Update : 2015 Jung Yong Hwa LIVE (One Fine Day) in Singapore.

7:07:00 AM Sally Samsaiman 22 Comments

Date : 30th May 2015
Venue : The Star Theater, The Star Performing Arts Centre, Singapore
Time : 7pm  

Sally tau ramai yang menunggu entri ni kan...hihihi...Sally pun sebenarnya tak sabar nak cerita tapi kekangan masa buatkan entry ni tergantung...yang sempat pun buat entri teaser je...hihihi....

So, sebelum apa-apa...Sally nak bagitau dalam entri ni mmg akan penuh dengan statement seorang fan-girl yang masih belum move on dan masih menderita post-concert withdrawal syndrome. Hahaha..nampak tak betapa teruknya Sally lepas dapat jumpa Jung Yong Hwa?

Sebelum tu jemput la dulu baca tentang apa yang jadi pada 30th May...hihihi...



"One Fine Day"

Tajuk album solo pertama Jung Yong Hwa...yang dah mula terjual pada Januari 2015...dan sebelum ni dia dah pergi jelajah untuk konsert solo dia di beberapa buah negara dan Singapore merupakan negara ketiga terakhir untuk jelajah konsert solo...

Selepas ni masa untuk Taiwan dan Guangzhou, China sebelum aktiviti yang terakhir...encore "One More Fine Day" di Seoul...tapi rasanya cukup lah dengan One Fine Day (OFD) di Singapore ni yang Sally pergi...

Sally sampai kat venue tu dalam pukul 4pm...sebab ada sesi interview sebagai pemenang grand prize anjuran One TV Asia (One HD)...dan Sally masuk ke arena pkul 6.45pm...tapi betul la...sepanjang Sally ke konsert...mmg Sally "bercuti", jadinya mmg tak risau sangat...

Masuk dalam tu...walaupun sepatutnya start pukul 7.00pm...tapi start agak lewat sikit...kalau tak silap Sally dalam pukul 7.20pm...estimate ada 4,000 crowd yang dah mula menanti sejak tengahri lagi... VIP seat Sally adalah pada row 13 daripada stage...dekat tapi masih jauh..huhu


Masa ni gagah pakai phone...padahal ada je kamera dalam beg...hihihi...lepas stress baru keluarkan kamera...boleh macam tu..?

Yong Hwa mulakan konsert dengan lagu daripada album One Fine Day yang bertajuk Without You......Set list dia Sally tak ingat...tapi yang penting Yong Hwa ada nyanyi lagu Ryu Can Do It, dan medley lagu-lagu CNBLUE dalam susunan muzik yang berbeza...lagu seperti Lady, I'm Sorry dan Can't Stop...

Part yang paling melting sekali....

Google's

Percaya laa...selain daripada tengok dia main gitar, Sally paling lemah bila tengok dia main piano...rasa nak tampor tangan dia tu sebab...haihhh...speechless! Masa dia main piano dia kalau tak silap Sally untuk lagu Last Leaf (OFD Album), Like A Child, Feeling...

Pengsan la nak oii tengok mamat dia...hahahaha...Jujur kata, Yong Hwa bukan jenis macam idol yang lain...dia mmg tak reti menari...serius tak...Yong Hwa menari ialah salah satu keajaiban dalam dunia CNBLUE tau...hihihi...




 Sampai sekarang...lagu favorite Sally, You Fallen For Me (OST Heartstring) mmg selalu Sally nantikan dalam setiap konsert...dan yes! He's sing the song! Rasa nak pengsan bangun balik je tau..hahahaha... Cuma bezanya, susunan muzik yang sepatutnya balada tu ditukar menjadi rock...sekali la lagu Love Light dan Banmal Song...

Seperti yang korang tau...dalam album ni Yong Hwa ada berkolabrasi dengan beberapa orang penyanyi dan penerbit, Peter Malick daripada America...seperti JJ Lin (Singapore), Verbal Jint (Korea), YDG (Korea)...Walaupun semua partner dia takde...tapi Yong Hwa tetap menyanyi dengan baik...kesian tengok dia kena cover semua part rakan duet dia...lagu-lagu seperti Energy, Checkmate (Mandarin) dan Mileage mmg best!


Dalam konsert ni jugak, Yong Hwa sempat kenalkan semua yang ada yang membantu sepanjang konsert dia...seperti band dan jugak penyanyi latar dia...hihihi...percaya la...Yong Hwa sangat nakal! hihihi...

(errr...tadi dah bagitau entri ni mmg akan penuh dengan statement seorang fan-girl yang masih belum move on dan masih menderita post-concert withdrawal syndrome kan?)

