Travelogue Taiwan - Ke Kaohsiung Ke Kita?

4:56:00 PM Sally Samsaiman 11 Comments


Finally!

7th November 2015

Sally dengan penuh kerajinan nak update pasal percutian Sally ke Taiwan..Bandar pertama yang Sally pergi, Kaohsiung...Route ke Kaohsiung ni route yang baru dibuka oleh AirAsia tapi bukanlah baru sangat...Airport dia pun tak besar sangat tapi masih lagi okay dan selesa...

Penerbangan Sally ke Kaohsiung mengambil masa 4 jam...Takde perbezaan masa pun Malaysia dengan Taiwan...Taiwan ni sebenarnya kedudukan dia dibawah Korea dan bersebelahan dengan China...Dalam Taiwan ada 15 daerah yang berlainan, tapi kali ni Sally hanya dapat cover 4 daerah sahaja...Sally hanya sempat cover Kaohsiung, Nantou, Taichung dan Taipei..

Kat sini mmg majoriti la orang yang berbangsa Cina, jadinya kalau nak ke Taiwan Sally sarankan korang ada la sedikit basic dalam mandarin / kantonis / hokkien...sebab dorang tak faham English langsung!



Masa ni Sally tak pegang kamera...yang ada cuma kamera phone je...sebenarnya Sally nak share dengan korang gambar flight tu...nampak tak? Hahahaha...comel jela lahaii...hmmm...Sebenarnya Sally jarang nampak flight lain masa dalam penerbangan...tu yang macam eh, eksited! hihihi



Sally suka penerbangan dengan AirAsia kali ni...sebab terasa sangat selesa dan makanan dia fresh gila...Sally tak tau la korang tapi ada ketika mmg kadang tu makanan dia rasa sangat tak fresh tapi kali ni mmg rasa macam betul-betul baru lepas masak...Flight pun sangat smooth, masa landing pun smooth...overall sangat memuaskan..!

Masa naik flight tu sebenarnya agak janggal jugak laa...sebab betul-betul ada Sally, Kak Masha, Kak Nadia, Kak Huda dan sorang lagi perempuan melayu...yang lain semuanya cina! Hahahaha...dorang pun nampak agak janggal masa nampak kitorang sampai ke Kaohsiung...Semua pakat pandang macam datang dari manalah budak-budak ni...alien kah mereka? Hahahaha...sedih!



Sally ada seludup sekor budak biru masuk dalam beg..hihihi...



Yang tuuu Kak Masha...Kak Huda dan Kak Nadia berdua ada kat belakang..sebab kami beli tiket asing-asing...lepas tu malas nak beli seat kan...Jadinya duduk je la mana yang dapat...Sally ni mungkin kebetulan je dapat duduk sekali dengan Kak Masha sebab Sally yang belikan tiket untuk Kak Masha...





Well, this is Kaohsiung guys!

Pandangan daripada atas sebelum landed...cuaca di Kaohsiung lebih panas daripada Taipei...Mungkin sebab kawasan dia dekat dengan laut jadinya agak panas...tapi anyway, we are here already!

To be continued.....

11 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!

3 variasi rangkaian pembersih muka terbaru - SAFI Men

8:51:00 PM Sally Samsaiman 7 Comments




Sebelum ni Sally ada cerita pasal pelancaran produk penjagaan muka terbaru daripada SAFI iaitu SAFI Men kan...So, harini Sally nak share la pasal 3 variasi yang ada untuk para lelaki kat luar sana tu...Sally pun dah bagi abang Sally guna yang 'Dynamic White' sebab muka dia mmg agak kusam sedikit...mungkin sebab terlalu terdedah pada matahari kot...Harapnya lepas ni bertambah baik la muka dia..

Seperti yang korang tau, SAFI Men ni diformulasikan daripada H2O Cool Cactus! Yup...real punya pokok kaktus tau tapi jangan risau sebab mereka takde la ambik spesis yang dilarang...yang Cool Cactus ni dia punya fungsi lebih kurang macam aloevera...haaa...jangan risau okay, yang penting SAFI jenama penjagaan muka halal nombor 1 dalam Malaysia!


