Travelogue Korea : N Seoul Tower @ Namsan Tower

3:43:00 PM Sally Samsaiman 13 Comments

Tempat pelancongan terakhir yang akan Sally ceritakan dalam pengembaraan 11 hari Sally di bumi Korea...rasa macam sekejap sangat masa berlalu...lepas ni nak pergi setahun pulak laaa...hahahaha...

perghhh...melampau!


Dari kejauhan lagi dah nampak menara ni....N Seoul Tower @ Namsan Tower dibuka kepada orang ramai bermula pada 15 Oktober 1980 dan sejak itu menara ni dah menjadi tarikan utama pelancong.
 
N Seoul Tower @ Namsan Tower setinggi 236.7m terletak di atas Gunung Namsan, menawarkan pemandangan panorama bandar Seoul dan kawasan sekitarnya. Walaupun sudah berusia hampir tiga puluh tahun, namun menara ni masih lagi tegak berdiri megah sebagai salah satu mercu tanda bandar Seoul!

Menara ni mmg terkenal dikalangan pelancong...lagi-lagi pasangan kekasih yang nak cinta mereka kekal lama...kenapa..?



Haaa!

Kat sini juga la tempat yang paling popular untuk pasangan kekasih sebab mereka nak letakkan tanda cinta mereka, macam biasa la...kuncikan mangga yang tertulis nama kita dan pasangan kemudian buang la kunci dia supaya takde halangan lagi dalam hubungan kita...

terlalu cliche..?

Tak apa la...sebagai kenangan...Sally letak jugak padlock kat sini...dengan janji yang Sally akan kembali kesini lagi...InsyaAllah!


Oppa takde...?

Takde masalah...ahjusshi kan ada...!



Pada awalnya ingat nak naik teksi, sebenarnya dah naik pun tapi lepas tu kena tipu...turun la pulak naik bas...hehehehe

Macam mana nak kesana, ada 4 pilihan :

BAS, CABLE CAR, KERETA & BAS SEOUL CITY TOUR

Mana nak dapat or macam mana nak naik, korang boleh check kat laman web rasmi N Seoul Tower.

13 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!

Party of the century by Empire City, Damansara.

2:42:00 PM Sally Samsaiman 7 Comments


Kisah Jumaat lepas tapi entri Jumaat ni...okay la daripada takde kan..hehehe...

Kalau yang dah baca entry Last minute Invitation to The Party of the Century by Empire City!, mesti dah boleh agak ape yang Sally nak ceritakan...Well, sebelum Sally sambung kisah pasal parti ni, I would like to congratulate Mammoth Empire Group of Companies for their effort for this great party and of course, for their incoming Empire City that will be the new attraction in Kuala Lumpur!

Dan seperti yang korang sedia maklum, Sally jadi partner partner untuk BBL (Budak Bandung Laici) dan juga hanya kenal dengan kak Ayue Idris je tapi kat sana mmg havoc and I find more new friends!



Kalau korang pergi ke Empire City ni...mmg surely terkejut sebab building mereka sebenarnya masih under construction tapi bila masuk kat dalam, which is to be specifically will be their soon-to-be olympic size ice rink for Empire City Kuala Lumpur. Excited tak...? Mesti rasa nak suruh dia cepat siap kan..?

Lol!


Yaaahhh...that's me for the night, with the themes of "The Glamorous 1920s". Tak tau la ni dah ikut tema ke tidak yang pastinya dapat jugak masuk! Hahahaha...tapi malam tu semua orang mmg sangat ikut tema dan semua cantik je baju...


A part of blogger yang dapat invitation malam tu..hehehe...kita tak dapat pun..kita teman je...tu yang posing jauh, (#membawadiri) hahahaha... anyway thanks to Syafiera Lewis for this photo!


To BBL & Kak Ayue, thanks sebab tak jadikan Sally makhluk yang anti sosial ye..hehehe

Okay, habis dah sesi terima kasih, penghargaan semua...let's continue with the performance!

Hehehehe....Sally excited g pun sebab nak tgk 2AM je...lepas tu sebab nak makan free...kekeke...tapi overall, mmg awesome night! seronok!




Gambar semua banyak daripada tepi je sebab Sally berdiri kat side VIP tingkat satu..huhuhu...tak rasa nak g berdiri ramai-ramai dekat tengah lautan manusia tu...awak dah la rendah, katik pulak kan..hehehe...Sempat la main jerit-jerit lambai-lambai kat Jo Kwon, Jinwoon, Seulong, and Changmin!

Lepas tu ada Paris Hilton, Mark Vincent (Winner of Australia's Got Talent 2009), Taboo from Black Eyed-Peas, DJ Ken dan beberapa artis terkenal yang Sally tak dapat nak recall...al maklum la...2AM balik je terus dah tak tau nak have fun macam mana..LOL!

Mmg surely a night to be remembered!

7 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!