Goodies dari Sakae Sushi

12:00:00 PM Sally Samsaiman 8 Comments


Goodies ni Sally dapat masa sesi review makanan di Hei Sushi, korang boleh baca dalam entri Hei Sushi, Alamanda : New Japanese dining experience!

Macam yang korang tau...Hei Sushi ni adik beradik dengan Sakae Sushi jugak...So, disebabkan Hei Sushi belum ada merchandise mereka sendiri...dapat la Sally goodies daripada Sakae Sushi...

Jujur kata Sally tak pernah jejak masuk Sakae Sushi tu...kalau Sushi King ada la jugak jejaknya...


Alaaa...alaaa....semua hijau! Comel sangat tau! hahahaha

Sally suka dengan tea dorang...Kalau korang berkesempatan nak ke mana-mana outlet Sakae Sushi @ Hei Sushi, korang cuba la Genmaicha Tea dia tau!

8 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!

Terbang-terbang....shuuuu~

7:35:00 AM Sally Samsaiman 7 Comments


Sally dah siap-siap nak terbang ni...gittew sekali mukadimah dia..hahaha..

Untuk ke Singapore ni, pihak Astro sediakan penerbangan dengan Malaysia Airlines (MAS)...Sebenarnya kali terakhir Sally naik MAS masa umur Sally 13 tahun...lepas tu mmg stick dengan AirAsia je...sebab nak murah punya pasal kan...

Flight Sally insyaAllah pukul 8.05am nanti...punya awal sampai kan...pukul 9am dah sampai...tak tau la boleh check in awal ke tidak...hopefully boleh la...nak rehat...nak baring...nak tido!


Doakan Sally selamat sampai ye!

Sally Samsaiman, KLIA (7.35am)

7 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!

Ambik mood #OFDSG #OneHD

3:56:00 PM Sally Samsaiman 11 Comments




Walaupun tak nampak kemungkinan, tapi masih mengharap la One HD bagi surprise esok kat Sally...gittew~
#OFDSG #OneFineDayinSingapore

11 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!

Hei Sushi, Alamanda : Bukan sekadar sushi!

2:32:00 PM Sally Samsaiman 16 Comments


Dengar pada nama dia, nampak macam kedai sushi biasa je kan...tapi Hei Sushi ni ada kelainan pada menu yang ditawarkan...semuanya mmg bagi kita rasa makanan Jepun yang lain daripada yang lain...Senang kata makanan Jepun tapi berkonsepkan kontemporari...hihihi...


Hei Sushi ni mula dibuka di Singapura, dan merupakan restoran sushi pertama yang mendapat sijil halal di Singapura dan dah ada 4 branch di Singapura dan Hei Sushi, Alamanda merupakan branch pertama yang dibuka oleh mereka di Malaysia.

Hei Sushi ni adik beradik juga dengan Sakae Sushi, cuma bezanya pada menu yang ditawarkan...So, jom kita tengok menu apa yang ada...

Flower Tea (RM 7.99)

Masa sampai je restoran ni, kami disajikan dengan Flower Tea...yang uniknya folower tea ni sebab ada bunga dalam teko kecik yang jernih...so, nampak cantik...teh yang disajikan ni merupakan teh Jasmine atau dikenali juga sebagai teh bunga melati..

Siapa peminat sashimi?

Di Hei Sushi ni...mereka ada juga sediakan sashimi yang segar, boleh pilih nak 3 jenis, 4 jenis atau 5 jenis bahan dalam tu...kalau nak lebih pilihan pun boleh jugak...

Omakase Moriawase (RM 23.99-59.99)
Kalau macam yang kat atas ni...ada lebih daripada 8 jenis...octopus, salmon, tuna, scallop dan macam-macam lagi...itu pun kalau korang suka makan sashimi yang mentah laaa...tapi jangan risau sebab sashimi dorang sajikan ni mmg fresh! segar dari ladang...gittew!