Pembersih Muka SAFI Men Dynamic White


Direka khas untuk jejaka yang mempunyai masalah kulit kusam.

Formulasi H2O Cool Cactus melindungi kulit daripada cuaca panas dan kering. Dengan kandungan Whitenol, pembersih ini mampu menyerap jauh kedalam lapisan epidermis bagi mengurangkan penghasilan melanin yang menjadi punca kulit kusam. Saiz Micro Beads yang kecil mampu membersih dengan mendalam serta menanggalkan sel kulit mati. Bila dah cerah semulajadi barulah ori kan! Takpe...sekali sekala tak payah..KPOP original version oo! hihihi


Pembersih Muka SAFI Men Oil Control Clay


Ciptaan khusus buat jejaka yang mempunyai masalah kulit muka berminyak.

Kombinasi unik H2O Cool Cactus dan Kaolin dapat mengawal pengeluaran minyak serta memberikan kesegaran yang nyata kepada kulit muka. Dengan kehebatan Bamboo Charcoal yang menyerap pantas kedalam kulit dan pori tersumbat, ia dapat mengeluarkan toksin secara efektif. Tampil segak bergaya dengan kulit bebas minyak!



Pembersih Muka SAFI Men Acne Buster

Rekaan spesifik buat jejaka yang mengalami masalah jerawat

Gabungan inovasi H2O Cool Cactus dan Anti-Bac memberikan kesegaran sepanjang masa serta melindungi kulit daripada pembiakan bakteria. Dengan tambahan Mushroom Extract, ia membantu mengecilkan pori bagi menghalang habuk dan kotoran daripada tersumbat yang menyebabkan penghasilan jerawat. Rasai kenikmatan kulit bebas jerawat dan bersih alami.

Okay, dah tau yang mana sesuai untuk adik, abang, ayah, tunang, suami korang dah..? Hehehe...Produk SAFI Men ini boleh di dapati di seluruh Malaysia termasuk farmasi, pasaraya dan pasaraya hiper utama....Kat kedai runcit Ah Tong, Pasar Mini Manikam pun mesti ada punya..hihihi..Jangan lupa dapatkan satu ye!

Untuk maklumat lanjut mengenai jenama SAFI dan SAFI Men, korang boleh la layari laman web SAFI, www.safi.com.my

7 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!

Nobody got where they are today by living for tomorrow.

9:30:00 AM Sally Samsaiman 6 Comments



Berpijaklah dibumi yang nyata...Selalu sangat kita dengar...Jadi manusia ni jangan lah kita terlalu mendabik dada, berjalan tak pandang mana tanah...Hidup lah dengan penuh kesederhanaan...Ingat yang kita hanya menumpang dunia Allah yang luas..

Life comes from the earth and life returns to the earth. - Zhuangzi

6 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!

O’Briens Irish Sandwich Café - The power of healthy foods!

11:03:00 AM Sally Samsaiman 13 Comments

Sape suka sandwich?

Sally mmg suka sandwich...suka gila la senang kata...selalunya kalau nak cepat, Sally mmg suka makan sandwich lagi-lagi kalau banyak sayur...Senang kata kalau suruh Sally pilih nasi atau roti, mmg Sally akan pilih roti...Tak kisah la apa intinya tetap takde masalah untuk Sally.

Last weekend, Sally dijemput ke restoran O’Briens Irish Sandwich Cafe...Haaa! Korang pernah dengar tak pasal restoran ni..? O’Briens Irish Sandwich Cafe merupakan sebuah kafe yang telah ditubuhkan oleh Brody Sweeny di Dublin, Ireland. Buat masa ni ada hampir 200 store worldwide dan ada 15 store yang telah dibuka di Malaysia ni...


O’Briens Irish Sandwich Cafe sangat terkenal dengan sandwich dia yang sangat fresh dan disediakan segar setiap hari depan mata kita...Mungkin ada beberapa jenis kafe yang hampir sama konsep dengan O’Briens Irish Sandwich Cafe tapi O’Briens Irish Sandwich Cafe sebenarnya ada kelainan mereka yang tersendiri...



