Persahabatan tu satu rantaian yang ajaib.

11:06:00 AM Sally Samsaiman 6 Comments

Salleha - Nashrah - Fariza - Mak & Abah - Nasyitah - Alia - Sally - Syamimi

Percaya tak kalau Sally cakap...Sally kenal dorang daripada darjah satu? Tahun 1997?

That's a fact..

Semua kat atas ni kawan-kawan Sally daripada zaman sekolah rendah lagi...yang dua orang tu abah dan mak kepada kawan baik Sally, Nasyitah...Basically, kami semua ni bukanlah selalu jumpa...selalu keluar sama...tapi macam ada satu magnet yang buatkan kami ni sentiasa ada bersama...

Macam-macam yang jadi pada tahun ni...Salleha kemalangan sehingga 2 orang pelajarnya meninggal dunia, Fariza kehilangan Nurul Iman (anak) selepas hampir 60 hari Nurul Iman fight untuk teruskan kehidupan, Nasyitah dapat panggilan untuk posting ke Sarawak...dan macam-macam lagi...tapi yang peliknya kami sentiasa ada bila apa-apa musibah berlaku walhal nak jumpa pun bukan main susah...

Tapi Sally yakin, persahabatan tu bukannya kita perlu borak bersama selalu...keluar selalu tapi semuanya ada dalam hati...dalam doa kita...Rasa macam bertuah sangat ada mereka walaupun seluruh dunia menentang kita..Sebenarnya ada lagi ramai kawan-kawan sekolah yang masih berhubung...cumanya tiada dalam gambar ni laa...tapi tak bermakna mereka tu bukan sahabat yang baik...

Sally rasa kawan-kawan sekolah tetap yang terbaik sebab kita membesar bersama...melihat jerih payah sesama sendiri untuk habiskan 11 tahun pembelajaran...Sally tak la kata kawan-kawan zaman diploma, ijazah tu tak sebaik mereka...tapi dalam tempoh kita membesar dan menjadi dewasa, tu ada 2 fasa yang berbeza...kan?



You Might Also Like

6 comments:

  1. seronoknya masih rapat dgn kawan dari sekolah rendah. betul tu, kawan2 dari sekolah rendah tetap yg terbaik sbb kite membesar sama2 dgn diorang. saya ni banyak yg dh lost contact dgn kawan sekolah rendah TT semoga friendship akak kekal sampai bila2!

    ReplyDelete
  2. bertuah sally.. kza rmai yg dh lost contact.. ada pun form 5 huhu..

    ReplyDelete
  3. Salam singgah sini dik sally....bersyukur bila ada kawan yang sentiasa ada bila kita dalam susah senang....

    ReplyDelete
  4. Seronoknya dapat berjumpa dan berkumpul dengan kawan yang kenal sejak dari darjah satu. Saya tak pernah lagi berjumpa balik dengan kawan-kawan darjah satu saya.

    ReplyDelete
  5. Kak aiza memang dah lost contact dengan ramai kawan lama..

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!