Bangi Golf Resort - Buffet Ramadhan 2015

3:43:00 PM Sally Samsaiman 12 Comments


BGR Restaurant akan menjalankan Buffet Ramadhan yang bermula dari 21 Jun sehingga 15 Julai 2015. Bangi Golf Resort Restaurant (BGR) merupakan salah satu daripada beberapa buah resort di Malaysia yang menerima Sijil Halal daripada JAKIM. Buffet Ramadhan di BGR ini menawarkan pelbagai jenis sajian istimewa sehingga hampir 200 pilihan!

Saban tahun, Ramadhan merupakan antara bulan yang kita menanti dengan penuh debaran...disamping mempertingkatkan amalan pada bulan tersebut, jamuan makan juga antara perkara yang menjadi asas penting...Kadang-kadang tu bosan juga kalau asyik masak atau pun berbuka dengan makanan yang dibelikan..? Apa kata tahun 2015 ni buat kelainanan dengan berbuka di Bangi Golf Resort!



Ada pelbagai menu pencuci mulut...sebab Sally mmg peminat pencuci mulut jadinya kita tengok menu pencuci mulut dulu laa...hihihi....Memang la Sally rambang mata bila dapat makan pelbagai jenis pencuci mulut yang kecil comel macam Red Velvet Cake, Chocolate Fudge Cake, Young Coconut Jelly, Crème Caramel, Mix Berry Panna Cotta dan ciptaan eksotik mereka yang terbaru - Infused Chocolate Ganache Tartlet...Selain daripada menu ala-ala western ni, ada juga kuih-kuih tradisional, agar-agar, buah-buahan..Bahagian kedua yang paling kerap Sally kunjungi ialah Spanish Churro ‘Live Station’. Di sudut ini, terdapat pelbagai jenis kek dan buah potong yang disaluti dengan coklat yang pekat!



Di Bangi Golf Resort (BGR), Menu kambing bakar merupakan specialty mereka dan manjadi antara menu yang paling cepat habis pada tahun lepas...So, kalau nak makan kat BGR nanti...jangan lupa cuba kambing bakar dan juga Sup Kambing Mamak! mmg terangkat!

Kalau korang yang tak makan kambing, boleh la cuba makan satay ayam dan daging yang turut menjadi antara menu penting...haiya! semua sedap macam mana??

Di bahagian Western Appetizer pula, para tetamu disajikan hidangan dengan sentuhan gastronomi istimewa seperti Krim Ayam Salai dengan Bawang Focaccia Panggang serta Sous Vide Eggs with Mushroom Espuma. Bagi pilihan masakan Barat yang lain yang lebih enak dan klasik, BGR juga turut menyediakan Beef Lasagna, dan Grilled Boneless Chicken with Creamy Mushroom Sauce.

Sous Vide Eggs with Mushroom Espuma.
Dibahagian Menu Utama Tempatan dan Masakan Timur, ada masakan yang sentiasa menjadi kegemaran rakyat Malaysia seperti Nasi Lemak, Sambal Sotong Kembang, Ayam Masak Ros dan Rendang Tiak Minyak...Rendang dan Lemang pun ada...kot la nak feeling sambil puasa sambil raya ke kan..hihihi...Menu lain seperti Udang Butter, Chicken Teriyaki, Black Pepper Beef dan Fish Fillet Sos Serai...








Pendek kata, korang takkan ada masalah nak selarikan nafsu makan dengan kehendak tu sebab semua benda ada kat sini...tinggal bawak diri dan rajin berjalan jela...
Pada Buffet Ramadhan tahun ini, Bangi Golf Resort akan memperkenalkan konsep ruang dapur terbuka. Ruang moden yang baru dibina ini akan memaparkan 'hiburan di dapur', yang membolehkan tetamu menyaksikan secara langsung chef-chef BGR menyediakan hidangan dan berinteraksi dengan mereka. Pada masa yang sama, tetamu akan dihiburkan dengan alunan muzik Melayu Tradisional yang didendangkan secara live oleh sebuah kumpulan kugiran dari 6:30 petang sehingga 9:30 malam setiap hari.
BGR juga menyediakan sebanyak 800 tempat letak kereta percuma. Kemudahan lain seperti surau lelaki dan perempuan juga disediakan untuk keselesaan tetamu. Jangan risau sebab kawasan dia mmg sangat selesa dan sesuai untuk majlis berbuka puasa bersama rakan atau ahli keluarga...
Untuk tempahan boleh la hubungi mereka, sebab kalau buat tempahan awal, boleh dapat harga yang lebih murah...hehehe...sebab kalau walk-in harga lain tau!
Dewasa : RM55/pax
Kanak-kanak : RM27/pax

Bangi Golf Resort Restaurant

Alamat: No1 Persiaran Bandar, Bandar Baru Bangi, Selangor 43650, Malaysia

Koordinat GPS : 2.95716N, 101.76518E

Tempahan & Pertanyaan : + (60) 3-8925 3728 / + (60) 3-82100265

Waktu Beroperasi: 6:30 pagi sehingga 9:30 malam setiap hari.
Additional Contact :
Nurul Atikah (012-343 1375)
Y. S. Chua (019-377 2982)
Mazhatul Akman (019-315 2039)
Nurul (019-963 0568)

You Might Also Like

12 comments:

  1. Singgah petang..
    wah!sally pun dapat g wat review ek..best nyer...
    sedap² x menu die? :)

    ReplyDelete
  2. meleleh-leleh air liur tengok dessert :P'

    ReplyDelete
  3. alahai...terliur tengok makanan semua tu

    ReplyDelete
  4. nyum nyum nyum, tak sempat nak tawaf rasa semua, rasa yang mana nak makan jer...al-maklumlah bawa hero kannn??? he he he...

    ReplyDelete
  5. Alahai... habislah diet tgk dianye dessert... hohoho..

    ReplyDelete
  6. Kita pernah pergi dulu. pergi dengan staf tempat kerja. best best. tahun ni nak pergi lagi ^^

    ReplyDelete
  7. dulu masa study mmg rajin la ke sini sebab apa2 annual dinner balik2 ni je lah venue dia. sebab dekat sgt dgn ukm kan. tp buka puasa tak pernah pulak merasa. hehe

    ReplyDelete
  8. terima kasih kerana telah me-review-kan tempat nii sebab saya memang tertarik hahaha ada rezeki ada jodoh buka puasa kat situ ramadha nanti :)

    ReplyDelete
  9. Ohoiiii, semua pun nampak sedap!

    ReplyDelete
  10. rumah saya dekat je dgn BGR ni tpi pernah makan buffet kat sini 2 kali jee. tu pun makan buffet ramadhan pun uhukzz

    ReplyDelete
  11. Sedapnyer.. ini kalau dah puasa dan lapar, mau penuh pinggan songlap semua makanan2 ni.. hoho..

    ReplyDelete
  12. Waduh2...laparnya tengok smeua makanan ni...sedap!

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!