Sally telah ke store yang terletak di dalam pusat membeli belah One Utama, tujuan utama invitation ni sebenarnya untuk memperkenalkan menu untuk Christmas dan juga pihak O’Briens nak berkongsi dengan masyarakat tentang keistimewaan dan kelainan yang ada pada sandwich mereka...Yang paling seronok sekali bila Sally sendiri diberi peluang untuk bekerja dan menyediakan sendiri sandwich Sally dengan bantuan daripada staff O’Briens..Kiranya sambil Sally buat sandwich sambil tu Sally didedahkan dengan segala jenis menu, promosi, demo masakan dan juga segala tips kenapa sandwich mereka sangat unik.

Terima kasih kepada pihak O’Briens dan Seeties yang menjemput Sally...


Nampak tak?

Walaupun demo je...tetap kena jaga kebersihan diri...kena pakai apron, sepatutnya complete dengan topi bagai..hahaha...Yang penting kena cuci tangan dan guna sarung tangan...wehh! Rasa macam dah terus kena kerja kat sini...hehehe...

Ada beberapa orang blogger yang datang pada hari tu...Sally partner dengan kak Nannie Isa (kitepunye.com)...Sebelum membuat sandwich, ada beberapa perkara yang telah disampaikan oleh pihak O'Briens dan yang paling penting sekali mestilah tentang pilihan roti yang ada, menu utama dan kepelbagaian makanan sampingan yang kita boleh nikmati dengan sandwich kita...

Before tu Sally nak kongsi dengan korang O’Briens Fresh & Premium Ingredient yang korang boleh pilih...


Kat sini mudah je...nak dapatkan sandwich yang fresh dan segar...korang just perlu pilih :

Bread + 1 Main Filling + 3 Salads + 1 Sauce
 
Senang je kan...mungkin korang terfikir kenapa ada limitation pada bahan-bahan untuk sandwich kita walaupun sandwich tu pilihan kita...di O’Briens, mereka mementingkan kualiti daripada kuantiti...Mission mereka supaya kita dapat merasai sandwich yang segar, bukan hanya tertakluk kepada kuantiti semata...



Kalau ikut Sally, banyak benda yang Sally nak cuba...hahahaha...tapi percayalahh...satu set sandwich pun korang belum tentu boleh habis...kami pun ada yang berkongsi walaupun pihak O’Briens bagi satu set seorang...Cara-cara nak buat sandwich tu Sally tak nak kongsi..hihi...sebab saje nak bagi korang excited untuk ke O’Briens sendiri dan lihat macam mana proses sandwich korang dihasilkan..hihihi...



Untuk pilihan Sally kali ni...Sally memilih roti Facaccia Shambo dan filling dia Sally pilih Smoked Chicken Thigh dan Chicken Crisp sebagai side filling..hihihi...Filling tu merupakan filling yang special untuk menu Christmas..hihihi...Gambar kat atas tu masa Sally nak toast roti Sally dan juga roti Kak Nannie...Hihihi...nampak macam expert gila kan...Hahahaha...Jujur kata Sally mmg suka gila makan roti...tu yang bila dapat berada dekat dengan roti, banyak filling plak tu yang jadi seronok lebihh...


Yeay! Dah siap jugak akhirnya...Letak dalam plate and ready to go!


Haaa! Ni cikgu Sally yang penat melayan kerenah Sally dengan kak Nannie..hihihi...Sabar je dia melayan dua orang blogger yang mulut lg rajin daripada tangan ni...hihihi...Terima kasih cikgu!




Banyak gila kan variasi menu yang ada...Ni kalau Sally dapat pindah masuk sini...Mau tak nak keluar dahh...Seronoknyaa duduk dikelilingi roti...hahahaha



Yang gambar atas tu Ivy Goh (www.hiphippopo.com) ... Sally dah jumpa dia few times jugak...hihihi...Tu yang elok tangan macam ape bercakap...hihihi...Padahal cerita pasal makanan je pun..hahahaha dan yang bawah tu Kak Masha...hihihi...photographer Sally..mihmih!