Hei Maki (RM 13.99)
Ini kira Chef's Signature laa...dah alang-alang ada kat Malaysia, chef pun buat la menu menggunakan makanan Malaysia...jangan terkejut sebab inti kepada maki ni ialah otak-otak!! Maki ni juga dilengkapi pasangan serasi mereka, timun dengan telur dadar...dibalut dengan rumpai laut, celup tepung tempura dan goreng! Memang lain!

Jackfruit Ebi Maki (RM 15.99)
Ini pun mmg sangat Malaysian-style! Pernah makan maki yang yang berintikan udang tempura dan nangka? Ini lagi rare! Walaupun mungkin nampak sedikit pelik, tapi sebenarnya ini yang paling sedap...nangka dan udang...walaupun agak janggal, tapi yummehh!

Temari Sushi
Sushi yang comel! Hihihii...masa awal-awal nampak dia rasa sayang nak makan...sebab saiz dia yang comel dan yang paling penting sebab dia bulat-bulat...hahahaha...selalunya kita nampak sushi berbentuk bujur kan...tapi kalau di Hei Sushi ni, sushi dia semua bulat-bulat...comel-comel!

Ingredient dia akan berubah dan selalunya ada otak-otak, chicken floss, tuna dan kadang-kadang salmon dengan avocado...dia akan datang dengan 5 biji dalam setiap sajian...

Maguro Steak Rikkyuyaki (RM 22.99)
Jujur kata, ni menu yang paling menjadi kegemaran Sally...walaupun yang ni agak mahal sebenarnya tapi sedap... Masa awal-awal menu ni datang depan mata, Sally ingatkan ianya daging...tapi rupanya menu ni merupakan ikan tuna yang dimasak dengan sos bijan yang beraroma dan disajikan bersama bun yang di kukus...Kalau korang berkesempatan nak kesini, jangan lupa cuba menu ni tau!

Hei Tori Specialty
King Platter
Hei Tori Special & King Platter ni merupakan antara hidangan utama yang ada di Hei Sushi...kedua-duanya mmg sedap...untuk kedua-dua hidangan ni korang boleh pilih nak jadikan dia main course sahaja atau nak datangkan dia sebagai (3 course meal) atau (5 course meal)...terpulang kepada korang laa...Kalau jenis malas nak memilih, pilih je (3 course meal) atau (5 course meal)...senang! Tunggu je dorang hantar...hahaha

Sally suggest Hei Tori Specialty!

dan....yang paling akhir...takkan lengkap rasanya kita makan kalau tak habiskan dengan pemanis mulut atau dessert!

Jack-fruit Temptations (RM8.99)
Nangka dalam menu ni digoreng garing dengan salutan tepung tempura dan di datangkan dengan satu scoop aiskrim berperisa vanila yang disiram dengan sos butterscotch! Sedapnyaaaa...wajib cuba tau!

Secara keseluruhan, Sally suka dengan semua menu yang ada...cuma Sally tak berapa gemar makan sashimi...perut melayu + Korea plak...hahaha...tapi Sashimi ni kalau kena dengan selera, kena cara makan dia, sebenarnya sedap je...

Credit : Facebook Sidney Kan
Kalau berkesempatan, nanti boleh la berkunjung ke Hei Sushi di Alamanda, Putrajaya ye...Rasai kelainan makan Jepun dengan gaya kontemporari..!

Hei Sushi
P03A, Plaza Level, Alamanda Shopping Centre.
(Berhadapan dengan pusat boling dan nak senang cari turun escalator daripada food court)

Facebook : Hei Sushi Malaysia

---------------------------------------------------------------------------------------------------------

UPDATE 2016

Good news!
Hei Sushi are pleased to inform that they are now officially halal certified by JAKIM.
Please like and share this great news with your family and friends.

16 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!

Ya Allah! Syukurrrr!! Sally menang Grand Prize!

