Menang Eversoft SKINZ Youth Recall.

9:10:00 AM Sally Samsaiman 12 Comments


Lupa sebenarnya nak update, rangkaian produk Eversoft SKINZ Youth Recall ni Sally dapat hasil daripada menjadi antara 5 orang blogger terpilih yang menang dalam New Year Giveaway with Eversoft Skinz Youth Recall by AJ...hehehe...macih la kak AyueJean yang pilih adik Sally sebagai pemenang..

So, far Sally dah pakai selama dua minggu...Nak kata camne eh...belum nampak perubahan pada wajah Sally kecuali pada tompok hitam bekas jerawat tu...dah makin berkurang dan makin pudar...Alhamdulillah la...sebab mmg tu niat masa Sally join giveaway daripada AJ ni...

Dah alang-alang bercerita tentang produk ni, meh Sally nak kongsikan serba sedikit pasal range yang ada dalam Eversoft SKINZ Youth Recall ni...

Eversoft Skinz Youth Recall merupakan 1 produk yang mengabungkan teknologi terkini dengan menggabungkan bahan-bahan tradisional semulajadi Jepun yang bertindak sebagai anti-aging antaranya :
WAKAME SEAWEED yang kaya dengan Phyto-Collagen membantu mempertingkatkan kandungan kolagen dan mengurangkan kedutan serta mengembalikan keanjalan kulit.
UME yang lebih dikenali sebagai Aprikot Jepun yang mengandungi anti-glycation bagi melindungi kulit dari kusam dan kekuningan akibat penuaan. Ume digunakan di Jepun sejak dahulu lagi untuk kecerahan kulit, menghindarkan kekuningan warna kulit dan meratakan tona kulit tidak sekata.
HIARURON SAN (Super Hyaluronic Acid) bagi mengekalkan kelembapan kulit menjadikan kulit lebih sihat, lembut dan lebih cerah.
Yang paling penting, selain daripada dapat meremajakan kulit...Sally suka dengan rangkaian ni sebab dia mmg menjaga dan menguruangkan minyak pada wajah...kulit kusam pun makin hilang, tona kulit menjadi kembali sekata...

Kalau korang ada masalah kulit yang sama macam Sally...Sally sarankan korang cuba rangkaian produk Eversoft SKINZ Youth Recall ni...Walaupun mungkin agak lambat untuk nampak kesan yang betul-betul hebat, tapi dia sangat bagus...sebab ianya membaiki dan membaik pulih kulit kita secara menyeluruh...

^_______^

12 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!