Berzakatlah supaya rezeki bertambah & berkat.

12:15:00 PM Sally Samsaiman 3 Comments


Bercerita tentang zakat ni...sebagai umat Islam sendiri, kewajipan membayar zakat merupakan antara Rukun Islam yang perlu kita jalankan...Walaupun begitu masih lagi ada segelintir yang tidak mahu berzakat kerana takut akan jatuh miskin walhal sebaliknya yang akan berlaku apabila kita berzakat.

Firman Allah..

"Ambillah sebahagian daripada harta mereka menjadi sedekah (zakat) supaya dengannya dapat membersihkan diri mereka daripada dosa dan menyucikan mereka dari akhlak yang buruk.."

At-Taubah, ayat 103
 
Di Malaysia kita ada banyak badan yang menguruskan zakat..Bermula dengan menerima zakat sehingga pengagihannya kepada mereka yang layak untuk menerima...Cadangan untuk penubuhan satu agensi yang dipanggil Pusat Pungutan Zakat di Wilayah Persekutuan telah dikemukakan kepada Pengerusi Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan, (MAIWP) Tan Sri Dr. Yusof Noor.

Pusat Pungutan Zakat, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) adalah agensi yang ditubuhkan oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dan mula beroperasi pada 1 Januari 1991 bertujuan mengutip semua jenis zakat harta.


Pusat Pungutan Zakat bertanggungjawab untuk pengagihan zakat atau program-program agihan kepada lapan asnaf yang layak menerima zakat yang berada dibawah tanggungjawab Baitulmal, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan melalui 28 skim (28 skim bantuan)..ada bantuan yang bersifat jangka masa pendek dan ada yang dalam kategori jangkamasa panjang.. Antara 8 golongan asnaf yang layak menerima bantuan zakat ialah:

1. Asnaf Fakir
Asnaf Fakir ialah orang Islam yang tiada harta atau pendapatan, atau ada harta atau pendapatan tetapi tidak mencapai 50 peratus daripada had kifayah dirinya dan tanggungannya.

2. Asnaf Miskin
Asnaf miskin ialah orang Islam yang mempunyai harta atau pendapatan yang hanya boleh menampung lebih 50 peratus keperluan dirinya dan tanggungannya tetapi masih belum mencukupi had kifayah.

3. Asnaf Amil
Amil ialah pihak yang dilantik oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan(MAIP) untuk menjalankan tugas-tugas pengurusan zakat meliputi pungutan dan agihan.

4. Asnaf Muallaf
Muallaf adalah seseorang yang baru memeluk Islam atau seseorang yang dijinakkan hatinya dalam kalangan mereka yang belum memeluk agama Islam atau yang perlu ditarik simpatinya kepada Islam atau diharap dapat membela orang Islam atau yang perlu diamankan kejahatannya terhadap orang Islam.

5. Asnaf Riqab
Riqab ialah seseorang yang terbelenggu di bawah suatu kuasa atau keadaan yang menjadi hambatan kepada dirinya bagi menjalani kehidupan yang lebih baik.

6. Asnaf Gharimin
Gharimin ialah orang Islam yang berhutang untuk memenuhi keperluan asas diri dan tanggungannya atau kepentingan masyarakat dan tiada keupayaan untuk membayarnya.

----------------------------------------------------------------------------------------

Sekarang ni ada pelbagai medium untuk kita membayar zakat...antaranya:

1.Portal www.zakat.com.my
Kemudahan kepada orang ramai untuk menunaikan zakat (24 jam)
Boleh membuat TAKSIRAN, BAYARAN, SEMAKAN ZAKAT

Cr : www.themalaysiantimes.com.my

2. Aplikasi i-zakat
Boleh dimuat turun dari Google Play dan Apps Store
Menyediakan kemudahan TAKSIRAN, BAYARAN, SEMAKAN ZAKAT

3. Kaunter-kaunter PPZ-MAIWP
Wisma PPZ, Tmn Shamelin
Bangunan Daruzzakah, Lrg Hj Hussien 2 Kg Bharu
Masjid Negara, Jalan Perdana KL
Wangsa Maju, Wangsa Delima 6
Presint 9, Putrajaya
Presint Diplomatik, Putrajaya
Masjid At Taqwa, TTDI
Masjid Abd Raman B Auf, Jalan Puchong
Masjid Imam Al Ghazali, Kepong
UTC Pudu Sentral
Labuan Times Square