9:20:00 AM Sally Samsaiman 42 Comments

Berita baik ni Sally dapat semalam...kalau yang mana friend dengan Sally di Facebook sure dah tau Sally menang apa kan...

Kisahnya bila sebelum ni kan Sally asyik update pasal konsert solo Yong Hwa yang akan diadakan di Singapore pada hujung bulan ni...details boleh baca dalam entri 2015 JUNG YONG HWA LIVE (One Fine Day) in Singapore.

Yes, for your information...Sally akan hadir ke konsert Yong Hwa pada hujung bulan ni...

Kisahnya bila Sally ternampak satu contest yang dianjurkan oleh pihak ONE HD (Astro), disebabkan keadaan poket yang tak berapa nak masyukkk time ni...jadinya Sally cuba la untuk join contest ni dengan harapan Sally menang walaupun sangat tipis peluangnya kan...


Dan...puff! Alhamdulillah mmg Sally yang menang peraduan ni dan menjadi satu-satunya orang yang menang....Sally dapat free trip ke Singapore untuk menonton konsert Yonghwa!

Masa dapat email semalam....mmg terus rasa nak menjerit sebab tak sangka gila Sally menang...punya la berdebar sampai masa jawab call daripada pihak ONE HD (Astro) takut kena prank ke ape kan...tapi mmg betul-betul Sally menang...Habis semua orang Sally contact sebab kat office Sally takde yang minat Korea...hahahaha...nak meroyan pun sorang-sorang je...hahahaha...

Flight Sally dijangka pada awal pagi 30th May, sebab konsert tu waktu malam...dan Sally dapat tiket flight pergi balik secara percuma, penginapan dengan sarapan pagi dan jugak tiket VIP PASS untuk ke konsert Yong Hwa...

Serius, sampai sekarang Sally masih tak dapat nak percaya yang Sally menang...tapi yes, dah back to reality...I'm going to Singapore!

Korang doakan keselamatan Sally dan kelancaran semua urusan pergi dan balik Sally nanti ye...

I'm so excited to meet my virtual hubby! ^^,

42 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!

Wordless Wednesday! [Besties!]

7:30:00 PM Sally Samsaiman 5 Comments





Kita tak sama setiap satunya...Kelainan tu yang membuatkan kita melengkapi satu sama lain :)

5 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!

Wordless Wednesday! [Business]

5:00:00 PM Sally Samsaiman 4 Comments


This is business.

Will always be!

4 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!

Wordless Wednesday! [Small Change]

3:00:00 PM Sally Samsaiman 8 Comments


Haven't you got anything smaller?


8 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!

Wordless Wednesday! [Tanda Bacaan Dalam Al-Quran]

12:30:00 PM Sally Samsaiman 5 Comments


Semoga bermanfaat untuk semua :)

5 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!

Wordless Wednesday! [Tea Infuser]

11:22:00 AM Sally Samsaiman 6 Comments





Kalau Sally, lagi banyak main daripada minum...hihihi

comel!

6 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!

Bangi Golf Resort - Buffet Ramadhan 2015

3:43:00 PM Sally Samsaiman 12 Comments


BGR Restaurant akan menjalankan Buffet Ramadhan yang bermula dari 21 Jun sehingga 15 Julai 2015. Bangi Golf Resort Restaurant (BGR) merupakan salah satu daripada beberapa buah resort di Malaysia yang menerima Sijil Halal daripada JAKIM. Buffet Ramadhan di BGR ini menawarkan pelbagai jenis sajian istimewa sehingga hampir 200 pilihan!

Saban tahun, Ramadhan merupakan antara bulan yang kita menanti dengan penuh debaran...disamping mempertingkatkan amalan pada bulan tersebut, jamuan makan juga antara perkara yang menjadi asas penting...Kadang-kadang tu bosan juga kalau asyik masak atau pun berbuka dengan makanan yang dibelikan..? Apa kata tahun 2015 ni buat kelainanan dengan berbuka di Bangi Golf Resort!