 Elok senyum kan...padahal tak larat nak habiskan makanan dah tu...plus semua makanan simpan kat pipi...


The best part of the day!

O’Briens bagi hadiah Christmas in advance...huwaaaa...seronok gila rasa..hikhik...dah la lama tak dapat hadiah kan...dapat pulak hadiah ni...Seronok...! Jangan lupa singgah kemana-mana store yang berdekatan dengan korang ye!

O'Briens Irish Sandwich Cafe (Malaysia)

Lot 11-2 Jalan Kampung Pandan, Taman Maluri, 55100 KL.
O : 03-9281 3646
F : 03-9281 3649

Website: www.obriens.com.my

13 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!

Sekitar Majlis Pelancaran Rangkaian Pembersih Muka terbaru daripada SAFI - SAFI Men

12:58:00 PM Sally Samsaiman 18 Comments


Sally's version!

Yeay! Sally tau ada jugak yang follow pasal event ni kan...elehhh...nak tgk sape...macam la Sally tak tau kannn...hahahaha...okay laa...sebelum mereka yang tak tau pasal ape Sally bebel ni...Sally nak cerita tentang apa yang jadi sekitar Majlis Pelancaran Rangkaian Pembersih Muka terbaru daripada SAFI - SAFI Men...

Majlis ni diadakan di Glasshouse at Seputeh...kepada korang yang tak tau boleh la Google kat mana kedudukan tempat ni...Sally suka environment sekitar Glasshouse ni...macam kita ni ada dalam sangkar laa...tapi sangkar kaca...semua benda kita boleh nampak kat luar...yang tambah best bila kawasan ni macam terletak di lerengan bukit...so, nature view!





Masuk je tengok ada meja ni tesergam indah..okay so mmg confirm la tak salah tempat kan...Sally sebenarnya sampai agak awal kat sini...sebabkan ingat macam jauh tapi lorrr...duduk dalam kereta tak sempat rasa aircond sejuk dah sampai...haaa...dekat sangat kan..?



Majlis start dalam pukul 2.30...Sally sampai pukul 1.15 okay! Hahahaha...gila pantas kan...Majlis dipengerusikan oleh Hefny Sahad...Haaa! Sally pun macam terkejut bila dia tegur Sally...tegur bukan sebab kenal tapi sebab majlis dah nak mula tapi Sally tak reti nak duduk..hahaha...malu kita dia tegur sambil sebut kat microphone okay! kekeke...

Lepas dengar kata aluan daripada Ketua Pegawai Operasi Wipro Unza (M) Sdn Bhd, Mr Sriram Krishnamurthy...Emcee terus perkenalkan duta kepada SAFI Men...yang elok turun daripada tingkat dua guna tangga yang macam selalu guna masa nak naik helikopter tu..hahahaha...Sabar jela...ingatkan kenapa la ada bunyi siren bagai...rupanyaa...duta dia nak turun...kira macam gimik la tuu...

Well, rasanya dah tau kan sape duta SAFI Men kannn...



Okay, duta untuk SAFI Men merupakan pelakon yang sedang meningkat naik, Fattah Amin...Rasanya ramai yang kenal kan walaupun ada kawan Sally mesej tanya sape Fattah Amin...kahkah...sentap tau kalau Fattah baca neh...yang sebelah tu emcee untuk petang tu, Hefny Sahad...

Dalam majlis ni pun Fattah ada kongsi serba sedikit tentang cara penjagaan diri yang dia buat setiap hari...

“Sebagai seorang lelaki yang mengamalkan gaya hidup yang aktif, saya sentiasa menyiapkan diri agar berada dalam keadaan yang sihat dan bersedia. Perkara ini termasuklah penjagaan kesihatan kulit wajah agar tampil segar dan bertenaga. Walaupun sibuk di lokasi penggambaran, saya sentiasa memastikan kulit wajah segar dengan pembersih wajah SAFI Men. Formulasi H2O Cool Cactus memberi sensasi kedinginan yang optimum terhadap kulit wajah lelaki terutamanya ketika cuaca panas terik dan keadaan udara yang berhabuk. Kini wajah saya sentiasa segar dan tidak kusam.”





