Cabaran menabung selama 52 minggu!

3:04:00 PM Sally Samsaiman 29 Comments


Lepas Sally muatnaik gambar diatas ni di Instagram, ada ramai yang memberi komen positif tentang amalan menabung ni..Walau hakikatnya memang agak lama kalau kita nak kira 52 minggu itu tapi kita juga kena ingat bahawa menabung ni bukan la usaha sehari dua tapi lebih kepada usaha berterusan dan perlu dilakukan secara konsisten, bak kata pepatah, "Sedikit-sedikit lama kelamaan akan menjadi bukit".

Masih ingat azam kewangan Sally untuk tahun 2015..? Ya, Sally masih lagi menjalankannya dan tabung ini merupakan tabungan kedua yang Sally buat kerana jangka masanya yang agak lama dan tidak membebeankan kerana hanya menyimpan dua minggu sekali dan amaunnya tidaklah sebegitu besar dan masih lagi boleh diusahakan dengan potongan daripada duit berbelanja, tambah nilai telefon dan sebagainya...

Sebenarnya menyimpan ni tidaklah sukar tapi memang memerlukan tahap kesabaran yang tinggi dan konsistensi dalam menyimpan dan yang paling penting, kita kena jujur terhadap tabung. Bagaimana hendak jujur..? Mudah sahaja, jangan mencuri duit dalam tabung tersebut.

Memang tabung itu milik kita tapi bagaimana kita nak capai tujuan kita jika kita kerap "mencuri" daripada tabung tersebut, benar kan?

Ini antara templat untuk azam kewangan Sally untuk tahun 2015, yang RM100 setiap bulan Sally akan terus masukkan kedalam tabungan ASB, kejar dividen atau kalau anda semua masih lagi mencari cara tabungan yang sesuai, boleh juga rujuk di "52 WEEK MONEY SAVINGS CHALLENGE", di sini juga ada pelbagai templat yang sesuai dan salah satunya Sally guna untuk tabungan sambilan.

Selamat menabung!

29 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!