BEST WESTERN PREMIER The Haven, Ipoh


BEST WESTERN PREMIER The Haven, Ipoh | Orang Ipoh atau korang yang nak short vacay di Ipoh, Sally nak cadangkan korang ke The Haven, Ipoh! Haaa...kenapa pulak tiba-tiba Sally cerita pasal Ipoh kan..?

Sally dan beberapa rakan blogger berpeluang untuk menghabiskan masa di The Haven, Ipoh..The Haven ini merupakan condotel (condo + hotel) yang mana sangat sesuai untuk percutian yang menenangkan...Walaupun ianya bertaraf lima bintang tapi masih lagi dengan harga yang berpatutan..





BEST WESTERN PREMIER The Haven dulu dikenali sebagai The Haven Lakeside Residences tetapi telah dinaik taraf selepas mereka diiktiraf sebagai hotel lima bintang dan kini beroperasi dibawah rangkaian Best Western International (BWI), rangkaian hotel terbesar di dunia dengan status "Premier" atau "Lima Bintang"...tetapi masih lagi ada resident permanent yang tinggal disini...

The Haven terdiri daripada 3 tower (Acacia, Banyan, Cycas)..Nama tower ni diambil sempena nama tumbuhan yang ada disekitarnya..Ketiga-tiga tower ni mempunyai 26 tingkat dan mempunyai 512 unit di dalamnya.150 unit diuruskan oleh Best Western International Group dan selebihnya dibuka untuk dijual...haihh! Kalau ikut kan niat dihati...Nak la jugak beli satu..tapi alahai~



Sally tinggal di Tower Banyan ditingkat 15...Kalau korang tgk tower ni daripada luar...dia ada 3 jenis warna yang berlainan...Putih, biru dan hijau yang mewakili tahap ketinggian tower tu sendiri dengan pemandangan dihadapan dia...Putih mewakili awan, biru mewakili langit dan hijau mewakili tanah, tumbuhan.



Keistimewaan The Haven ni terletak pada ekosistem dan pemandangan dia...Kita umpama tinggal didalam hutan yang masih terjaga dan belum diteroka..Haa..yang paling cantik mestilah "Rockhaven".."Rockhaven" ni merupakan batu kapur yang berusia 280 juta tahun setinggi 14 tingkat! Waktu malam sangat cantik bila nampak batu ni tau..







Dekat The Haven ni...ada 5-Level Swimming Pool yang berkeluasan 60 meter...yang menariknya swimming pool ni berbentuk Kuda Laut kalau kita lihat daripada atas...Kenapa dinamakan 5-Level Swimming Pool? Sebab ianya mempunyai lima kawasan yang berlainan yang boleh kita gunakan...ada Jacuzzi Pool, Leisure Pool, Infant Fool, Lap Pool & Infinity Pool...Kalau korang nak tgk tasik tu daripada dekat...Sally suggest korang ke bahagian Infinity Pool tuu..syok!







Okay, Sally nak share dengan korang pasal condotel pulak...kat sini ada beberapa jenis pakej yang korang boleh pilih...kesemua suite yang ada kat sini mmg sangat luas dan best...antaranya :
  1. 1 Bedroom Lake View Suite
  2. 2 Bedroom Horizon View Suite
  3. 2+1 Bedroom Lakeview Superior Suite
  4. 2+1 Bedroom Lakeview Deluxe Suite
  5. 2+1 Bedroom Lakeview Suite
  6. Bedroom Lakeview Executive Suite
  7. 3+1 Bedroom Lakeview Premier Suite
Harga untuk setiap suite ni berbeza mengikut sudut pandangan dan keluasan yang dipilih...



Setiap suite dilengkapi dengan kemudahan seperti :
  • TV Flat Screen 40 inch
  • Astro Channel
  • Daily housekeeping
  • Laundry Service
  • Safe Deposit Box
  • WiFi Fibre-optic (privately owned by The Haven)
  • Fridge
  • Microwave
Bagi Sally kalau kita datang berkeluarga...mmg berbaloi sangat harga dia...dan dengan ketenangan yang dapat masa kita berada di sini mmg sangat puas hati....Kalau bercuti dengan keluarga mmg sesuai sebab sangat luas condotel dia...















Disini ada pelbagai facilities yang korang boleh guna...antaranya gym, clubhouse, squash court, badminton court, Amphitheater, table tennis room, children playground dan macam-macam lagi...disebabkan The Haven ni ada yang privately owned, jadinya kalau korang nak guna mana-mana court, baik bagtau kat receptionist dulu...yela mana tau kot kalau dan fully occupied ke kan...



Sebenarnya ada banyak benda lagi yang Sally nak cerita...tapi macam panjang sangat pulak..hahahaha...Sally akan cerita pasal poolside bar and restaurant, CUISINES dan pakej untuk team building & pakej perkahwinan dalam entri lain okay?



Best Western Premier The Haven, Ipoh

Jalan Haven (Persiaran Lembah Perpaduan),
31150 Tambun, Ipoh, Perak, Malaysia.

Tel: +605 220 9000
Fax: +605 220 9011

Email: reservations@bestwesternhaven.com.my
Website: www.thehavenresorts.com

GPS Coordinates:
Latitude N - 4°38'14.2
Longtitude E - 101°9'43.2

Check-in from 15:00 | Check-out until 12:00
*Pets are not allowed.

Post a Comment

8 Comments

  1. Ya Allah, cantiknyaa tempat tu kak.. memang Heaven.. hee harga pun berpatutan :D

    ReplyDelete
  2. lawanya.. tapi rate tu aduiiii agak pricey jugak

    ReplyDelete
  3. wow!boleh tahan jugak harga dia..hihi...
    tapi view dia sangat cantik...

    ReplyDelete
  4. peergh.. nama batu tu Rockhaven eh wakaka.. ceq baru tahu..
    infinity pool best.. nampak direct terus kan..

    ReplyDelete
  5. Cantiknyaaaa tempat ni! Wish I can afford the price.

    ReplyDelete
  6. Seriusly...Lawa tempat dia..Lawa sangat2..nak gila dah ni tengok..Harga dia pun..Lap peluh sat.tapi berbaloi la..tempat dia lawa..Siapa Sangka dekat Ipoh ada tempat gini kan

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!