So, guys! Jangan lupa dapatkan semua variasi ni eh...Produk SAFI Men ini boleh di dapati di seluruh Malaysia termasuk farmasi, pasaraya dan pasaraya hiper utama. Bersama kesegaran yang nyata dengan formulasi H2O Cool Cactus!



Untuk maklumat lanjut mengenai jenama SAFI dan SAFI Men sila layari laman web SAFI, www.safi.com.my



Belanja sikit laa gambar tuan punya blog dengan duta...Bukan selalu boleh bagi korang jeles kan...Hahahahaha...Rasanya lepas ni ada lagi produk yang Fattah akan jadi duta...So, nnt Sally amik lagi gambar dengan dia ye...Saje nak bagi korang jeles..mihmihmih



Tadi Fattah Amin, yang atas ni "Fattah Abis la kotak akuuu"

Cheers!

18 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!

Pelancaran Rangkaian Pembersih Muka terbaru daripada SAFI - SAFI Men

10:57:00 AM Sally Samsaiman 11 Comments


SAFI Men diinspirasikan oleh gambaran seorang lelaki yang berjaya. Personaliti yang seimbang dan menyeluruh menjadikan mereka individu yang mudah bergaul, dihormati dan disenangi rakan- rakan. Bagi SAFI Men, keseimbangan dalam lapangan kerjaya, kewangan serta sukan dan rekreasi adalah faktor utama untuk maju kehadapan. Beliau tidak mementingkan urusan duniawi, malah menjadikan agama sebagai tiang utama dalam urusan seharian. Penampilan diri yang kemas dan rapi menjadi pelengkap diri agar tampil yakin di khalayak ramai. Sebagai seorang lelaki, penampilan diri bermula dengan pakaian yang kemas serta muka yang bersih dan segar.

Namun begitu, mendapatkan raut wajah yang bersih bukanlah satu perkara yang mudah. Di Malaysia, iklim cuaca yang panas dan lembab serta keadaan jalan raya yang berhabuk merupakan cabaran besar kaum lelaki untuk menjaga kulit muka agar bersih dan tidak kusam. Hiruk pikuk metropolitan yang penuh pencemaran boleh menyebabkan pori mudah tersumbat dengan kotoran dan menggalakkan pertumbuhan jerawat. Permasalahan ini ternyata memberikan kesan kepada konsentrasi serta keyakinan diri kaum lelaki di tempat kerja. Keadaan muka yang berminyak turut memberikan gangguan terhadap keselesaan berkomunikasi dengan rakan sekerja mahupun orang awam.

Memahami impian semua lelaki untuk tampil segak bergaya tanpa kulit muka yang bermasalah, SAFI jenama halal no.1 tempatan berbangga memperkenalkan sebuah kelahiran baru dalam legasi keluarga SAFI, rangkaian penjagaan wajah khusus untuk lelaki- SAFI Men.



Mencoret lakaran baharu dalam salasilah keluarga SAFI, Ketua Pegawai Operasi Wipro Unza (M) Sdn Bhd, Mr Sriram Krishnamurthy berkata “Sejurus melihat keluasan pasaran penjagaan wajah lelaki yang semakin besar, SAFI mengambil peluang untuk mengembangkan portfolio perniagaan ini melalui kelahiran terulung SAFI Men. Kami percaya produk yang tepat serta didikan yang betul terhadap penjagaan kulit wajah lelaki di Malaysia mampu menyelesaikan permasalahan yang sentiasa membelenggu sang jejaka. Kini, SAFI Men adalah jawapannya”

3 variasi baharu SAFI Men yang mampu menentang 3 masalah kulit wajah lelaki hadir dalam kombinasi reka bentuk penuh moden dan trendy. Tiub pembersih wajah berwarna perak dengan seni hiasan khat kufi memberi gambaran islamik kontemporari terhadap rangkaian SAFI Men. Tampil dengan 3 rona maskulin; biru, jingga dan hijau amat selari dengan jiwa sang arjuna yang sentiasa aktif, bergaya dan berkeyakinan.



