Tanggungjawab pada keluarga atau diri didahulukan?

9:30:00 AM Sally Samsaiman 12 Comments

Sally ni tak reti nak berbahasa puitis bagai...tapi kadang-kadang tu...mmg nak jugak la menulis benda yang bersarang kat hati ni...biasa laa....Bila dah sesak dada, nak share dengan someone...huhuhu...

Hari Ahad, tapi tajuk berat sikit...Kalau korang, tanggungjawab pada keluarga atau diri didahulukan? Ini lebih kepada mereka yang masih bujang dan takde tanggungan lagi laaa....

Sekarang ni Sally bekerja, dan sambung degree secara part-time..Jujur kata, penat sangat...masa yang terluang je tarik buku...sebab kami kan jarang jumpa lecturer...Kalau nak tunggu dia ajar mmg gamaknya tak paham ape laa...mana dia nak kejar masa buat kuiz, test lagi masa seminar...


Bila orang tanya, kenapa belum kawen..?

Selain daripada belum sampai jodohnya, Sally dahulukan ibu...sebab hanya Sally yang bekerja dan ibu dah lama bersara...Biasa laa...kalau ditanya pasal duit EPF, simpanan...tu mmg dah lamaaaaaaa sangat habis..huhuhu...Nak cerita pasal abang pulak...dia lebih selesa goyang kaki je kat rumah..itu kita tolak tepi la...susah bergelar lelaki ni...

So, sebagai "ketua keluarga", atleast pada mata Sally...Kewajipan mencari duit tu mmg terletak pada bahu Sally 100%...Kalau nak cakap penat, lelah, sakit hati, rasa nak give up tu mmg dah menjadi lumrah...hampir tersungkur kalau difikirkan...tapi tetap la dikuatkan diri untuk mencari rezeki buat kehidupan keluarga...Kalau tak Sally yang bekerja, siapa lagi kan?

Bila fikir pasal kawen, rasa macam...haihhhh....macam takut sebab mampu ke nak sara keluarga nanti...Siapa yang nak bantu keluarga kalau Sally takde...huihhh...fikirkan kemungkinan pun dah buat seram...hihihi...Bukan la niat nak menolak jodoh, tapi biarlah buat sementara ni...

Kalau ditanya, tanggungjawab pada keluarga atau diri didahulukan?

Jawapan Sally...keluarga...biarlah diri ni takde dapat kebebasan, janji keluarga hidup gembira...Biarlah tak mampu nak mandikan mereka dengan kemewahan, cukuplah mereka tersenyum bila melihat nikmatnya bersama...

Yang merendah diri,
Sally Samsaiman

You Might Also Like

12 comments:

  1. dont give up sis!! pelan2 je insyallah semuanya akan okay :)

    ReplyDelete
  2. my coment, keluarga lebih utama coz sally tak kawin lagi..of coz kita lebihkan keluarga kan. pasal jodoh tu serahkan aja pada yang Maha Esa, Dia menentukan segalanya. perancangan dari Allah adalah yang terbaik buat kita...inshaAllah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup...sama la macam Sally...Sally sebenarnya bukan kisahkan sangat pasal jodoh tu...cuma itu salah satu jawapan utk mereka yg bertanya laa... :)

      Delete
  3. bila masih bujang , kenalah utamakan ibu . bab abg tu , letak tepi . mkn ke idak , biar dia cari nafkah sendiri ... bila kita ikhlas jaga ibu , insha Allah , dipermudahkan semuanya . Allah akan beri apa yg kita tak jangka . mungkin bukan sekarang atau serta merta . jgn fikirkan sgt psl jodoh . itu urusan Allah . Kalau dah jodoh kita ni jauh lagi , cari bagai nak rak pun x melekat juga . tapi klu mmg dah tiba masanya jodoh yg Allah tetapkan , insha Allah akan dtg dgn mudah . kdg tu dlm keadaan yg kita tak jangka ... ibu itu pasti , jodoh pula rahsia Allah . jadi , utamakan yg pasti ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu CM...Sally sebenarnya bukan kisahkan jodoh...cuma tu kadang-kadang org tak paham apa yg kita tgh lalui...sampaikan perkara pertam yang ditanya bila nak kawen...bukan nak tya kita belajar okay ke, sihat ke, makan apa bulan ni...itu semua mentaliti yang menyedihkan Sally...

      Delete
  4. family 1st ! inshaAllah urusan kite Allah akan permudahkan

    ReplyDelete
  5. Family mesti diutamakan, Insyallah segala urusan akan dipermudahkan. :)

    ReplyDelete
  6. diorang takkan faham apa yang kita rase. ape-ape pun keluarga tetap kena dulukan.

    http://juliajamaludin.blogspot.com

    ReplyDelete
  7. Jodoh tu akan sampai bila tiba waktunya...yang penting, mintalah yg terbaik dgn Allah setiap hari....jgn risau ttg rezeki..tu semua ..itu semua urusan Allah tau!

    singgah blogwalking! salam perkenalan :)

    ReplyDelete
  8. Ada sebuah pepatah dari kampung Ade semoga bermanfaat Sally..." BAHAGIAKAN KELUARGA TERUTAMA IBU SEBELUM KAU BAHAGIAKAN ORANG LAIN ".

    ReplyDelete
  9. be strong kak sally..family first ^^

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!