Ada pelbagai menu pencuci mulut...sebab Sally mmg peminat pencuci mulut jadinya kita tengok menu pencuci mulut dulu laa...hihihi....Memang la Sally rambang mata bila dapat makan pelbagai jenis pencuci mulut yang kecil comel macam Red Velvet Cake, Chocolate Fudge Cake, Young Coconut Jelly, Crème Caramel, Mix Berry Panna Cotta dan ciptaan eksotik mereka yang terbaru - Infused Chocolate Ganache Tartlet...Selain daripada menu ala-ala western ni, ada juga kuih-kuih tradisional, agar-agar, buah-buahan..Bahagian kedua yang paling kerap Sally kunjungi ialah Spanish Churro ‘Live Station’. Di sudut ini, terdapat pelbagai jenis kek dan buah potong yang disaluti dengan coklat yang pekat!



Di Bangi Golf Resort (BGR), Menu kambing bakar merupakan specialty mereka dan manjadi antara menu yang paling cepat habis pada tahun lepas...So, kalau nak makan kat BGR nanti...jangan lupa cuba kambing bakar dan juga Sup Kambing Mamak! mmg terangkat!

Kalau korang yang tak makan kambing, boleh la cuba makan satay ayam dan daging yang turut menjadi antara menu penting...haiya! semua sedap macam mana??

Di bahagian Western Appetizer pula, para tetamu disajikan hidangan dengan sentuhan gastronomi istimewa seperti Krim Ayam Salai dengan Bawang Focaccia Panggang serta Sous Vide Eggs with Mushroom Espuma. Bagi pilihan masakan Barat yang lain yang lebih enak dan klasik, BGR juga turut menyediakan Beef Lasagna, dan Grilled Boneless Chicken with Creamy Mushroom Sauce.

Sous Vide Eggs with Mushroom Espuma.
Dibahagian Menu Utama Tempatan dan Masakan Timur, ada masakan yang sentiasa menjadi kegemaran rakyat Malaysia seperti Nasi Lemak, Sambal Sotong Kembang, Ayam Masak Ros dan Rendang Tiak Minyak...Rendang dan Lemang pun ada...kot la nak feeling sambil puasa sambil raya ke kan..hihihi...Menu lain seperti Udang Butter, Chicken Teriyaki, Black Pepper Beef dan Fish Fillet Sos Serai...








Pendek kata, korang takkan ada masalah nak selarikan nafsu makan dengan kehendak tu sebab semua benda ada kat sini...tinggal bawak diri dan rajin berjalan jela...
Pada Buffet Ramadhan tahun ini, Bangi Golf Resort akan memperkenalkan konsep ruang dapur terbuka. Ruang moden yang baru dibina ini akan memaparkan 'hiburan di dapur', yang membolehkan tetamu menyaksikan secara langsung chef-chef BGR menyediakan hidangan dan berinteraksi dengan mereka. Pada masa yang sama, tetamu akan dihiburkan dengan alunan muzik Melayu Tradisional yang didendangkan secara live oleh sebuah kumpulan kugiran dari 6:30 petang sehingga 9:30 malam setiap hari.
BGR juga menyediakan sebanyak 800 tempat letak kereta percuma. Kemudahan lain seperti surau lelaki dan perempuan juga disediakan untuk keselesaan tetamu. Jangan risau sebab kawasan dia mmg sangat selesa dan sesuai untuk majlis berbuka puasa bersama rakan atau ahli keluarga...
Untuk tempahan boleh la hubungi mereka, sebab kalau buat tempahan awal, boleh dapat harga yang lebih murah...hehehe...sebab kalau walk-in harga lain tau!
Dewasa : RM55/pax
Kanak-kanak : RM27/pax

Bangi Golf Resort Restaurant

Alamat: No1 Persiaran Bandar, Bandar Baru Bangi, Selangor 43650, Malaysia

Koordinat GPS : 2.95716N, 101.76518E

Tempahan & Pertanyaan : + (60) 3-8925 3728 / + (60) 3-82100265

Waktu Beroperasi: 6:30 pagi sehingga 9:30 malam setiap hari.
Additional Contact :
Nurul Atikah (012-343 1375)
Y. S. Chua (019-377 2982)
Mazhatul Akman (019-315 2039)
Nurul (019-963 0568)

12 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!

