Teater Bawang Putih Bawang Merah arahan Eirma Fatima kini di Istana Budaya


Siapa yang suka tengok teater..?

Selepas naskah "Mok Cun" mendapat sambutan yang sangat menggalakkan, kini Eirma Fatima kembali dengan naskah terbaru, teater terbaru arahan beliau yang bertajuk "Bawang Putih Bawang Merah"...Seperti yang kita semua tahu...Bawang Putih Bawang Merah merupakan antara cerita rakyat dongeng yang sangat popular sejak daripada zaman dulu lagi....

Untuk Bawang Putih Bawang Merah, Eirma Fatima selaku pengarah telah memilih barisan pelakon yang sangat hebat untuk menerajui teater ni...antara yang ada termasuklah Nur Fathia Latiff, Juliana Evans, Fauziah Dato' Ahmad Daud, Fazlina Dato' Ahmad Daud, Syarul Ridzwan, Beto Kusyairy, Nabila Huda, Dafi dan pelakon Indonesia, Tya Arifin.


Mak Kundur & Mak Labu

Merah sedang didera oleh ibu tirinya serta adik tirinya



Seperti yang kita semua tahu, Eirma Fatima sangat kreatif...Bahkan dalam teater ini juga beliau telah menambah 2-3 watak yang lain yang mana sedikit pun tidak mencacatkan cerita asal "Bawang Putih Bawang Merah"..Seronok jugak sebab jadi sebahagian daripada media yang ada malam tu...24 jam pegang kamera pun tak ada yang marah..hihihi...



Jujurnya, Sally sangat terpegun dengan dekorasi sepanjang teater berlangsung...semuanya sangat cantik, sangat nampak kelaianan dan lebih "hidup"...Ternyata menonton teater tu sangat berbaloi kan...Rasanya lepas ni Sally juga akan lebih kerap memonton teater, terasa ketagih pula..


Teater ini akan berlangsung bermula 3hb sehingga 9hb Disember! Masih berbaki dua hari lagi untuk tempah tiket...Kalau korang nak menonton teater ni, masih boleh dapatkan tiket di www.airasiaredtix.com atau terus ke Istana Budaya...Tiket-tiket dijual dengan harga bermula RM36 - RM256.

Selamat menonton!

Post a Comment

9 Comments

  1. dah lama tak tgok teater..nanti nak pi la sekali...

    ReplyDelete
  2. bestkan tengok teater.. ehehe adeh kat Penang ni memang jarang le nak ada..

    ReplyDelete
  3. Geng nk tgk teater da balik kampung la plak...hr tu tgk mak cun dah, nk tgk bpbm x de geng la plakkkkk....=(

    ReplyDelete
  4. yeay...akk dah pergi tgk dah....hihi...
    hari yang sama sally pergi..huhuhu...
    betul tu...teater nie membuatkan akk jatuh cinta dengan...hahahahah :P

    ReplyDelete
  5. bestnya kalu dapat pergi tengok teater bawang putih bawang merah

    ReplyDelete
  6. Dah lama tak tgk teater, dah lama tak berteater. Huhu

    ReplyDelete
  7. Nampak menarik teater ini.. sally dah tengok ya?

    ReplyDelete
  8. Best!! Malam tadi azwar pergi tengok. hehee.. Azwar tag kak Sally!

    http://miss-azwarsyuhada.blogspot.my/2015/12/pencarian-blog-terkemas-2015.html

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!