Kaki Selfie! Jom join Peraduan IWK Selfie & Wefie Photo Contest 2015

10:58:00 AM Sally Samsaiman 4 Comments


Sapa yang suka selfie?

Haaa! Ni Sally nak share dengan korang pasal Peraduan IWK Selfie & Wefie Photo Contest 2015 yang dianjurkan oleh Indah Water Konsortium atau IWK...Apa yang korang tahu pasal IWK? Kalau ditanya pada Sally...Sally tentunya teringat tentang sistem pembentungan di negara kita...

Indah Water Konsortium Sdn Bhd (IWK) merupakan sebuah syarikat hak milik kerajaan yang menguruskan sistem pembetungan di Malaysia dan demi mendekatkan diri dengan pengguna dan pelanggan mereka, IWK sekarang sedang menjalankan satu peraduan...iaitu Peraduan IWK Selfie & Wefie Photo Contest 2015 yang bertemakan "IWK & I"...


Cara nak join contest ni pun mudah sangat, korang hanya perlu bergambar dengan IWK, tak kisah la korang nak selfie mahupun wefie ke di mana-mana bangunan IWK atau bersama kakitangan IWK yang bertugas....asalkan kena menggambarkan imej dan mesej yang positif sesuai dengan IWK.

Tempoh Peraduan
1 Disember sehingga 28 Disember 2015

Minggu 1 : 1 – 7 Disember 2015
Minggu 2 : 8 – 14 Disember 2015
Minggu 3 : 15 – 21 Disember 2015
Minggu 4 : 22 – 28 Disember 2015

Pemilihan Pemenang IWK Selfie & Wefie Photo Contest 2015
Pemenang mingguan akan dipilih pada setiap minggu dan akan ada seorang pemenang bertuah daripada empat pemenang mingguan yang mana akan berentap untuk dinobatkan sebagai pemenang ‘People Choice Award’

Cara Penyertaan
Penyertaan hendaklah dihantar melalui email [iwkcontest@gmail.com] dan sertakan bersama (Nama, Nombor Telefon, Alamat. Lokasi gambar, Email dan ‘Caption’ yang bersesuaian dengan gambar yang diambil)

Hadiah Peraduan
1) Pemenang Mingguan – Voucher AEON RM300
2) People Choice Award – Nikon Waterproof Compact Camera 

Kalau korang ada sebarang pertanyaan, korang boleh berhubung dengan IWK..Email sahaja kepada email [iwkcontest@gmail.com] dan untuk maklumat lanjut tentang peraduan boleh dilayari di laman web rasmi Indah Water Konsortium atau Fanpage Indah Water Konsortium

Selamat ber'selfie' dan ber'wefie'!

#iwkselfie2015 #iwkcleantheunseen

You Might Also Like

4 comments:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!