Komik : Pilih kerana rupa?





Dari Abi Hurairah RA bahwasanya Rasullullah SAW bersabda,

"Wanita dinikahi kerana empat perkara. Pertama hartanya, kedua kedudukan statusnya, ketiga kerana kecantikannya dan keempat kerana agamanya. Maka carilah wanita yang beragama (Islam) engkau akan beruntung.”

Memilih jodoh yang baik adalah langkah awal untuk memulakan sebuah rumah tangga. Dalam memilih calon pendamping kita perlu cermat bukan hanya memilih daripada paras luaran sahaja, agar mendapatkan pasangan yang baik dan sesuai. Namun hal ini kadang-kadang mmg susah kita nak duga, nama pun manusia kan...mmg suka kepada perkara yang cantik dan indah.

Pasangan hidup yang menjadi jodoh memang merupakan ketentuan Allah tetapi sebagai hamba yang baik kita tidak seharusnya diam dan hanya menunggu jodoh itu datang dari langit. Kita diwajibkan mencari dan memilih pasangan sesuai dengan aturan syar’i.

Jadi kalau nak cari jodoh, pastikan kita ambil kira keempat-empat kriteria : Harta, keturunan, kecantikkannya & yang paling penting, agamanya.

Keempat kriteria di atas bukan lah unsur yang wajib ada, sebab seperti yang kita tau, takde manusia yang maha sempurna melainkan Allah tapi kriteria ni hanya sebagai garis panduan dan mereka yang ada kriteria seperti diatas ni, antara mereka yang ideal nak dijadikan pendamping hidup.
 
Okay, sekian komik kita tentang jodoh pada hari ni...
 
^_^

Credit : Pemilik komik yang sebenar

Post a Comment

13 Comments

  1. encemm nyeee .. se hensem iman nya.. heheh
    sejuk hati dapat bakal imam mcm tu =)

    ReplyDelete
  2. betul tu sally, cantik tu bonus.. tpi mulut manusia ni mcm biasa ler.. ada je gosip2 yg tak patut dengar. Sabo dan sabo je In Shaa ALLAH.. ALLAH maha mengetahui.

    ReplyDelete
  3. hehe suka pula baca komik ni. kadang2 rasa kagum dgn lelaki yg tak memilih rupa ni. cukuplah kalau peribadi perempuan tu baik ^^

    ReplyDelete
  4. luaran dinilai berlebihan padahal bukan itu yang kekal (:

    ReplyDelete
  5. ramai lelaki sekarang pandang rupa :(

    ReplyDelete
  6. pernah terbaca; wanita cantik itu lebih banyak fitnah. proses didikan menjadikan lebih banyak lelaki bertukar menjadi dayus. huhu.. jadi biarlah yg sedang-sedang saja.. aiceh..

    ReplyDelete
  7. deep maksud dari komik ni kak sally.... bagus sebenarnya kalau orang tak pandang kita berdasarkan paras rupa semata2 kan.... muka yg cantik boleh berkedut bila tua....hati yang baik kekal selamanya kan.... :D

    ReplyDelete
  8. Agama tu yang paling penting :)

    Paras rupa tu bukannya kekal selamanya.

    ReplyDelete
  9. yg tgk luaran je. hmm.. padahal tu cuma bonus je.

    ReplyDelete
  10. Indeed. Cantik or hensem hanya luaran...dalaman yg penting...

    ReplyDelete
  11. ada lagi ke lagi cemni ? yang macam sorang lagi tu sepah la hehehe..

    ReplyDelete
  12. Assalamualaikum. Saya mohon untuk guna komik Cik dalam slide presentation saya ye.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf ini bukan milik saya, jadi sila kredit kepada pelukis asal komik (Rusydee Artz)

      Delete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!