REVIEW | The Dream Boyz

8:01:00 AM Sally Samsaiman 12 Comments


Sally tak pasti korang perasan atau tidak...tapi menghampiri Chinese New Year ni...banyak filem mandarin yang keluar dekat pawagam...Minggu lepas Sally dapat jemputan untuk Special Screening filem terbaru buatan Malaysia, The Dream Boyz.

Synopsis:

Cerita ni mengisahkan tentang 8 orang (7 lelaki 1 perempuan) sahabat yang menyertai Kelab Drama di sekolah mereka dan akhirnya mereka ada satu impian, mengeluarkan filem pendek pertama mereka sebelum tamat persekolahan. Bermula daripada situ la perangai gila mereka terserlah...macam-macam idea yang terbit sehingga la dorang dapat satu jalan cerita yang mana semua ahli setuju...dan berharap dapat tunjukkan filem ni pada hari terakhir sebelum mereka bergelar graduasi...

Kamera digital yang dipinjam kepada abang sepupu salah seorang daripada mereka digunakan untuk rekod semua scene sampai la abang sepupu dia pergi daripada situ secara rahsia....dan ada beberapa konflik lain yang terjadi sampai satu tahap persahabatan mereka hampir hancur...

Language: Mandarin
Classification: P13
General Release Date: 12 Feb 2015
Genre: Drama
Running Time: 1 Hour 42 Minutes
Distributor: RAM ENTERTAINMENT
Cast: FS [Fuying & Sam], Eric Lin, Alvin Chong, Rayz Lim, Teddy Chin, Wang Qie, Mindee Tan, Jack Lim, Jeff Chin
Director: Ryon Lee
Pada awalnya risau jugak nak pergi tengok sebab takut takde translation, tapi luckily ada la...so, no problem...Mula-mula rasa macam tak best tapi sebenarnya meleset! Cerita ni mmg sangat best, full of laughter, membawa kita ke zaman masa kita sekolah dulu...gelak ketawa, persahabatan, sedikit konflik dan semua jenis kerja gila masa zaman sekolah...

Walaupun cerita ni bukanlah bergenre komedi secara menyeluruh, tapi still ada elemen komedi dalam setiap scene dia...hehehe...tak tau la sama ada Sally je rasa macam tu atau tidak...tapi yang penting hanya Sally berempat je yang melayu dalam pawagam tu..yang lain semua cina...hahahaha...

Pelakon-pelakon dia pun ada malam tu, dan Sally rasa bangga sebab dorang acknowledge Malay fans yang ada, dan berterima kasih sebab menyokong mereka...and I must say this, filem Mandarin kita pun setanding dengan filem Mandarin daripada luar dan Sally yakin yang korang takkan menyesal kalau tengok cerita ni...unless korang jenis tak takde sentimental value dalam diri laa...

12 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!