Pelancaran Rangkaian Pembersih Muka terbaru daripada SAFI - SAFI Men


SAFI Men diinspirasikan oleh gambaran seorang lelaki yang berjaya. Personaliti yang seimbang dan menyeluruh menjadikan mereka individu yang mudah bergaul, dihormati dan disenangi rakan- rakan. Bagi SAFI Men, keseimbangan dalam lapangan kerjaya, kewangan serta sukan dan rekreasi adalah faktor utama untuk maju kehadapan. Beliau tidak mementingkan urusan duniawi, malah menjadikan agama sebagai tiang utama dalam urusan seharian. Penampilan diri yang kemas dan rapi menjadi pelengkap diri agar tampil yakin di khalayak ramai. Sebagai seorang lelaki, penampilan diri bermula dengan pakaian yang kemas serta muka yang bersih dan segar.

Namun begitu, mendapatkan raut wajah yang bersih bukanlah satu perkara yang mudah. Di Malaysia, iklim cuaca yang panas dan lembab serta keadaan jalan raya yang berhabuk merupakan cabaran besar kaum lelaki untuk menjaga kulit muka agar bersih dan tidak kusam. Hiruk pikuk metropolitan yang penuh pencemaran boleh menyebabkan pori mudah tersumbat dengan kotoran dan menggalakkan pertumbuhan jerawat. Permasalahan ini ternyata memberikan kesan kepada konsentrasi serta keyakinan diri kaum lelaki di tempat kerja. Keadaan muka yang berminyak turut memberikan gangguan terhadap keselesaan berkomunikasi dengan rakan sekerja mahupun orang awam.

Memahami impian semua lelaki untuk tampil segak bergaya tanpa kulit muka yang bermasalah, SAFI jenama halal no.1 tempatan berbangga memperkenalkan sebuah kelahiran baru dalam legasi keluarga SAFI, rangkaian penjagaan wajah khusus untuk lelaki- SAFI Men.



Mencoret lakaran baharu dalam salasilah keluarga SAFI, Ketua Pegawai Operasi Wipro Unza (M) Sdn Bhd, Mr Sriram Krishnamurthy berkata “Sejurus melihat keluasan pasaran penjagaan wajah lelaki yang semakin besar, SAFI mengambil peluang untuk mengembangkan portfolio perniagaan ini melalui kelahiran terulung SAFI Men. Kami percaya produk yang tepat serta didikan yang betul terhadap penjagaan kulit wajah lelaki di Malaysia mampu menyelesaikan permasalahan yang sentiasa membelenggu sang jejaka. Kini, SAFI Men adalah jawapannya”

3 variasi baharu SAFI Men yang mampu menentang 3 masalah kulit wajah lelaki hadir dalam kombinasi reka bentuk penuh moden dan trendy. Tiub pembersih wajah berwarna perak dengan seni hiasan khat kufi memberi gambaran islamik kontemporari terhadap rangkaian SAFI Men. Tampil dengan 3 rona maskulin; biru, jingga dan hijau amat selari dengan jiwa sang arjuna yang sentiasa aktif, bergaya dan berkeyakinan.



SAFI Men mengandungi formulasi baharu H2O Cool Cactus yang bukan sekadar melindungi kulit wajah, malah memberikan sensasi kesegaran berpanjangan agar diri kekal aktif dan fokus sepanjang hari. Setiap variasi SAFI Men dipadankan dengan bahan kandungan yang berbeza supaya setiap masalah kulit wajah lelaki dapat ditentang secara spesifik.

Kaum lelaki cenderung mengalami masalah kulit berminyak kerana hormon testosterone lelaki mempengaruhi pengeluaran minyak daripada kelenjar minyak di kulit. Lebih tinggi hormon testosterone seseorang, lebih banyak pengeluaran minyak yang berlaku. Selain itu, lelaki mempunyai pori yang agak besar berbanding kulit muka wanita menyebabkan kulit mudah tersumbat dan penghasilan jerawat mudah berlaku.

3 Variasi SAFI Men memberikan perlindungan yang spesifik serta kesegaran yang berpanjangan kepada setiap lelaki; Pembersih Wajah SAFI Men Dynamic White, Pembersih wajah SAFI Men Oil Control Clay, dan Pembersih Wajah Acne Buster. Kini panas terik, kotoran dan kulit kusam bukan lagi masalah!

Untuk maklumat lanjut mengenai jenama SAFI dan SAFI Men sila layari laman web SAFI, www.safi.com.my

Post a Comment

11 Comments

  1. duta safi lelaki tu handsome..hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. haaa! pasal duta nnt Sally cerita dalam entry yang lain yer!

      Delete
  2. Untungla blh jmpa fatah amin..jeles..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Fattah Amin? sape tu...hahahaha...jangan la jeles cik nor!

      Delete
  3. Salam.singgah sini dik sally....produk safi memang baik...akak pun guna produk safi juga...lepas ni en.hubby akak pun nak guna produk safi men ni...hihi

    ReplyDelete
  4. Terima kasih dik Sally....ndak sabar mau tunggu hadiah dari dik sally...hihi

    ReplyDelete
  5. Safi pon dah ade untuk lelaki jgk sekarang..

    ReplyDelete
  6. safi dh makin maju :D

    ReplyDelete
  7. baru tau ada utk laki, x up to date saya nih,,haha

    ReplyDelete
  8. Kak aiza pun guna produk safi..

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!