Finally! Big Bad Wolf Fire Sale 2015!

4:14:00 PM Sally Samsaiman 16 Comments

Kisah Sabtu lepas, nasib baik sempat nak ke Big Bad Wolf Fire Sale 2015, sebab yang Big Bad Wolf 2014 Sally tak sempat nak pergi...plus duit taraaa masa tu...hikhik..Anyway, thanks kepada kakak Aisya dengan En. Barney dia yang tumpangkan kita ke sana...kita sangat terharuuuuu~

Okay, drama kau Sally..drama...

 Hahahaha...sebenarnya mmg dah janji nak ikut Aisya kesana...Almaklum la dah terlepas sekali takkan nak melepas lagi kan...pulak kali ni fire sale, ALL FICTION TITLES semua RM5 jeee....murah gila kot..Takkan still tak nak pergi kan! Nasib baik sempat sebab semalam dah pun berakhir promosi ni..huhu



Rasa nak suggest kat management BBW, tahun depan kalau ada lagi mohon jadikan Sally dan Aisya ni duta buku...hahahaha...sesuai kot! :)


Amboi kak ngah, mak ngah...tengok buku tak pandang kiri kanan dah...Sorgaaaaa buku tau dak! Hehehehe


Ouhh...sebelum korang bermonolog sendirian sebab kenapa Sally dok rajin keluar beli buku pakai baju kurung ni...meh nak kasi tau...sebenarnya Sally baru balik daripada kenduri majlis resepsi anak kepada kawan ibu...Aisya pun sama...sebab tu la masing-masing pakai dah macam perempuan melayu kedua terakhir dalam dunia neh...Alaaa...sekali sekala kan....


Sally sebenarnya cari buku yang bergenre seram tapi tak banyak pulak yang best, jadinya dapat kaut 5 je...hmmm...okay la daripada takde kan...lagipun setiap satu RM5 je...so, takde la ralat sangat...dan sementara tunggu kak Aisya jemput kita, sempat la berlegar-legar kat Ampang Point tu cari buku...dapat la grab buku Catatan Mat Luthfi dan 'Bro, don't like that la bro' edisi Back To School...yang first edition tu takde stok pulak aihh...

...and....that's how duit daripada cheque Nuffnang habis..muahahaha

16 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!

Damine21 Cafe @ Dagang Avenue, Ampang.

11:34:00 AM Sally Samsaiman 19 Comments

Kalau keluar dengan blogger Anim, Sally dengan dia mmg suka cari kedai baru...kedai makan tu mmg sinonim la dengan manusia yang bernama Anim dan Sally...hahahaha...kisahnya bila Sally boring duduk kat rumah masa cuti Thaipusam tu, jadinya Sally contact Anim dan dia ajak kesini...Jujur kata walaupun Sally sering ke Dagang Avenue ni tapi tak pernah tau pun kewujudan Damine21 Cafe ni...

Damine21 Cafe ni mmg cantik...dalaman dia berkonsepkan English Vintage...Putih je semua...mmg menampakkan efek bersih dia...selain daripada kawasan dalamaan dia yang bersih, makanan yang dia sajikan pun mmg kena dengan selera Sally...sedap!


Dekorasi atas meja dia pun simple je tapi mmg menaikkan mood kita...Walaupun kawasan dia putih je tapi bagi perempuan, putih tu suci dan bagi kita rasa tenang masa ada dalam ni...basically cafe ni served makanan barat dan ada juga la beberapa jenis makanan tempatan kita. Coffee, milkshake and so on...Semua ada..tapi Sally pilih Iced Peach Tea je and Anim ambik Ice Lemon Tea..Typical us! :P

Iced Peach Tea & Ice Lemon Tea - RM4.50+


Sally ambil menu yang simple je sebab masa tu macam lapar tapi takde selera nak makan western, Sally ambil mushroom soup...to be honest, ni mushroom soup yang paling sedap Sally pernah rasa...full of mushroom, setiap sudu yang kita makan tu akan ada cendawan cincang..sedap gila!

Mushroom Soup - RM10


Ni Anim yang order, Chilli Spaghetti. Yang ni portion dia besar...makan share dengan Anim kot pun dua-dua boleh semput nak habiskan... Dalam dia mmg meriah dengan seafood (Udang, Sotong) dan lagi sekali....murah hati dengan cendawan...Shitake dia ada kat setiap kali suap...mmg berbaloi dan recommended jugak..!

Chilli Spaghetti - RM20


Sebenarnya Sally mmg teringin nak makan meatball, yang paling sedap so far Sally rasa kat Kluang Kopitiam...even meatball IKEA pun tak boleh kacau selera Sally...Damine21 Cafe punya meatball bagi Sally kurang mengancam, ada 8 biji secara keseluruhan, special sauce dia pun basically rasa macam black pepper sauce je...Jadinya agak tak minat tapi overall still okay untuk dimakan...

Beef Meatballs - RM10


Perkara yang paling menarik perhatian Sally pasal cafe ni actually bila baca review orang pasal Pavlova dia...Serius, Sally bukan jenis manusia yang suka makan makanan manis...makan kek pun bila betul-betul terasa nak makan...tapi Pavlova dia mmg sedap, tak manis sangat dan mmg rasa lemak-lemak je...So, I would say all the review were sincerely wrote and indeed, the pavlova was extremely delicious!

Pavlova - RM15


Kalau korang nak cuba kedai makan baru, Sally suggest makan kat Damine21 Cafe ni.

Damine21 Cafe
Cafe + Coffee + Cakes + Cuisine.
Address: G6, Dagang Avenue, Jalan Dagang B/3a, Taman Nirwana, 68000 Ampang, Selangor
Phone:010-407 7705 / 013-3887705
Hours: Open only Tuesday - Sunday (closed on Monday)
12:00 pm – 10:00 pm

19 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!