum
1 sudu makan tepung jagung
16 kepak ayam, drumet ayam atau bahagian yg banyak tulang (anggaran 1¾ lbs.)
Minyak masak utk menggoreng

Cara nak masak:
Ayam (Campurkan tepung gandum, tepung jagung dengan ⅔ cawan air, lumurkan ayam dan goreng dalam minyak panas [6-8 minit], sampai dah garing, lepas tu toskan, goreng lagi sekali sampai betul-betul garing [6-8 minit], toskan minyak...kalau malas goreng sekali pun dah okay, tapi kena garing laa..)

Sos (Cincang bawang putih dan halia -- Sally tumbuk je, campurkan kicap cair, gochujang, cuka, minyak bijan dan madu, kacau sampai sebati...sos yang sedap mesti kena ada rasa manis, pedas, masin sedikit...so, pastikan kena dengan lidah...kalau takde madu boleh pakai gula perang)
Bila ayam dah siap goreng, lumurkan sos sampai sebati dengan ayam dan dah siap untuk makan! (gochujang ni masin sikit, jadinya jangan la pakai banyak sangat..)

20 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!