30th May 2015 - Luckiest day ever!

4:28:00 PM Sally Samsaiman 8 Comments

Sebelum mood fan-girl Sally datang dan cerita pasal konsert, Sally nak share kegembiraan Sally sepanjang 30th Mei yang lepas....Sally rasa hari Sabtu lepas merupakan hari yang paling Sally beruntung...kenapa?

Kita mula daripada nak naik flight la ye...

Flight tak la terlalu awal...pukul 8.05...walaupun agak delayed sebab tiba-tiba ada passenger yang tak naik tapi dah check in bag dia...terpaksa la sampai sana lambat sikit...yang Sally tau, duduk elok je dalam flight terus tido..hahahaha...

Sampai sana, driver mmg dah tunggu...dia kata tak lama mana pun tunggu...baru 9 minit...nampak sangat dia kira kan! Uncle Dennis namanya...baik gila...dia yang tolong bawak bag and so on laa...Then dia suruh tunggu sekejap sementara dia nak g ambik kereta, okay la...tunggu...datang satu kereta Sonata...dah mmg confirm tu dia...sekali bukan...hahahaha...

Tunggu lagi and end up lalu satu Mercedes...biar jela sbb takkan plak dia bawak Mercedes datang...dan sekali lagi terkejut sbb dia yang keluar daripada kereta tu...huwaaaa...uncle! kenapa bawak Mercedes...? Dia kata semua kereta dah ada orang guna...sbb ramai orang g Singapore minggu lepas.. (jangan tanya kenapa)...


Bukti okay, Uncle Dennis dengan Mercedes putih dia!

Hahahahha...sumpah seronok gila borak dengan dia...and masa balik pun dia yang hantar ke airport...Mmg janji dengan dia, kalau Sally datang Singapore lagi...Sally sure akan call dia, bukan nak sewa kereta laa...nak ajak minum kopi je!

So, dah sampai hotel...terus ke kaunter...awal lagi masa tu sebenarnya, baru je pukul 11am...tapi Allah permudahkan, dapat check in awal...mmg terus berlari naik ke bilik la...sebab mengantuk! Hahahaha...terus tertido....

Nama hotel Sally, SwissĂ´tel The Stamford. Pasal hotel, nanti Sally update dalam entry lain tau...Bangun tidur dah pkul 2.15pm...Nasib baik tersedar sebab wakil daripada One TV Asia nak datang jemput pukul 3.20pm...tu pun dia sampai awal...nasib baik jugak dah siap...

Daripada hotel, terus ke concert venue, naik cab je sebab staff lain dah tunggu kat venue untuk sesi interview...


Masa interview tu, jangan cakap la gigil dia...harap-harap korang tak tengok Sally kat TV nanti...segan oiii...tapi overall, staff One TV Asia dengan producer dia sangat helpful...even asyik NG je...takde la dorang nak marah Sally...tapi mmg disaster laa...


Lepas interview, mmg cari makan terus...yela...daripada naik flight sampai la ke petang lepas interview tu tak makan...masa tgh berjalan cari makan tu...jumpe dengan Singaporean, mak dengan anak dia...dia tanya whether Sally dah ada tiket atau berminat nak tengok konsert...

and end up, dia bagi Sally 8 tiket! okay, 8 tiket kot! Meroyan la Sally cari orang sape nak tengok konsert tu...hahahaha...walaupun just tiket biasa je...but still sape tak nak tiket free kan...kalau kat Malaysia tu...mmg Sally distribute dalam 4 saat je...tapi nasib baik la Sally on data kat sana, so Sally tweet je kat Twitter dengan #OneFineDayinSG...mmg ramai gila nak...tapi ada 8 je...so, I'm so sorry guys! ada 12 orang yang tak dapat...sebab Sally tgk sape yang mention Sally dulu...


Masa konsert, Sally menang untuk tiket VIP...tapi agak jauh jugak sebenarnya...huhuhu...Row yang ke 13 daripada stage...nasib baik la kamera Sally lepas masuk...hahahaha...apa lagi...mmg ambik gambor la cerita dia kan!

Tempat Sally sangat spesifik! Setiap row ada 10 seat...jadinya seat Sally nombor 5 dan 6...mmg tgh...mmg sangat terus nampak YongHwa...ohmaigggaaaddd..cerita pun nak sengeh dah..hihihi


Walaupun konsert ni sepatutnya kena duduk, tapi takde maknanya nak tgk konsert duduk...hahahaha...ingat ni Istana Budaya?

Yang kelakar bila Slaly sedar, Sally datang konsert dengan pakai skirt...okay, nampak huduh fesyen konsert Sally...hahahahaha...Pasal konsert nanti, Sally buat satu entry khas! hihihi...

Sepatutnya balik konsert, Sally kena naik MRT sebab staff yang jemput Sally tu ada kerja lain...tapi last minute dia contact, cakap nak hantar balik...mmg syukur sangat la kan...jimat pun ye! Hahahahha...balik la naik cab!

Sheryl, if you're reading this...thank you for all your kindness and hope to see you again!

Sampai hotel...terus pengsan! That's how my 30th May gone :)

You Might Also Like

8 comments:

  1. Ya Allah ,akak , ain yang baca ni pun macam nak menjerit bila akak ckp nampak direct terus Yong Hwa. Waaaaaaaaaaaaaaaa. :')

    ReplyDelete
  2. See...impian Sally menjadi mkenyataan kan....congrats dik...im happy for you...

    ReplyDelete
  3. Best gila kak Sally! Tak sabar nak baca deets yang seterusnya.

    Btw, Swissotel tu adik beradik hotel yang saya kerja ni. Tak sabar nak baca review pasal hotel tu juga. Nak tengok apa beza dia.

    ReplyDelete
  4. Gambar perfect! Cantik and clear. Waiting your entry pasal concert tu. Heheh

    ReplyDelete
  5. Memang best la cik sally. Rezeki hang memang murah. dari tiket grand prize kpd tiket 8 bijik tu. alhamdulillah =)

    ReplyDelete
  6. so lucky!! Akak pergi konsert Bigbang tak?

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!