Saturday, January 31, 2015

Berjimba di Taman Botani, Kuala Lumpur

8:50:00 AM 9 Comments

Sebenarnya takde pun plan nak g sini tapi lepas tolong Dayah cari rumah sewa untuk dia praktikal pada bulan Februari nanti, singgah la sekejap ke sini....ini sebenarnya kali pertama Sally ke Taman Botani di Kuala Lumpur ni...punya ramai orang sampai nak parking pun pusing nak dekat 3 kali...!


Syifa' -- Sally -- Dayah


Kesayangan Sally.

Kawan baik Sally daripada zaman kolej sampai la sekarang...senang cerita...mmg susah sangat nak jumpa masing-masing...masa ni pun Iera tak ada...ganti dengan kawan Dayah...Thanks Mira sebab jadi photographer kami! hahahaha...
 





“A friend is someone who knows all about you and still loves you.”

Friday, January 30, 2015

Travelogue Korea : N Seoul Tower @ Namsan Tower

3:43:00 PM 13 Comments
Tempat pelancongan terakhir yang akan Sally ceritakan dalam pengembaraan 11 hari Sally di bumi Korea...rasa macam sekejap sangat masa berlalu...lepas ni nak pergi setahun pulak laaa...hahahaha...

perghhh...melampau!


Dari kejauhan lagi dah nampak menara ni....N Seoul Tower @ Namsan Tower dibuka kepada orang ramai bermula pada 15 Oktober 1980 dan sejak itu menara ni dah menjadi tarikan utama pelancong.
 
N Seoul Tower @ Namsan Tower setinggi 236.7m terletak di atas Gunung Namsan, menawarkan pemandangan panorama bandar Seoul dan kawasan sekitarnya. Walaupun sudah berusia hampir tiga puluh tahun, namun menara ni masih lagi tegak berdiri megah sebagai salah satu mercu tanda bandar Seoul!

Menara ni mmg terkenal dikalangan pelancong...lagi-lagi pasangan kekasih yang nak cinta mereka kekal lama...kenapa..?



Haaa!

Kat sini juga la tempat yang paling popular untuk pasangan kekasih sebab mereka nak letakkan tanda cinta mereka, macam biasa la...kuncikan mangga yang tertulis nama kita dan pasangan kemudian buang la kunci dia supaya takde halangan lagi dalam hubungan kita...

terlalu cliche..?

Tak apa la...sebagai kenangan...Sally letak jugak padlock kat sini...dengan janji yang Sally akan kembali kesini lagi...InsyaAllah!


Oppa takde...?

Takde masalah...ahjusshi kan ada...!



Pada awalnya ingat nak naik teksi, sebenarnya dah naik pun tapi lepas tu kena tipu...turun la pulak naik bas...hehehehe

Macam mana nak kesana, ada 4 pilihan :

BAS, CABLE CAR, KERETA & BAS SEOUL CITY TOUR

Mana nak dapat or macam mana nak naik, korang boleh check kat laman web rasmi N Seoul Tower.

Party of the century by Empire City, Damansara.

2:42:00 PM 7 Comments

Kisah Jumaat lepas tapi entri Jumaat ni...okay la daripada takde kan..hehehe...

Kalau yang dah baca entry Last minute Invitation to The Party of the Century by Empire City!, mesti dah boleh agak ape yang Sally nak ceritakan...Well, sebelum Sally sambung kisah pasal parti ni, I would like to congratulate Mammoth Empire Group of Companies for their effort for this great party and of course, for their incoming Empire City that will be the new attraction in Kuala Lumpur!

Dan seperti yang korang sedia maklum, Sally jadi partner partner untuk BBL (Budak Bandung Laici) dan juga hanya kenal dengan kak Ayue Idris je tapi kat sana mmg havoc and I find more new friends!



Kalau korang pergi ke Empire City ni...mmg surely terkejut sebab building mereka sebenarnya masih under construction tapi bila masuk kat dalam, which is to be specifically will be their soon-to-be olympic size ice rink for Empire City Kuala Lumpur. Excited tak...? Mesti rasa nak suruh dia cepat siap kan..?

Lol!


Yaaahhh...that's me for the night, with the themes of "The Glamorous 1920s". Tak tau la ni dah ikut tema ke tidak yang pastinya dapat jugak masuk! Hahahaha...tapi malam tu semua orang mmg sangat ikut tema dan semua cantik je baju...


A part of blogger yang dapat invitation malam tu..hehehe...kita tak dapat pun..kita teman je...tu yang posing jauh, (#membawadiri) hahahaha... anyway thanks to Syafiera Lewis for this photo!


To BBL & Kak Ayue, thanks sebab tak jadikan Sally makhluk yang anti sosial ye..hehehe

Okay, habis dah sesi terima kasih, penghargaan semua...let's continue with the performance!