SAFI Men mengandungi formulasi baharu H2O Cool Cactus yang bukan sekadar melindungi kulit wajah, malah memberikan sensasi kesegaran berpanjangan agar diri kekal aktif dan fokus sepanjang hari. Setiap variasi SAFI Men dipadankan dengan bahan kandungan yang berbeza supaya setiap masalah kulit wajah lelaki dapat ditentang secara spesifik.

Kaum lelaki cenderung mengalami masalah kulit berminyak kerana hormon testosterone lelaki mempengaruhi pengeluaran minyak daripada kelenjar minyak di kulit. Lebih tinggi hormon testosterone seseorang, lebih banyak pengeluaran minyak yang berlaku. Selain itu, lelaki mempunyai pori yang agak besar berbanding kulit muka wanita menyebabkan kulit mudah tersumbat dan penghasilan jerawat mudah berlaku.

3 Variasi SAFI Men memberikan perlindungan yang spesifik serta kesegaran yang berpanjangan kepada setiap lelaki; Pembersih Wajah SAFI Men Dynamic White, Pembersih wajah SAFI Men Oil Control Clay, dan Pembersih Wajah Acne Buster. Kini panas terik, kotoran dan kulit kusam bukan lagi masalah!

Untuk maklumat lanjut mengenai jenama SAFI dan SAFI Men sila layari laman web SAFI, www.safi.com.my

11 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!

[Live Update] Opening ceremony of 4 Fingers Crispy Chicken Malaysia

7:46:00 PM Sally Samsaiman 8 Comments


Gilaaa ahh! Sally buat live update kat event wehh! Rare gila ni..hihihi...

Sally ni kira boleh geng dengan Upin Ipin laa...mmg suka gila makan ayam goreng...daripada KyoChon sampai la ke Pelicana semuanya Sally dah cuba tapi harini Sally nak cuba 4 Fingers Crispy Chicken pulak...Mereka ni diasaskan di Singapura dan outlet di Mid Valley ni merupakan outlet pertama di Malaysia... 


Official opening outlet ni pada hari esok, 26th November 2015! Jangan lupa pergi sana ehh nantii! Huihhh...tak sabar rasanya nak makan ayam banyak banyak! hikhikhik...


Sally sempat la tanya kat kawan Sally kat Singapore, katanya antara menu yang best kat sana mestilah ayam goreng dia kan...sama ada soy garlic (original) atau hot, dua-dua tu mmg sedap...Chicken Chop & Chicken Burger pun sangat sedap...hmmm...so, nanti kita tgk apa yang Sally makan dalam menu Malaysia pulak...Jangan lupa baca review Sally kat restoran ni nanti eh!

p/s : Nak cuba coleslaw kimchi macam kat Singapore..

8 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!

Giveaway Poskad Vintage (Bahasa Jerman)

3:13:00 PM Sally Samsaiman 9 Comments




Sally mmg suka sangat kumpul poskad...hihihi...ni dah alang-alang ada orang nak bagi kan...kita join la...mana tau kot boleh tambah lagi koleksi poskad yang sedia ada kan...Korang suka kumpul tak..?

Jangan lupa join eh!

9 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!

SkinSoul Volume Attack Mascara

11:45:00 AM Sally Samsaiman 6 Comments


*kelip-kelip mata*

Maskara dan perempuan tu mmg susah nak terpisah...Sally sebenarnya takde la suka sangat guna mekap atau lebih spesifik guna maskara..hihihi...sebab bagi Sally bila guna maskara ni, rasa macam berat je mata...okay takde kaitan kan...hihihi...Sebenarnya Sally tak suka bila pakai tu rasa mata cantik sangat..hihihi...Nanti ramai yang dari mata jatuh ke hati..eh?

Hari ni Sally nak share dengan korang satu jenama yang tak perlu diperkenalkan lagi, Skin Soul...tapi Sally nak cerita pasal maskara dia...Maskara daripada Skin Soul ni lain sikit daripada yang ada dalam pasaran tau...yang lainnya dia ada fungsi untuk melebatkan dan memanjangkan bulu mata kita! Haaa...best kan? Selalunya kita cemburu bila nampak bulu mata orang panjang, lebat kan...tapi Skin Soul bantu kita untuk dapatkan bulu mata yang panjang dan lebat dalam masa 8 minggu je!