Waktu Operasi Kaunter
●Isnin - Khamis (8:15 a.m. - 4:45 p.m.)
●Jumaat (8:15 a.m. - 12:30 p.m.) (2:30 p.m. - 4:45 p.m.)
●Ditutup pada Sabtu minggu pertama dan ketiga
●UTC Sentral Pudu – 8.15 pagi – 10.00 malam
●Dibuka 7 hari seminggu pada Ramadhan & Disember

4. Perbankan Internet
Boleh membuat bayaran melalui perbankan Internet di 13 buah bank yang dilantik

1. www.maybank2u.com.my
2. www.rhb.com.my
3. www.bankislam.biz
4. www.cimbclick.com.my
5. www.ambg.com.my
6. www.hsbc.com.my
7. www.publicbank.com.my
8. www.standardchartered.com.my
9. www.irakyat.com.my
10. www.ocbc.com.my
11. www.affinonline.com.my
12. www.hlisb.com.my
13. www.kfh.com.my

5. Skim Thohir
Boleh memotong zakat secara bulanan dan diselaraskan dengan Potongan Cukai Berjadual (PCB)
Potongan akan tertera di slip gaji bulanan

6. Kaunter Zakat Van Bergerak PPZ-MAIWP
Terdapat 2 buah
Bergerak sekitar Kuala Lumpur dan Putrajaya
Boleh membuat bayaran ,taksiran dan semakan zakat

Orang ramai seringkali memandang PPZ-MAIWP dan BAITULMAL-MAIWP sebagai badan yang hanya tahu mengutip dana Zakat tetapi tidak menyalurkan dana zakat kepada asnaf yang memerlukan tetapi masyarakat silap kerana mereka menerima Wang Zakat dan Mengagihkan Wang Zakat kepada pihak yang layak menerimanya mengikut prosedur yang sistematik dalam memastikan ia tidak disalahgunakan.

Selain itu, masyarakat juga selalu melihat PPZ-MAIWP melakukan peranan KUTIP dan AGIH seluruh Malaysia sedangkan PPZ-MAIWP sebenarnya hanya bertanggungjawab melakukan KUTIPAN hanya di Wilayah Persekutuan.


Bermula 15hb Disember, bersempena Maulidur Rasul...pihak Pusat Pungutan Zakat, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) menjalankan satu kempen membayar zakat secara online, ada banyak hadiah yang menarik untuk mereka yang membayar zakat sebelum 31 Disember 2015..Ini merupakan salah satu cara untuk menyatakan betapa mudahnya untuk kita membayar zakat.

Untuk maklumat lanjut tentang fungsi PPZWP dan juga MAIWP anda boleh layari laman web :

1.Pusat Pungutan Zakat Wilayah Persekutuan = http://www.zakat.com.my
2. Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (Agihan Zakat) = http://www.maiwp.gov.my/i/index.php/perkhidmatan-kami/agihan-zakat
3. Facebook Fanpage PPZ-MAIWP = https://www.facebook.com/myzakat/
4. YouTube.com/ppztv
5. Pusat Panggilan PPZ-MAIWP (pertanyaan berkenaan pembayaran zakat) talian = 1-300-88-5757
6. Facebook Fanpage Baitulmal MAIWP = https://www.facebook.com/baitulmal.wp
7. Pusat Panggilan Baitulmal-MAIWP (pertanyaan berkaitan agihan,bantuan,aduan) talian = 1-800-88-5222/ 012-518 3614/ 012-512 7614

Firman Allah SWT

" Dan dirikanlah kamu akan solat dan tunaikanlah zakat "


Al-Baqarah, ayat 43

You Might Also Like

3 comments:

  1. Marilah kita tunaikan apa yg patut.. insya allah

    ReplyDelete
  2. Semua dah mudah sekarang, tinggal kita yang nak kena laksanakan :D

    ReplyDelete
  3. tanggungjawab kita :)

    banyak juga golongan ye

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!