Hehehehe....Sally excited g pun sebab nak tgk 2AM je...lepas tu sebab nak makan free...kekeke...tapi overall, mmg awesome night! seronok!




Gambar semua banyak daripada tepi je sebab Sally berdiri kat side VIP tingkat satu..huhuhu...tak rasa nak g berdiri ramai-ramai dekat tengah lautan manusia tu...awak dah la rendah, katik pulak kan..hehehe...Sempat la main jerit-jerit lambai-lambai kat Jo Kwon, Jinwoon, Seulong, and Changmin!

Lepas tu ada Paris Hilton, Mark Vincent (Winner of Australia's Got Talent 2009), Taboo from Black Eyed-Peas, DJ Ken dan beberapa artis terkenal yang Sally tak dapat nak recall...al maklum la...2AM balik je terus dah tak tau nak have fun macam mana..LOL!

Mmg surely a night to be remembered!

Wednesday, January 28, 2015

Pak John Steamboat & BBQ eCurve berhantu.....

3:57:00 PM 17 Comments

Betapa berhantunya restoran steamboat ni sampai Sally datang lagi ke sini...kunjungan pertama boleh baca pada entry (Pak John Steamboat & BBQ eCurve : Christmas Buffet Menu Special)..hahahaha...tak reti nak buat cerita seram la nak oii...hahahaha....Sepatutnya update entry ni beberapa hari lepas...sebab macam dah dua minggu lepas dah perginya...pastu si Nurie g tegur pulak yang takde antara kami bertiga yang update pasal ni...

Kali ni pergi berempat, Nurie dan suami dia, Bella dan jugak Sally...Bajet Blogger Buddies takkan terpisah la...keh keh...Padahal sebab voucher dah nak expired je cerita dia...hahahaha....



Nampak macam bersih je kan meja..?

Padahal sebelum ambik gambar dah settle kan meja kasi kosong...hahahaha...okay, sumpah tipu kalau makan buffet korang makan sikit...ke kitorang mmg makan banyak ek?


Sally rasa nak suggest kat Pak John punya management supaya ambik kitorang jadi duta la...selain daripada suka makan Pak John, kami jugak masih kurus lepas makan...gittew~

Okay, angan-angan yang sangat melampau...

Stress...

Kbai...

Itulah kisah Pak John Steamboat & BBQ eCurve yang berhantu.....sebab ada "Hantu Makan" yang datang..kekekeke

Tuesday, January 27, 2015

RESEPI : Lempeng Warna Warni Suka Hati

4:24:00 PM 15 Comments

Sabtu lepas, ibu malas nak masak katanya...jadinya kelaparan la Sally malam tu...tengok Maggi pun takde...fuhhh, bertambah menderita jiwa dan raga..hahahaha...jadinya tengok kat dapur apa ada dan jadilahhh Lempeng Warna Warni Suka Hati...hahahaha...

Nama tu main-main je...


Konon makan dengan Pandan Kaya, kisahnya jadi la warna hijau..hahahaha...mengada kan...Sally tau masak lempeng ni benda paling senang, tapi just incase kalau Sally sendiri terlupa..LOL...

Lempeng Warna Warni Suka Hati

Telur, Tepung Gandum, Air, Garam, Gula, Minyak masak

6 barang utama dan paling basic sekali. Air ikut berapa banyak tepung yang digunakan, letak garam secubit, letak minyak masak sikit supaya tak melekat, gula sikit (sesudu), letak gula tu option...Sally letak sebab nak bagi stabil rasa je...Kemudian kacau sampai betul sebati dannnn...


Letak je atas non-stick pan, masak sampai garing sikit atau ikut lidah korang laa...dan dah siap!


Lepas tu boleh la makan dengan kaya, Nutella, gula, kari ayam, rendang, sambal ikan bilis dan sebagainya...ikut selera masing-masing...kalau tak cukup, esok pagi boleh buat lagi dengan warna lain pulak...! (refer diri sendiri)


Hahahaha...okay, santai petang! :)

Big Bad Wolf Fire Sale 2015!

2:18:00 PM 11 Comments

Big Bad Wolf kembali lagi...!

Selepas dia menggila pada penhujung Disember yang lepas, boleh refer entry SINI, kali ni dia kembali lagi dengan kegilaan harga buku yang murah! ALL FICTION TITLES semua RM5 jeee....murah gila kot!

Yang bulan Disember lepas Sally tak dapat nak pergi...hopefully yang ni dapat laaa! InsyaAllah! hehehehe...

Date:
2-9 February 2015

Time:
10 am - 10pm

Venue:
MIECC @ Mines

**kali ni tak buat 24 jam...so, jangan la g pepagi buta pulak ye..hehehe

Sunday, January 25, 2015

Travelogue Korea : Random photo & activities

10:28:00 AM 10 Comments

Nama kedai salun rambut yang paling win sekali..! hahahaha


Beg ni yang paling jauh berjalan...

