Travelogue Korea : Samcheok Ocean Railbike in Gangwon-do

1:41:00 PM Sally Samsaiman 14 Comments


Samcheok Ocean Railbike (삼척 해양레일바이크) ni mungkin tak ramai yang pernah pergi kerana kawasannya yang ajak jauh daripada bandar Seoul. Terletak di daerah Gangwon-do, Samcheok Ocean Railbike ni merupakan antara kawasan rekreasi yang berlatarbelakangkan lautan.



Dibuka pada bulan Julai 2010, Samcheok Lautan Railbike adalah aktiviti berbasikal roda empat yang bergerak pada rel kereta api sepanjang 5.4km yang terletak di tengah-tengah keindahan laut. Di sini ada 2 stesen untuk kita menaiki basikal ini, stesen pertama ialah stesen Gungchon dan stesen kedua, stesen Yonghwa.


Kali ini Sally memilih untuk memulakan perjalanan daripada stesen Yonghwa kerana stesen Gungchon ditutup sementara untuk kerja penyelenggaraan basikal. Walaupun panjang rel ni lebih daripada 5km, jangan risau kerana akan ada stesen untuk berhenti rehat, tapak tinjauan, terowong lautan, dan banyak lagi tarikan yang membuatkan kita rasa tidak cukup walaupun sudah beriadah sejauh 5.4km.



Setiap basikal mempunyai pemasangan keselamatan (brek keselamatan, dan lain-lain), ia boleh dinikmati oleh seluruh keluarga kerana tidak terlalu memenatkan dan kita boleh bersantai melihat keindahan laut.



Waktu beroperasi :

Daripada Stesen Gungchon
08:30, 10:20, 12:10, 14:20, 16:10 + 18:10 (Musim Panas)

Daripada Stesen Yonghwa
08:40, 10:20, 12:30, 14:20, 16:20 + 18:00 (Musim Panas)

14 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!