Macam sebelum-sebelum ni...Sally ada cerita dengan korang pasal Skin Soul ni...yang bestnya produk ni mmg tiada paraben mahupun prostaglandin; dan yang paling penting Skin Soul menggunakan ekstrak Mulberry sebagai bahan utama...

Kenapa dengan Mulberry?

Ekstrak semulajadi yang terdapat pada Mulberry telah terbukti kaya dengan poly-nutrients dan vitamin yang mampu memberikan nafas baru pada folikel rambut, menyuburkan rambut, mengekalkan warna dan mengelakkan keguguran rambut. Fungsi antioksida yang ada dalam ekstrak Mulberry ni mampu melindungi folikel rambut dari kerosakkan..Rambut kat sini kita cerita pasal bulu mata la tau...

Haa! Ini la perjalanan nak dapatkan bulu mata yang panjang dan lebat...Kalau guna maskara yang lain semuanya panjang dan lebat sementara je, tapi maskara Skin Soul ni jadikan bulu mata kita panjang dan lebat secara kekal..Walaupun ambil masa untuk dapatkan tapi kira berbaloi la sebabnya kita dapat yang kekal, bukannya yang palsu yang kita kena pakai, siap gam bagai tu...Suka tak? Ini kalau Che Ta tau...dengan dia sekali pun tukar guna Maskara daripada Skin Soul..eh? Hihihi...


Kat sini korang boleh tengok macam mana maskara ni memanjangkan dan melebatkan bulu mata kita dalam masa 8 minggu...haaa...lepas ni jangan nak kata bulu mata tak panjang, tak lebat pulak...guna je maskara ni dan dapatkan mata yang cantik!

Harga bagi SkinSoul Volume Attack Mascara ni hanya RM195 sahaja...Nampak macam mahal kan tapi berbaloi la daripada kita nak pergi buat eyelash extension yang mahal dan menyakitkan tu...Paling kurang mascara ni korang mesti guna setiap hari...Hehehe..buat macam makan nasi, pakai hari-hari mesti dapat hasil yang seperti mana korang mahukan...

Kalau korang rasa masih lagi mahal, Sally nak share dengan korang code #SSSally yang boleh korang gunakan untuk dapat special price! Korang pergi je kemana-mana branch, Mid Valley pun okay...gunakan code #SSSally. Yang paling penting korang kena tunjuk yang korang dah sedia follow blog Sally dan dah like Facebook Skin Soul.

Dengan code tersebut, korang akan dapat:
  1. Membeli SkinSoul SkinShield Travelling Set dengan harga promosi, hanya RM388 (NP: RM500)
  2. Korang jugak entitled untuk mendapatkan SkinSoul SkinShield Set yang berharga RM100 dengan setiap pembelian minimum RM100 atau lebih dalam satu resit yang sama. 

**T&C Applied

So, cepat-cepat singgah mana-mana kedai SkinSoul dan gunakan code #SSSally tau!

SkinSoul Boutique
Level LG077, MidValley MegaMall

Website
http://www.skinsoul.com.my/

Facebook
https://www.facebook.com/skinsoul

6 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!

Wordless Wednesday! [Romeo face]

8:00:00 AM Sally Samsaiman 10 Comments


Muka mat Romeo dengan bunganya..hihihi..

10 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!

8 Rules To A Better Life

4:36:00 PM Sally Samsaiman 10 Comments



The most important thing is to enjoy your life - to be happy - it's all that matters. - Audrey Hepburn

10 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!

[Live Update] Reunion SK2 di Port Dickson

10:00:00 AM Sally Samsaiman 10 Comments


Yeay! Live update daripada PD!

Terus terang cakap, ini merupakan reunion yang paling rare yang Sally hadiri..bukan sebab situasi tapi sebab orang-orang yang datang...hahaha...

