Demonstrasi Memasak menggunakan Susu Sejat Penuh Krim IDEAL bersama MasterChef Dato’ Fazley Yaakob

Sebelum Ramadhan yang lepas, Sally sempat la ke satu event di Tesco Extra Mutiara Damansara yang mana ada Demonstrasi Memasak menggunakan Susu Sejat Penuh Krim IDEAL bersama MasterChef Dato’ Fazley Yaakob...Yelaa...orang tu dah la pandai masak, dah alang-alang free...Sally sempatkan la jugak diri untuk merasa sendiri makanan yang dimasak oleh beliau..

Sempena dengan bulan Ramadan yang mulia dan musim Raya kali ini, MasterChef Selebriti Dato’ Fazley Yaakob memberi inspirasi kepada kita untuk menyempurnakan resipi ciptaan istimewa yang menyelerakan dengan Susu Sejat Penuh Krim IDEAL. Beliau menyediakan beberapa hidangan inovatif yang pasti menambat selera dan menarik perhatian. Resepinya akan Sally kongsikan nanti ye! Senang je semuaaa...


Di acara tersebut, Chef Dato’ Fazley yang memenangi MasterChef Selebriti Malaysia musim pertama, penyanyi, usahawan, penceramah motivasi dan bapa kepada 3 orang anak berkata, “Saya belajar memasak daripada dua wanita istimewa dalam hidup saya – nenek dan ibu saya. Mereka sentiasa memberi inspirasi dalam pelbagai cara dan satu daripadanya ialah keupayaan mereka untuk mencipta resipi dengan penuh kasih sayang. IDEAL sentiasa dekat di hati kerana ibu saya telah menggunakannya sejak saya kecil. Menerusi kerjasama dengan IDEAL Ramadan ini, saya telah mendapat banyak maklum balas menggalakkan daripada peminat saya bahawa resipi ini telah membantu mereka dalam merancang juadah Ramadan tahun ini. Saya gembira kerana dapat memberi inspirasi kepada mereka untuk mencuba resipi yang inovatif dengan IDEAL .”


IDEAL bersama dengan MasterChef Dato’ Fazley telah menjayakan demonstrasi memasak untuk berkongsi pelbagai resipi istimewa yang dicipta bersama IDEAL sempena dengan musim perayaan; lantas membuktikan keunggulan jenama kegemaran ramai ini sebagai teman sejati untuk memberikan rasa dan tekstur lemak berkrim bagi menyajikan masakan dan manisan enak yang tiada bandingan, baik digunakan semasa membuat kek untuk majlis istimewa, pembuka selera, minuman, manisan mahupun untuk hidangan utama.

Nana, MC untuk Demonstrasi Memasak menggunakan Susu Sejat Penuh Krim IDEAL bersama MasterChef Dato’ Fazley Yaakob
Jujur kata, bukan Dato' Fazley je suka, Sally pun suka susu ni...dia punya lemak, dia punya sedap tu sampai kadang tu dok hirup je susu tu...Masa first Ramadhan, Sally dah cuba buat resepi yang dikongsi beliau, mmg sedap...walaupun ada la sikit ralat sebab tak rasa lemak santan, tapi kalau suruh pilih yang kurang lemak tapi sedap atau yg kurang lemak yang sedap..Sally pilih yang kurang lemak la kan...

Untuk resepi yang mudah dan sedap tu nanti, nanti Sally share dalam entry lain ye!

Untuk maklumat lanjut mengenai Susu Sejat Penuh Krim IDEAL, sila layari www.fndairies.com.

Post a Comment

7 Comments

  1. tau susu nie selalunye wat minum je tp sbnr susu boleh ganti santan...

    ReplyDelete
  2. susu ideal memang sedap!lagi-lagi kalau Dr.Fazley yang masak..hehehe

    ReplyDelete
  3. Wah nampak menarik ..Cepat2 laa share ya Sally

    ReplyDelete
  4. Dato Fazley ni memang all in one

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!