Tempahan Kuih Raya 2015 (KL, Ampang)

4:05:00 PM Sally Samsaiman 6 Comments

Saban tahun...akhirnya Ramadhan yang kita tunggu dah hampir nak berjumpa kembali...Ramadhan pada tahun 2015 ni dijangka akan tiba pada 18th June...ada beberapa hari je lagi nak masuk bulan Ramadhan...yang mana yang kena ganti puasa, harap-harap dah selamat mengganti la ye...jangan sampai bayar fidyah pulak...

Seperti tahun-tahun sebelumnya, Sally dengan kakak mmg akan menjual kuih raya...cuma kadang-kadang tu berubah menu pilihan ikut rasa nak buat dan atas permintaan...hahahaha...tahun ni Sally dan kakak cuba dengan lebih variety kuih raya untuk dipilih...dan suka Sally nak bgtau yang kami mmg hanya menggunakan Buttercup sahaja dalam adunan kuih!

Jadinya, sambil-sambil tu Sally nak promote dekat korang jugak la dengan menulis dekat blog picisan Sally ni..hihihi....


Double Choc Almond (RM22 / 50pcs)

Yang ini mmg specialty daripada kami...mmg resepi ni dah banyak kali kakak Sally olah supaya jadi sesedap atau paling kurang sama taraf la dengan Femes Emess (bukan nama sebenar)...hahahaha...Double Choc Almond mmg akan buatkan korang rasa coklat melt dalam mulut dan crunchiness kacang almond cincang tu mmg akan ada pada setiap gigitan...gittew~


Almond Choc Chip (RM22 / 50pcs)

Yang ini mmg specialty kedua daripada kami...bahan adunan hampir sama dengan Double Choc Almond tapi kita ubah sikit chocolate chunk tu jadi chocolate chip...masih lagi dikekalkan kemeriahan kacang almond tu!


Mazola / Biskut Kacang Peas (RM16 / 50pcs)

Sambil-sambil kita makan kuih western, jangan kita lupa dengan kuih tradisional kita...so, dalam pilihan kuih raya tahun ni kami selitkan juga kuih kacang atau mazola dan kuih kacang peas yang diolah adunanannya daripada biskut mazola tradisional...simple tapi sedap...InsyaAllah!


Rainbow Butter Cookies (RM20 / 40pcs)

Rainbow Butter Cookies atau ada jugak yang panggil biskut lidah kucing kan...mmg sangat menarik perhatian...dan yang ni Sally berani jamin yang korang takkan boleh berhenti makan lepas mencuba sekali...Selain daripada warnanya yang menarik perhatian orang dewasa dan kanak-kanak, biskut ni jugak sangat cantik kalau nak buat hamper ke hadiah ke...

Popiah Nestum+Horlicks (RM13 / small bottle @ 350gram)

Alaaaa....yang ni Sally tak sempat nak ambik gambar...tapi korang boleh cuba google je Popiah Nestum+Horlicks, nanti boleh la dapat idea macam mana rupa dia..huhuhu...bila dah siap sample nnt baru Sally update gambar ye...

So far, penghantaran hanya sekitar Keramat, Wangsa Maju, Ampang je...kalau ada yang nak COD tu sekitar station LRT boleh la...Sally kan public user yang tegar...hahahaha...kalau nak pos pun boleh tapi kos pos tu kena bayar sendiri la ye...almaklum laa...bila dah GST ni kena berjimat...

Kalau nak order boleh PM Sally kat FACEBOOK ye...

