Cinta zaman sekolah dulu. (Sambungan)

5:05:00 PM Sally Samsaiman 17 Comments


Bukan la sambungan atas desakan...tapi saje nak kasi habis cerita sebab ramai yang salah faham bila Sally kata Sally jumpa dia balik...huhuhu...

Kepada yang blur, baca la Part 1 dulu kasi paham...

Bila Sally cakap Sally jumpa dia balik...sebenarnya Sally jumpa dia lepas masuk sekolah menengah tu...Part jumpa ni lagi sekali lupa...ke Sally actually tak jumpa pun dia ek..? Sally tak ingat laaa...Tapi Sally cuba cerita part yang Sally ingat la ye...

Rasanya dalam bulan Februari (2003) ada satu nombor call Sally (Sally dapat hand-phone masa tingkatan 1)...mmg nombor yang tak familiar laa...Alaaa...Awak pulak nak dapat panggilan sekali dalam sehari pun susah...kalau tak mama yang call mmg tak berbunyi laa...hahahaha...Jadinya angkat jela...


At first Sally mmg tak dapat recall siapa dia...Then borak-borak dan borak....baru la kenal kot...eleeehhh...takkan la tak kenal kan...lama jugak la sampai la Sally tau yang haritu hari lahir dia...Biasa kalau celcom kan boleh call 8pax free seminggu, so, seminggu la Sally kena kacau dengan AF...

Then, dia diam nak dekat 2 bulan lebih...Lepas tu ada orang lain mesej pakai no anonymous...Rupanya AF dah masuk sekolah berasrama penuh, jadinya innocent la bagai tak bawak phone tu...huhuhu...dan masa terus berlalu la...dalam setahun ada la contact 2-3 kali...tu pun kalau dia balik rumah...

Ouh! ada satu insiden yang Sally ingat...

Sebenarnya ada sekali tu patutnya Sally jumpa dengan dia...tapi secara kebetulan la...sebab Sally ada kat area yang sama...tapi Sally lari sebab time tu pakai seluar track dengan tshirt bodoh je..hahahaha...So, I missed my chances to meet him... (even sebenarnya Sally nampak dia, tapi dia tak perasan Sally...hahaha...dah nama pun menyorok)...

Well, actually tak pasti kenapa hilang je lepas tu...Means lost contact laa...Rasanya sebab nombor yang Sally pakai tu hilang...phone hilang to be exact...jadinya Sally guna nombor lain dah...dan that's the end of the uncompleted love between us...

Rasa ralat pun ada, tapi kalau dah takde jodoh nak buat macam mana kan...

But to be honest, I just wanted to meet him again...once and for all...
Saje je...nothing more pun sebenarnya...

Hey Ahmad Fuad, if you're reading this...Let's meet again!

17 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!

Cinta zaman sekolah dulu.

2:18:00 PM Sally Samsaiman 15 Comments


Bila budak-budak masuk sekolah semalam...terus la teringat kenangan lama...hahahaha...biasa la...cinta monyet kot...siapa yang tak pernah alami kan...tapi yang tak boleh terima sebab teringat sejurus lepas Sally solat Maghrib semalam...macam....Hahahha...Sally tau korang nak cakap ape...but haip! haip!


Well, to be honest...ni kisah zaman Sally sekolah rendah...darjah 5 @ darjah 6 to be exact la...Macam mana Sally kenal dia pada awalnya ek..? Lupa dah...tapi he end up be in the same class with me and to be more interesting...dia duduk betul-betul kat belakang Sally...

Kisahnya bila dia duduk bertiga dengan kawan dia kat belakang...dorang berdua mmg suka bercakap dengan Sally kecuali dia...senang nak bagi korang faham, Sally gelarkan dia sebagai "AF"...AF ni sebenarnya pemalu...tak macam kawan-kawan dia yang boleh bercakap 24 jam tanpa henti..hahahaha...

Kisah bermula, bila sebenarnya AF suka kat kawan Sally (darn!)... Hahahaha...Dia mula berbual dengan Sally sebab nak cungkil rahsia pasal kawan Sally...Hahahaha...dan sampai satu tahap, dia akan jadi macam kawan dia yang bercakap dengan Sally 24 jam dan bermula laaaaaa kisahnya bila Sally (Sila isi tempat kosong)......hahahahaha...Zaman tu belum ada hand-phone lagi...Jadinya kat sekolah jela ada masa nak berbual pun....Pulak jumpa masa sekolah agama petang je...sekolah kebangsaan sekolah tak sama...

To be honest, Sally sebenarnya dah tak ingat sangat pasal dia...kalau tengok muka mungkin ingat..hahahaha...tapi still la boleh recall sikit sebanyak kenangan darjah 5, 6 ni...


This is what actually happened!

Hahahaha...Adoi...kenapa la tak nak bagitau awal-awal AF ni..hahahaha...kan kita dua-dua dah makan hati..hehehe...Macam mana Sally tau? Sebab kawan Sally yang pada awalnya dia suka tu, yang bagitau..hahaha...Tau tak rasa bersalahnya sebab he end up fall for me instead of my friend...So, begitu la kisahnya...masuk ke sekolah menengah, Sally tak jumpa dia dah sebab dia sekolah di Setiawangsa, Sally kat Keramat...alaa....padahal dekat je kan tapi kenapa tak jumpa ni...kalau tak dah kawen dah kita sekarang! muahahaha...

Okay, lawak tu tak kelakar Sally. Tak kelakar.

Eh, korang nak Sally sambung cerita ke..? Sebab sebenarnya Sally jumpa dia balik...

Nak ke tak nak? ^_^

15 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!