Tempahan Kuih Raya 2015 (KL, Ampang)

4:05:00 PM Sally Samsaiman 6 Comments

Saban tahun...akhirnya Ramadhan yang kita tunggu dah hampir nak berjumpa kembali...Ramadhan pada tahun 2015 ni dijangka akan tiba pada 18th June...ada beberapa hari je lagi nak masuk bulan Ramadhan...yang mana yang kena ganti puasa, harap-harap dah selamat mengganti la ye...jangan sampai bayar fidyah pulak...

Seperti tahun-tahun sebelumnya, Sally dengan kakak mmg akan menjual kuih raya...cuma kadang-kadang tu berubah menu pilihan ikut rasa nak buat dan atas permintaan...hahahaha...tahun ni Sally dan kakak cuba dengan lebih variety kuih raya untuk dipilih...dan suka Sally nak bgtau yang kami mmg hanya menggunakan Buttercup sahaja dalam adunan kuih!

Jadinya, sambil-sambil tu Sally nak promote dekat korang jugak la dengan menulis dekat blog picisan Sally ni..hihihi....


Double Choc Almond (RM22 / 50pcs)

Yang ini mmg specialty daripada kami...mmg resepi ni dah banyak kali kakak Sally olah supaya jadi sesedap atau paling kurang sama taraf la dengan Femes Emess (bukan nama sebenar)...hahahaha...Double Choc Almond mmg akan buatkan korang rasa coklat melt dalam mulut dan crunchiness kacang almond cincang tu mmg akan ada pada setiap gigitan...gittew~


Almond Choc Chip (RM22 / 50pcs)

Yang ini mmg specialty kedua daripada kami...bahan adunan hampir sama dengan Double Choc Almond tapi kita ubah sikit chocolate chunk tu jadi chocolate chip...masih lagi dikekalkan kemeriahan kacang almond tu!


Mazola / Biskut Kacang Peas (RM16 / 50pcs)

Sambil-sambil kita makan kuih western, jangan kita lupa dengan kuih tradisional kita...so, dalam pilihan kuih raya tahun ni kami selitkan juga kuih kacang atau mazola dan kuih kacang peas yang diolah adunanannya daripada biskut mazola tradisional...simple tapi sedap...InsyaAllah!


Rainbow Butter Cookies (RM20 / 40pcs)

Rainbow Butter Cookies atau ada jugak yang panggil biskut lidah kucing kan...mmg sangat menarik perhatian...dan yang ni Sally berani jamin yang korang takkan boleh berhenti makan lepas mencuba sekali...Selain daripada warnanya yang menarik perhatian orang dewasa dan kanak-kanak, biskut ni jugak sangat cantik kalau nak buat hamper ke hadiah ke...

Popiah Nestum+Horlicks (RM13 / small bottle @ 350gram)

Alaaaa....yang ni Sally tak sempat nak ambik gambar...tapi korang boleh cuba google je Popiah Nestum+Horlicks, nanti boleh la dapat idea macam mana rupa dia..huhuhu...bila dah siap sample nnt baru Sally update gambar ye...

So far, penghantaran hanya sekitar Keramat, Wangsa Maju, Ampang je...kalau ada yang nak COD tu sekitar station LRT boleh la...Sally kan public user yang tegar...hahahaha...kalau nak pos pun boleh tapi kos pos tu kena bayar sendiri la ye...almaklum laa...bila dah GST ni kena berjimat...

Kalau nak order boleh PM Sally kat FACEBOOK ye...

[Tempahan dibuka sehingga 5 Julai 2015]

p/s :
Sally mmg update awal-awal sebab kakak Sally tgh mengandung 5 bulan...jadinya kerja lebih kepada Sally dengan mama nanti...tapi resepi dalam kepala dia..hihihi...jadinya...fahami la keadaan saya ye..

You Might Also Like

6 comments:

  1. wah da start ke.. maknanya da nak puasa la ni kan...

    ReplyDelete
  2. sedapnya...
    nanti kalau saya nak.. saya roger ye..

    ReplyDelete
  3. Serius dah starttt? Boleh usha2 ni. hehe.

    ReplyDelete
  4. Wow best.. thanks sharing Sally.. terasa Ramadan dah semakin dekat dah.. :)

    ReplyDelete
  5. wahhh busy jadi businesswoman la pula lepas ni ye cik sally.. inshaAllah, moga rezeki menjurus-jurus masuk ye.. aaminn.. =)

    ReplyDelete
  6. semoga bertambah rezeki buat sally dan family..raya on the way..hehe

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!