Oh! benda yang paling Sally bangga bila Yong Hwa punya English dah bertambah baik... Dia boleh la communicate sepanjang masa dengan bahasa inggeris...tau tak feeling macam mak-mak yang masa anak dia pandai cakap ABC? Hah! macam tu la yang Sally hadapi..hihihi...tapi dia ni mmg laa...siap boleh cakap yang dia dah pandai cakap English sebab nak on tour ke Singapore...hihihi...

I am so proud of him...like seriously!

Yang tak boleh blah bila dia tambah "lah" dalam sleng English dia... "can laa"...hahahaha...comel!

Yong Choding...

Tu nama panggilan dia sebab perangai dia yang keanak-anakkan tu...haihhh laaa...tengok Yong Hwa ni tak ubah macam tengok budak 5 tahun tau...nakal yang amat...dia siap kacau semua band, penyanyi latar dia...suruh menari la apa laa...padahal tau orang-orang tu spesis macam dia tak reti menari..hihihi...

Selain daripada lagu daripada album sendiri, Yong Hwa ada jugak menyanyi lagu daripada Bruno Mars (Treasure) dan Maroon 5 (Payphone)...semua ni mmg lagu favorite dia....



Persembahan selama hampir 2 jam tu disambung dengan lagu-lagu daripada album One Fine Day yang lain seperti Cruel Memories, Star You, Goodnight Lover dan 27 Years (Peter Malick)...Masa lagu 27 Years ni dorang tunjuk klip video daripada Yong Hwa baru lahir sehingga la sekarang...mmg terasa macam mak-mak yang tengok anak dia membesar...

(nak menangis..haha)

The worst part! 

Bila dia sebut nak nyanyi lagu "One Fine Day", semua dah mengeluh panjang...sebab tu petanda yang konsert ni akan berakhir...haihhh...mmg rasa berat nak habiskan...but life must go on...macam tu haaa sekali feeling dia....kau ado?


"Today is One Fine Day because of you and I will come back again soon, please wait for me.." - Jung Yong Hwa

...and you know you missed him as soon as the concert finished...

Haihhhh... (mengeluh panjang)

**Dalam entri ni tak banyak gambar Sally letak...kalau tak nanti jd photobook plak instead of blog...hahahaha**

You Might Also Like

22 comments:

  1. kak sally . ikenot aa cenni t.t sweet sgt entrynya. hahaha. Singgah pagi ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. I yang tulis lagi kenot tahan air mata...hahaha

      Delete
  2. wah... bukan main lagi skodeng bf sampai ke singapore.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. fully sponsored! jangan banyak bunyi...mihmihmih

      Delete
  3. amboii..seronok ea sally dapat gi sana...happening betul kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. serius kak! mmg one life time opportunity...sally rasa macam sangat beruntung masa tu

      Delete
  4. Wow bestnya.. pengalaman yg berharga.. menarik. Congrats Sally... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih Khir! mmg sangat memoriii!

      Delete
  5. jujurnya i pun joined contest tu. bila announce winner terus kecewa. hahaha. hari ni saja la duk gatal tangan google nama sally dengan harapan jumpa la fb ke blog ke cerita pasal concert ni. Sekali memang ada laaaaaaaaaaaaa. Hahaha. Glad that you had fun *mode: jealous big time!*

    Salam kenal :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nazla...ouhhh...I'm so sorry sbb I pun xtau yg I menang...jujur kata I nak goodies tu sesangat sbb I ingat I takkan menang...hihihi...tapi mmg alhamdulillah!

      kalau I tau, I ajak you..hihihi

      Delete
  6. mampu tengok dalam youtube je... nasib baik ada org upload... he he he...

    ReplyDelete
    Replies
    1. usha la TannyBoice punya video...semua depan-depan :)

      Delete
  7. Kak Sally pakai camera apa? Cantik sangat gambarnya :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Guna compact camera kawan...ihsan drpd kawan akak...hahaha

      Delete
  8. Wowww best nye~ Kan best klau dia bawak minhyuk. Tp ni solo, best gak lagu ost heartstring tu. memang enjoy la klau dgr suara dy. .Skr tgh mereput sebab TRB . adoiii, . Abang2 BITIYES ni datang time i xde duit. hhahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mmg tak la nak bw minhyuk kalau dah solo album tour kan...huhu.. Hahahaha...tu x bole nak buat ape laaa...dah lama rasanya keluar details pasal TRB? Hihi

      Delete
  9. baru tau yg yong hwa ni x pandai menari hahaha. nampak dkt sangat tempat duduk kak sally dgn stage tuu :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semua ahli CNBLUE mmg tak reti menari...setakat goyang-goyang tu boleh laaa...hahahaha...err...dekat tapi jauh...terima kasih kamera Sony! (*^▽^*)

      Delete
  10. btl la sally,akk termiss entry ni...huhuhu...
    seronok betul...

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!