Movie Animation Park Studios (MAPS) Ipoh, taman tema baru di Malaysia.

8:00:00 AM Sally Samsaiman 2 Comments

Di Malaysia ni sebenarnya tak banyak taman tema yang dibuka...Kalau ada pun di Genting dan di Berjaya Times Square, dan takde yang dapat menandingi Universal Studio yang dibuka di Singapura...Sampaikan ramai rakyat Malaysia yang berkunjung ke Singapura untuk pergi beriadah di taman tema Universal Studio (USS)...

Berita baik untuk semua rakyat Malaysia, pada bulan Mac tahun 2016 akan ada satu taman tema yang akan dibuka di Ipoh, Perak yang diberi nama Movie Animation Park Studios atau dikenali juga sebagai MAPS.


Rabu lepas, Sally sempat menghadiri satu majlis untuk memperkenalkan MAPS kepada media...MAPS Perak buat masa ni merupakan projek yang paling unik dan memberi kelainan kepada landskap dan pelancongan Malaysia. Taman tema MAPS akan merangkumi lebih daripada 40 jenis permainan, pertunjukkan dan yang paling menarik kerana MAPS merupakan taman tema pertama yang mempamerkan Dreamwork Animation sebagai tarikan mereka...dan MAPS juga satu-satunya taman tema di Malaysia yang ada pertunjukkan "thrilling LIVE stunt show" yang mmg kita boleh tengok secara langsung!



Selain daripada animasi daripada Dreamworks Animation seperti Mr. Peabody & Sherman, Megamind, The Croods dan Casper the Friendly Ghost, salah satu daripada animasi popular di Malaysia turut sama diberi kepercayaan untuk menyertai MAPS dan menjadi salah satu tarikan di MAPS nanti kerana Boboiboy merupakan antara animasi Malaysia yang sangat popular...


Jujur kata...Sally mmg sangat excited nak tunggu pembukaan taman tema ni...bukan apa...selalunya kalau nak ke taman tema nak kena ke Genting atau paling tidak ke Times Square, tapi kali ni sebab taman tema yang "bertema" kan...so, jadi macam excited la sikit...hihihi...

Sama-sama la kita nantikan pembukaan rasmi untuk taman tema ni...yang dijangka pada Mac 2016! Lepas ni dah tak perlu ke Singapura untuk menghabiskan masa di taman tema!


You Might Also Like

2 comments:

  1. Tahun depan ya? Tak sabar nak tengok attraction baru dekat Malaysia ni.

    ReplyDelete
  2. dekat ja.. xyah nak ke negara org..hehee

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!