Faedah membaca surat khabar (UPSR - 2001)

11:40:00 AM Sally Samsaiman 8 Comments

Kalau baca tajuk enty, mesti banyak benda dalam kepala korang tentang faedah membaca surat khabar kan...termasuk la dapat banyak ilmu, informasi, lebih terbuka minda dan sebagainya....

...tapi faedah yang Sally nak cerita ni merupakan salah satu tajuk dalam peperiksaan UPSR yang Sally ambik masa tahun 2001...hihihi...Selepas jawab soalan Bahasa Melayu (karangan), kitorang tunggu la kat luar sebelum nak sambung menjawab paper yang seterusnya...lepas tu datang seorang cikgu lekat satu kertas jawapan kepada soalan Bahasa Melayu (karangan) tadi di notice board tempat nak tengok nombor angka giliran semua tu...

Kami semua pelik kenapa cikgu lekat kat situ...tapi tu cuma salinan la...bukan yang asal...kami baca satu persatu baris setiap yang tertulis dan mmg sah semua terpinga-pinga...!!

Faedah membaca surat khabar.

Pada suatu hari, Faedah ke kedai untuk membeli surat khabar, setibanya dirumah dia tidak sempat membaca surat khabar tersebut dan meminta adiknya untuk meletakkan surat khabar tersebut diatas almari dan bersiap untuk kesekolah..

Sebelum ke sekolah, Faedah sempat melambai kepada ibu dan adiknya dan mengucapkan "babai..babai..." (bye bye) kepada mereka sebelum melangkah kesekolah.

Disekolah, Faedah belajar seperti biasa dan dia teringat tentang surat khabar yang dia beli dirumah...Apabila loceng berbunyi, Faedah bergegas pulang dan sesampainya dirumah, dia mengambil surat khabar yang berada diatas almari dan Faedah membaca surat khabar tersebut.

Lepas selesai baca karangan ni...kami tak tau nak cakap ape...semua berpandangan dan bermonolog tentang siapa yang menulis karangan tersebut....sampai la ke hujung tahun, kami tak tau sape yang menulis...tanya kat cikgu pun dia tak nak bagi tau...sampai la sekarang ni haaa....

Sebenarnya panjang lagi karangan tu tapi Sally ingat beberapa point jela...yang nak ditekankan kat sini tajuk dan isi sangat tidak kena...penulis sebenarnya ingat "Faedah" merupakan nama orang, dan membaca surat khabar tu merupakan perbuatan...

Jujur kata kesian, sebab dah mmg peperiksaan betul-betul tu tapi dia tersalah faham...huhuhuu...entah kenapa tetiba Sally teringat cerita ni...mungkin sebab cikgu yang tampal tu cikgu bahasa melayu favorite Sally...


Dikesempatan ni...Sally nak ucapkan Selamat Hari Guru kepada semua guru-guru di Malaysia, ibu bapa yang telah menjadi guru sejak kami semua dilahirkan dan jugak, special thanks for guru-guru di Tadika Islam Taman Dato' Keramat, Sekolah Rendah Agama Taman Dato' Keramat, Sekolah Kebangsaan (2) Taman Keramat, Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Keramat, Kolej Profesional MARA, Beranang dan last but not least, UiTM Shah Alam...

May all the greatness, happiness is blessed to you guys!

Kepada blogger yang membaca entry ni yang bergelar guru, Sally ucapkan Selamat Hari Guru kepada korang semua...terima kasih kerana sabar mendidik anak-anak Malaysia!

You Might Also Like

8 comments:

  1. guru.. pelita yang memberi sinar tatkala kegelapan..

    terima kasih guru..

    ReplyDelete
  2. Selamat hari guru kpd semua warga pendidik.. tanpa guru matilah ilmu..

    ReplyDelete
  3. Alahai. Tak tahulah nak sedih ke macam mana ke bila baca benda ni.

    ReplyDelete
  4. selamat hari guru jugak kak sally.... lawaknya baca karangan tuh.... camnelah orang boleh terpikir yg faedah uth nama orang kan, pastuh membaca tuh kata kerja jer....kehkehkhe :D

    ReplyDelete
  5. mmg byk sebenarnya yg jawab karangan mcm ni tau.. bapa sy semak paper bm upsr. kalau tgk dia geleng2 kepala tu mcm2 cerita lah yg dia baca.

    oh btw, selamat hari guru cikgu2! hehe

    ReplyDelete
  6. Ada yg tersurat dan tersirat dgn maksug karangan tu kan...by the way...Happy teachers day...

    ReplyDelete
  7. hahaha..keji sangat rasa kalau gelak, tapi memang kelakar..

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!