[Tempahan dibuka sehingga 5 Julai 2015]

p/s :
Sally mmg update awal-awal sebab kakak Sally tgh mengandung 5 bulan...jadinya kerja lebih kepada Sally dengan mama nanti...tapi resepi dalam kepala dia..hihihi...jadinya...fahami la keadaan saya ye..

6 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!

Sakit.

4:26:00 PM Sally Samsaiman 12 Comments


Sakit badan...seluruh badan...rasa macam nak pitam kat office ni...

Semoga cepat sembuh la hendaknya...

p/s :
Esok Sally ada food review di Hei Sushi, Alamanda & Bangi Golf Resort, Bangi...kalau ada blogger yang hadir nak sample kuih raya..boleh inform Sally nanti tau..email ke PM ke...mana-mana laa...Nanti Sally bawak.. Thanks.

12 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!

Anggun Fusion : Rendang Ayam Peanut Butter vs Asam Pedas Kambing Panggang

3:27:00 PM Sally Samsaiman 12 Comments

Tengok tajuk pun terial-kial nak hadam kan...bercakap pasal Fusion Cuisine ni mmg agak janggal jika kita tak pernah dengar kan...Sally pun pada awalnya macam pelik jugak bila tengok namanya tapi bila kita cerita pasal benda yang pelik ni kan...mmg benda tu akan menarik perhatian...


Beberapa minggu lepas, Sally dapat mencuba sendiri makanan ni...bukan setakat dengar namanya je...Dua menu utama haritu Rendang Ayam Peanut Butter dan Asam Pedas Kambing Panggang...Kalau korang rasa kedua-dua masakan ni...ianya mmg tak sama dengan masakan tradisional walaupun sebenarnya mereka dapat idea tu daripada dua masakan yang mmg cukup terkenal, Rendang dan Asam Pedas....Fusion Cuisine ni senang kata macam inovasi daripada masakan asal dengan merubah bahan-bahan dalam masakan tersebut...


Harini Sally nak kenalkan korang dengan pes segera daripada Anggun Fusion ni...buat masa ni baru ada dua...Rendang Ayam Peanut Butter dan Asam Pedas Kambing Panggang...tapi lepas ni akan ada yang perencah yang lain...Sally tak sabar nak tunggu signature dish yang ketiga dan seterusnya keluar nanti..hihihi...

Ouh! Dalam kotak cantik ni ada perencah @ pes sahaja tau...walaupun nama dia Rendang Ayam Peanut Butter, tapi bukan la macam makanan yang segera dimakan...korang kena tambah daging tu sendiri...Kalau nak buat rendang daging, letak la daging, kalau nak buat rendang rusa, letak la rusa...Kalau udang pun sedap!! :)

Sama jugak dengan Asam Pedas Kambing Panggang, takde kambing dalam tu ye...pes semata dan Sally suggest korang cuba letak daging kambing panggang atau kalau nak kelainan boleh cuba letak seafood tapi yang paling awesome kalau sotong!


Instead of makan dengan nasi, korang boleh cuba makan dengan spaghetti tau! Kalau rajin lagi...boleh bakar dengan brushetta...sedapnyaaa! Sambil menulis ni pun dah meleleh air liur sebab teringat nak makan benda ni...balik ni nak buat Asam Pedas Sotong pulak rasa!

Kalau korang berminat nak rasa, dukacita Sally maklumkan mmg takde jual dekat pasaraya...tapi kalau nak cuba pes ni...boleh terus contact owner dia...Jangan risau...owner dia cantik, baik lagi...hihihi (harap-harap bertambah supply lepas ni)...Hahahaha...tak laa...Sally sebenarnya dah dapat peluang berjumpa owner dan jugak Sous Chef untuk Anggun Fusion, tu yang Sally tau dah tu...



Kalau nak order atau nak rasa, boleh contact kat bawah ni:

Mimie : 013-240 6880
Myzal : 013-282 4710

Email : anggunfusion@gmail.com

#anggunfusion #anggunfusioncafe #anggunchefinstilettos #anggunchef

12 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!