Kuala Lumpur - Japan - Seoul - Jeju Island
Jangan tanya kenapa, semuanya perlu dijawab oleh AirAsia...


 Suka gila tengok iklan ni..sebab dorang cantik sangat..sekali terbaca...

"Top Class Plastic Surgery"


Sejuk, kelaparan, lambatnya subway ni sampai...!


Testing makan Baskin Robbins kat Busan :)


Typical tourist!

Hahahaha....nasib la kat stesen Subway...kalau kat dalam train, segan melampau!


Cuba nak buat aksi yang sama...sekali semua orang pandang...

Dorang ingat tetiba patung dah jadi 4...

Sampai hati...

Saturday, January 24, 2015

Travelogue Korea : Hello Kitty Cafe in Hongdae @ Hongik, Seoul (New Store)

11:17:00 AM 11 Comments
Cuteness Overload!

Tu je perkataan yang boleh Sally gambarkan dengan Hello Kitty Cafe ni...yang Sally pergi ni branch baru yang dibuka...Masih lagi dalam kawasan yang sama cuma dorang berpindah jauh sikit dan kawasan yang lebih lebar dan luas...Masa ke Pulau Jeju haritu, ada la lalu 2-3 kali dekat Hello Kitty Cafe cawangan Jeju, tapi tak sempat pulak nak masuk..hehehe...Cawangan Jeju tu lagi 5 kali ganda besar daripada yg kat Seoul.



Sally puas mencari Cafe Doraemon dalam dunia ni tapi takde...hahahaha...okay, melampau gila statement doooniaaaa tu kan...Well, to be honest...kak Dayang dengan Kak Azura yang minat gila Hello Kitty ni...jadi sebab tak nak kecewakan mereka menapak la jugak cari kafe yang baru ni...




Interior dia all pink and Hello Kitty is everywhere! hahahaha


Cr : domikadoeskado.blogspot.com
Makanan dia..?

Sally tak sempat cuba sebab duit saving untuk shopping..hahaha...jujur kata la...mmg tak murah...satu cawan kopi pun dah beribu harga dia (duit Korea la)..hehehe...so, mmg tak dapat nak bagitau korang sedap atau tidak...tapi kalau dah berjaya bukak besar ni surely la sedap kan...I need a caffeine now!


Hello Kitty Cafe (Coffee & Dessert)

New Address : 18, Wausan-ro 19-gil, Mapo-gu, Seoul, Korea

Friday, January 23, 2015

Travelogue Korea : Nami Island

11:47:00 AM 15 Comments

Pengembaraan Sally ke Seoul, Korea sudah hampir menghampiri penghujungnya. Dua hari terakhir Sally dan rakan-rakan menjengah ke salah satu tempat pelancongan yang popular di Seoul, Pulau Nami (Nami Island). Pulau Nami merupakan sebuah pulau kecil yang terbentuk daripada pembinaan Empangan Cheongpyeong.

Pulau Nami terletak 63 km dari Seoul ke arah Chuncheon, dan terkenal dengan jalan yang dibarisi pokok yang indah. Pulau ini adalah 30 minit dari Chuncheon dan satu jam perjalanan dari pinggir bandar Seoul. Oleh kerana ia tidak jauh dari Seoul, ramai pasangan dan keluarga datang untuk melawat ke sini...Rasanya korang pun ada tengok video perkahwinan yang dibuat kat Pulau Nami ni kan...yang main basikal masa winter tu..hehehehe...
 


Sally sebenarnya suka jalan-jalan tengok kawasan..hehehehe...kat sini korang boleh pilih nak berbasikal, berjalan, atau naik train kecil yang akan bawak kita pusing satu pulau Nami ni...hehehe...tapi kali ni Sally berjalan je sebab kejar masa....lagi satu kalau nak datang Sally sarankan korang bergerak pagi sebab kalau naik Subway, makan masa nak sampai ke stesen Gapyeong, dan kalau korang pandai bajet masa...boleh terus ke Petite France, sebab dekat je pun dengan Pulau Nami ni...So, nanti jimat sikit masa... 63km naik subway serius jauh..hahahaha




Winter Sonata.

Benda yang paling femes dekat sini rasanya...hehehe...tapi Sally mmg suka sangat ke Pulau Nami ni...tempat dia cantik sangat!



Nasi Goncang.

Antara menu wajib korang cuba kat Pulau Nami ni...

Bawah dia ada kimchi, telur, nasi dan ikan tuna...sedap bagi yang boleh makan kimchi...kalau tak mmg susah sikit laa...korang kena goncang nasi ni sebelum makan. Lupa pulak nak ambik gambar selepas dia..hehehe... tapi hati-hati eh...bekas dia sangat panas sebab whole besi...


Pulau Nami (Nami Island / Naminara Republic)

https://www.namisum.com