Percaya atau tidak kalau Sally cakap dorang ni semua kawan-kawan Sally daripada zaman sekolah rendah..? kawan-kawan yang kami saling kenal daripada darjah satu...tahun 1997!! Hahahaha....Reunion ni bukanlah besar sangat dan agak santai...Hanya permulaan untuk berjumpa dengan kawan-kawan yang dah lama tak bertemu...Walaupun ada yang bersama sampai habis tingkatan 5, tapi masih ada segelintir yang dah lama tak jumpa..


Awalnya ada la rasa macam awkward sedikit...mana taknyaa...ada yang Sally tak ingat nama walhal dorang menjerit nama Sally daripada jauh...hihihi....Segan pulak bila tak ingat nama kawan sendiri...Kitorang berkampung daripada petang semalam lagi dan InsyaAllah akan balik kejap lagi...Nanti Sally update penuh pasal aktiviti kat sana ye!

Have a great weekend semua!

10 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!

Grand Prize to Melbourne from Visit Melbourne.

2:28:00 AM Sally Samsaiman 12 Comments


Alhamdulillah!

Itu je yang boleh Sally ungkapkan sekarang...terasa besar betul rezeki yang Allah berikan pada Sally tahun ni...Walaupun tahun ni bukanlah tahun yang terbaik dalam hidup, ada banyak benda yang jadi tapi benarlah apa yang Allah janjikan...setiap orang ada rezekinya, ada ujiannya yang tersendiri...kita sebagai hamba kenalah sentiasa bersyukur, redha dan terima segala perancangan yang telah Allah aturkan pada kita..dan ini merupakan hadiah harijadi yang paling besar Sally terima.

Kan Allah tu sebaik-baik perancang.

Mungkin ramai yang dah tau dan mungkin juga ada yang tak tau kan...Entry ni merupakan entry lanjutan daripada entri teaser yang Sally share kelmarin..........


Jujur kata Sally mmg tak jangka langsung akan menang...Sebulan yang lepas, Sally ada nampak satu contest yang dikongsi oleh travel blogger yang femes, Mr Jocko. Contest ni pada awalnya tentang ‘ACE Melbourne’ yang dianjurkan oleh Visit Melbourne...Sally join pun bukannya sebab nak menang tapi sebab contest ni bukan macam “contest”...

Kita hanya perlu share pasal ape yang kita pernah tgk di Melbourne atau apa-apa yang berkaitan dengan Melbourne atau kenapa kita nak ke Melbourne..Sally dengan grammar tonggang terbalik pun masih cuba kongsi walaupun tau tipis...Jujurnya Sally sebenarnya aim nak dapatkan pakej penginapan di Grant Hyatt Kuala Lumpur..hahaha...tapi Allah tu Maha Pemberi...dia bagi lebih daripada apa yang Sally minta...Mungkin juga rezeki buat ibu sebab Sally tak mampu nak bawak dia berjalan...Selalunya cukup nak bawak diri sendiri je..tapi kali ni boleh bawak dia berjalan...

Kalau korang tanya kenapa Sally cakap tahun 2015 Sally paling bertuah, korang boleh refer entry YA ALLAH! SYUKURRRR!! SALLY MENANG GRAND PRIZE!...


Sebenarnya ni kali kedua Sally menang hadiah Grand Prize untuk ke luar negara, pertama macam dalam entry tu...ke Singapore (penginapan, tiket kapal terbang dan juga tiket VIP untuk menonton konsert solo Jung Yong Hwa)...dan ni kemenangan Sally kali kedua...Sally serius rasa yang Sally takkan ada luck untuk mana-mana contest dah selepas tu sebab Sally rasa tu hadiah yang sangat besar untuk tahun ni...tapi Allah knows best, kan?

Buat masa ni Sally belum ada apa-apa details untuk bile Sally akan ke Melbourne, nanti kalau dah terima Sally akan kongsikan dengan korang ye...Korang doakan segalanya dipermudahkan ye...tak sabar nak jejak bumi Melbourne pulak...

Tahun 2015 – Singapore, Langkawi, Pantai Timur Trip, Taiwan, InsyaAllah; Melbourne.

Terima kasih Visit Melbourne!

12 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!