Wordless Wednesday! [Motivation]

4:51:00 PM Sally Samsaiman 4 Comments



I'm quite down today..

Don't want to give up but nearly do...

4 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!

A&J Burger Grill Sungai Buloh, burger sedap oii..!

12:40:00 PM Sally Samsaiman 15 Comments

Entry makan tengahari ni...ye...Sally mmg sengaja...kepada yang puasa sunat mahupun puasa ganti. ampun la ye...saya hanya menurutkan tuntutan kerja sebagai blogger suka makan kaki review! hihihi...

Kali ni Sally dapat peluang untuk merasa sendiri keenakkan burger grill yang disebut-sebut cousin Sally yang mmg bekerja di Sungai Buloh...awalnya rasa macam...alaaa...burger je kot...apa yang nak kecoh sangat...tapi jangan pandang sebelah mata weh...menangis makan sbb sedap..hihihi...


Sebenarnya ada macam-macam menu kat sini...yang paling best sebab banyak yang datang sekali dalam bentuk set...so, takde la terkial-kial nak byr harga lain-lain...sedap, besar...mmg puas makan....

Sebenarnya Sally sampai lewat masa nak review tu...jadinya Sally hanya makan tanpa tau apa sebenarnya yang Sally makan...hahahaha...cuma yang paling Sally tau...Cousin Sally selalu suggest untuk rasa oblong dia, atau ambik set...

Ni Sally share la beberapa menu yang ada eh...biar korang menjamu mata...


Banyakkan menu dia...tapi harga kat atas ni semuanya harga ala-carte menu...kalau nak tau harga untuk set, korang kena baca entri sampai habis...itu pun ada jugak yang Sally tak tau harga...almaklum laa...nampak burger je depan mata...yang lain tak nampak dah...hihihi...







Semua nampak sedap kan....masa try makan tu...favorite Sally, Rasta John (Roti John), A& J Chicken Grill, dengan sosej Monster....Sally makan tanpa penuh penyesalan walaupun jam dah menginjak pukul 12 malam...hahahaha...nampak tak kerana burger, lautan burger ku redahi..kekeke

Kalau korang tak suka makan burger atau selalunya makan burget tapi tak suka makan roti dia, Sally suggest korang cuba ComboPlatterSet (PattyGrilled + meatballs + chezzywedges + salad + air)...Murah pun murah...satu set ni cuma RM12 je...semua ada complete!


Haaa! kalau jenis korang yang bercinta nak makan pun sehidup semati...ada je set yang terbaik untuk korang...hahahaha...Couple Set!


Alaaa...alaaaa...comel sangat nak makan pun sehidup semati sepinggan gitu! Menyampah tau..hahahaha...Couple Set datang dengan 2 grillburgers with Cheese, fries, mashed potatoes, garlicbreads dan 2 mushroom soup...haaa...lepas tu makan la sesama..memadu kasih...errr...tapi Sally suggest kat yang dah kawen la...yang bercinta tu jangan nak mengada sehidup semati sepinggan bagai...sekeh nak?

Selalunya kalau review je kita rasa macam semua sedap kan...tapi yang ni mmg sedap...huwaaa...jauhnya Sungai Buloh! hahahaha...so, kepada korang yang ada dekat dengan Sungai Buloh atau yang tak kisah berjalan beribu batu untuk makan...boleh la cuba untuk makan kat sini...

Menu terbaru kat A&J Burger Grill Sungai Buloh ni...Lamb Chop!


Menderita jiwa tengok makanan ni...hahahaha...rasanya kena repeat 2-3-4-5 kali lagi makan kat sini...hahahaha...Nak lamb choppppppp!! huhuhu...

Ohh! sebelum terlupa...hari Ahad tutup tau...buka hanya pada hari Isnin-Sabtu sahaja...


15 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!